BAB 67🍾

3.3K 364 17
                                    



TERCELIK mata Riaz yang sedang tidur tatkala hidungnya terhidu sesuatu dari dapur. Dia sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaannya stabil.

Namun sekarang dia banyak rehat dan banyak tidur. Mungkin kesan ubat yang diberi oleh doktor. Kemungkinan doktor ingin dia berehat kerana Riaz ni degil orangnya.

Aktif pula tu.. dalam kepala asyik fikir tentang keadaan kafenya sahaja padahal Aireen dan Faris sudah mengendalikan kafe dengan baik ketika boss mereka dirawat.

Riaz berdehem kejap tatkala dia berasa tekaknya sedikit kering. Mata terpisat-pisat mencari isterinya. Setahunya tadi Elvira elok sahaja menempel dengannya sehingga kedua-duanya tidur diatas katil.

Tapi sekarang kemana pula intan payung Riaz tu?

"Ish apa ni... kenapa jadi macam ni? Bencinya.." kepala Riaz berpaling ke arah suara rengekan itu. Berkerut kejap dahinya mendengar suara isterinya yang sedang mengeluh di dapur.

Riaz perlahan-lahan bangun dari baring lalu turun dari katil. Sesekali dia berdesis tatkala dadanya masih sakit bekas pembedahan. Kaki melangkah perlahan ke luar bilik. Perlahan sahaja gaya berjalannya ketika ini.

Mungkin masih lesu kerana bius ubat tidur masih mengalir dalam badannya. Riaz menuruni tangga sambil leher menjengah sang isteri yang sedang mencekak pinggang di dapur.

Kelihatan sang isteri sedang membebel dihadapan periuk nasi sekarang. Tercetus tawa Riaz. Kepala digelengkan perlahan melihat isterinya yang berapron.

Pertama kali wanita itu memakai apron sepanjang mereka berkahwin. Selama ini hanya Riaz sahaja yang memasak. Jika Riaz tak sempat, Elvira la yang akan terkedek-kedek ke kafe suaminya.

Heheheh tak apa, makanan free.. minta je apa-apa semua Riaz bagi.

"Kenapa ni sayang?" Tanya Riaz dengan suara seraknya. Elvira memusingkan tubuh menghadap suaminya. Terbeliak matanya melihat Riaz yang melangkah ke arahnya dengan dahi berkerut.

"Bae! Kenapa bangun ni? I mean, kenapa turun tangga tak beritahu i? Bahaya la bae.. lain kali panggil la i... call ke.. ni kalau rebah dekat tangga, macam mana? You nak masuk hospital lagi ke? Nak mummy bebel dekat i?"

Bebel Elvira seraya merangkul bahu suaminya dari tepi. Riaz gelak perlahan. Digelengkan kepalanya lalu bibir mencium sekilas dahi sang isteri. Rasa kelakar pula dengar Elvira membebel macam makcik-makcik hikhik.

"Tak ada apa lah sayang.. saya cuma luka dekat dada je.. kaki masih boleh berjalan." Elvira memutarkan biji matanya. Dibawa sang suami ke kerusi di dapur.

"Duduk sini elok-elok. I nak masak untuk you."

Riaz menghenyak punggung di kerusi. Dikerling lama periuk diatas dapur. "Masak? Sayang masak apa? First time sayang masak ni.. agak-agaknya jadi makanan ke pasir tu nanti?"

Elvira menjeling Riaz yang menayangkan sengihan mengejek. Tak semena tamparan hinggap di bahu Riaz.

"Ish tak baik la dia ni kutuk isteri sendiri.. i pandai masak, okey? Cuma tak tunjuk lagi kehandalan i pada sesiapa.. you la orang pertama yang akan rasa masakan special dari i."

Riaz mencebik lalu mengangguk. "Ye la sayang.. tu masak apa tu? Saya tak nampak ada lauk pun?"

Elvira memuncung. Kepala ditundukkan. Jari telunjuk dilorekkan diatas tangan berurat Riaz. Riaz mengecilkan mata melihat aksi sang isteri.

"I nak masak.. bubur untuk you.. tapi... i.. terlebih masak.. biasanya nasi jadi bubur kan? Tapi sekarang bubur yang jadi nasi.. i rasa.. i kurang letak air. Dan sekarang dia jadi nasi.. tak jadi la nak buat bubur.."

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora