BAB 22🍾

4.4K 365 45
                                    



BERKERUT dahi Elvira yang sedang membelek telegram apabila ada nombor yang dikenali menghantar gambar-gambar tak senonoh padanya.

Dia menekup mulutnya dengan mata berkaca melihat gambar bogel lelaki dan perempuan di atas katil. Dia menggeleng ketakutan melihat gambar itu apatah lagi gambar yang dihantar itu adalah gambar dari Idlan.

Elvira mengetap rahang. Dia bangun dari baringnya lalu melangkah ke pintu bilik. Dia harus selesaikan sekarang juga hal ini. Baginya Idlan sudah melampaui batas.

"Idlan!" Jeritannya membingitkan rumah besar itu. Idlan dan Puan Danisha yang berada di ruang tamu mendongak ke tingkat atas apabila mendengar suara nyaring Elvira.

Elvira mencerlung Idlan sebelum dia menuruni tangga. Manakala Idlan senyum senget melihat reaksi itu. Faham la dia bahawa Elvira sudah melihat gambar yang dihantarnya tadi. Idlan mengambil telefonnya dengan senyuman senget.

Elvira melangkah menghampiri Idlan serta Puan Danisha. Mata mencerlung Idlan yang sedang menayangkan riak tenang.

"Kenapa ni El? Terjerit-jerit.." marah Puan Danisha dengan gelengan.

"Kau memang jantan tak guna kan?!" Marah Elvira terhadap Idlan. Langsung tidak endah dengan teguran ibunya tadi.

Terjungkit kening Idlan. "Kenapa ni El? Apa maksud El? Daddy tak faham."

Elvira meludah ke tepi meja. Terbeliak mata Puan Danisha melihat itu. "El! Kenapa kurang ajar sangat ni?!"

"Mummy tanya la jantan tak guna ni! Apa yang dia buat pada El dalam diam! El dah tak boleh tahan lagi! Dia memang jantan gila seks! Dari dulu dia ganggu El sewaktu mummy tiada!"

Berkerut dahi Puan Danisha. Dia menoleh memandang suaminya namun Idlan menggeleng.

"Tak.. i tak pernah kacau anak you.. i only need you, baby.." pujuk Idlan sambil mengusap pipi Puan Danisha. Puan Danisha mencerlung anaknya.

Dia bangun dari duduknya lalu berpeluk tubuh dihadapan Elvira. "El keterlaluan tau? Dia yang you maksudkan tu adalah suami i! Konon-konon la dia muda seperti you, you terus nak hancurkan hubungan i dengan dia ke?! Sebab you nakkan dia?!"

Berkerut dahi Elvira. "Apa mummy cakap ni? El langsung tak faham!"

"Idlan ada beritahu mummy yang El cuba goda dia di belakang mummy! Dan Idlan selalu menolak you kerana dia cuma anggap you anak! You tak tahu dosa pahala ke El?! Dia ayah tiri you! Mahram you! You dan dia tak boleh berkahwin walau mummy mati sekalipun! Tak tahu halal haram ke goda ayah tiri sendiri?!"

Terlopong Elvira mendengar itu. "El tak pernah goda dia! Dia tu play victim! Setakat orang macam dia ni, bersepah la dekat luar sana tu! Dia yang goda El dulu! Dia bercakap tak senonoh pada El! Dia beri hadiah berisi lingerie pada El! Dan hari ni hantar gambar tak senonoh pada El!"

Berkerut dahi Puan Danisha mendengar itu. Diperhatikan sahaja anaknya yang sedang menyusun nafas ketika ini.

Puan Danisha mengangguk. "Okey. Kalau macam tu, mana buktinya dia send gambar tu pada El?! Tunjuk pada mummy sekarang!"

Berkaca mata Elvira apabila ibunya tidak mempercayai kata-katanya. Dia mengangguk lalu mengeluarkan telefon dari poket. Dia terus menekan telegram namun berkerut dahinya tatkala gambar yang dihantar oleh Idlan tadi sudah tiada.

Dengan kata lain, Idlan sudah padam mesej mereka berdua sebentar tadi. Elvira mencerlung Idlan yang sedang senyum senget padanya.

Puan Danisha merampas telefon Elvira lalu perhatikan sahaja telegram milik Elvira.

"Mana?! Mana gambar tak senonoh tu, El?! Idlan tak hantar pun gambar tu pada El! El nak tipu mummy ke sekarang ni?!"

Elvira menggeleng. "Betul mummy.. baru je tadi dia hantar pada El.. kalau mummy tak percaya, mummy cek telefon Idlan. Tengok ada atau tak gambar tak senonoh dalam telefon dia!"

Idlan mengangguk. Dikeluarkan telefonnya lalu diberikan kepada Puan Danisha. "You periksa la.. i tak bersalah, jadi i berani beri pada you agar you percayakan i."

Puan Danisha memandang telefon dan Idlan silih berganti. Mengalir air mata Elvira apabila ibunya seolah-olah lebih mempercayai Idlan berbanding dirinya.

Puan Danisha mencerlung Elvira. Dia melangkah mendekati Elvira lalu menampar pipi Elvira.

PANGGG!

Terteleng wajah Elvira apabila menerima tamparan hebat dari ibunya. Idlan senyum dalam diam melihat itu.

Menitis laju air mata Elvira. Tangan menyentuh pipi kirinya yang menjadi mangsa tamparan Puan Danisha.

"El dah melebih! Mummy lebih percayakan Idlan! Hampir setiap malam mummy buka telefon Idlan! Langsung tiada apa-apa yang tak senonoh dalam telefon dia! Dan sekarang El cuba fitnah dia untuk apa huh?! Supaya hubungan mummy dan Idlan berantakan?! Supaya kami bercerai?! Itu yang El nak?!"

Elvira mula teresak mendengar itu. Tangan masih setia mengusap pipi kemerahannya. Dia mendongak memandang ibunya.

"Ya! El nak mummy bercerai dengan dia! Dia pergunakan mummy! Dia tu jijik! Kotor! El benci dia!"

"SHUT UP!" Terhinjut bahu Idlan dan Elvira mendengar jerkahan Puan Danisha. Puan Danisha mencerlung anaknya dengan dada berombak kasar.

"Mummy taknak sakiti El lagi.. jadi please, hentikan semua fitnah ni lepas ni. Kalau El orang luar, dah lama mummy halau El dari rumah ni. Tapi disebabkan El anak mummy, mummy maafkan El kali ni. Tapi jika berlaku lagi hal ni depan mata mummy, mummy takkan teragak-agak halau El."

Puan Danisha melangkah menaiki tangga selepas mengatakan itu pada Elvira. Elvira makin sebak tatkala ibunya lebih memilih mempercayai orang luar berbanding anaknya sendiri.

Idlan senyum. Dia melangkah menghampiri Elvira lalu memaut dagu Elvira. Elvira terus menepis sentuhan Idlan dengan cerlungan tajam.

Idlan senyum. "Kesian you.. mesti you berdendam pada mummy you kan? Kalau you berdendam pada dia, come.. datang pada i.. kita akan bersama. Kalau you nak, i akan ceraikan dia, dan i akan bersama you selamanya.. nak?"

Elvira meludah ke wajah Idlan. Terpejam mata Idlan.

"Aku takkan bersama dengan iblis seperti kau. Sejahat-jahat aku, aku takkan pura-pura baik depan orang lain untuk dapatkan apa yang aku mahu. Lambat-laun, kepuraan kau akan diketahui mummy aku. Kau tunggu, Idlan. Satu hari nanti, aku akan bangkit dan aku akan pastikan kau jatuh di tangan aku...

...mungkin kau menang depan mata mummy aku. Tapi kau adalah loser dimata aku. Dari dulu sehingga sekarang, aku tak pernah anggap kau lelaki. Kerana lelaki sebenar takkan bersembunyi di belakang perempuan. Kau berkuasa kerana mummy aku. Jika mummy aku tinggalkan kau, kau tiada beza dengan anjing kurap."

Idlan mencerlung Elvira tatkala gadis itu menghinanya dengan berani.

"Oh ya? Kau berani ke dengan aku, hm? Sekali aku buat sesuatu, aku yakin kau akan hancur, Elvira."

Elvira gelak dengan air mata. "Dan aku berjanji pada kau, sebelum kau hancurkan aku, aku akan pastikan kau hancur dari muka bumi ni."

Bisik Elvira sebelum dia meninggalkan Idlan seorang diri. Idlan gelak sinis lalu menggeleng. Dia menolak isian pipinya dengan lidah.

"You dare me Elvira? Fine. Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku hancurkan perempuan bongkak macam kau.." Idlan mengambil telefonnya lalu menaip nombor seseorang.

Dilekapkan telefon di telinga dengan mata terpejam.

"Hello Raf.. aku nak beli kamera tersembunyi.." ujar Idlan dengan senyuman yang tidak boleh ditafsir.

TBC🤍
Apa la yang Idlan jijik ni nak buat.

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now