BAB 10🍾

4.8K 398 55
                                    



RIAZ menilik gambar instagram milik Elvira di kafenya. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Kafenya sudah tutup pukul 8 malam tadi. Dan sekarang hanya dia sahaja berada di kafe ketika ini.

Sekarang dia hanya membelek gambar-gambar yang dimuat naik Elvira. Kadang-kadang bibirnya menguntum senyuman melihat gambar-gambar Elvira pergi ke luar negara.

Amat ketara disitu betapa bahagianya gadis itu melancong ke beberapa negara. Mungkin Elvira suka melancong. Typical perempuan kaya melancong di luar negara setiap bulan kan?

Sesekali Riaz melihat video kafenya yang diedit Elvira. Riaz suka melihat cara Elvira membuat video itu. Sangat aesthetic dan ikhlas cara Elvira mengedit video tersebut.

Penulisan Elvira juga amat teratur tanpa kacau-bilau. Gadis itu memuji serta Riaz. Walaupun Elvira tidak menyebut nama Riaz, namun Riaz dapat agak 'barista' yang disebut Elvira merupakan dirinya.

Riaz membelek lagi laman sosial milik Elvira. Ditekan gambar Elvira ketika berada di Dubai. Terbit senyuman di bibirnya melihat gambar Elvira bertudung di dalam gambar itu.

"Cantik.." bisiknya tanpa sedar. Dia membaca caption yang ditulis Elvira.

'If someone asked me, why i love travel? It's because i'm hurt stay in the same place.'

Berkerut halus dahi Riaz. "Hurt? In same place? Apa maksud dia?"

Riaz menekan gambar lain. Terkedip-kedip dia membaca caption Elvira. Memang la ia normal meletak apa-apa caption namun bagi Riaz setiap perkataan yang dilontarkan Elvira mempunyai makna tersendiri.

'Memories stayed, happiness die.'

'Spend time with yourself will release your tension like a heaven.'

Riaz mengemam bibir kejap. Mengapa semua caption Elvira seumpama sedang memberi makna kepada followersnya? Kenapa.. dia rasa agak lain dengan kata-kata Elvira?

Riaz refresh instagram milik Elvira. Terjungkit keningnya melihat ada satu post terbaru dari Elvira dan post tu merupakan satu gambar Elvira bersama ibunya sewaktu dia kecil.

'Miss old good times. Only you and me. No one else.'

Riaz mengeluh perlahan. Elvira seumpama.. meluahkan perasaannya melalui caption gambarnya. Tak bahagia kah gadis itu? Tapi mustahil. Elvira kelihatan amat bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Dimewahkan dengan harta, mempunyai pangkat yang tinggi, dikenali ramai, mempunyai peminat yang ramai.

Celah mana tak bahagia tu?

Riaz masih belum mengenali Elvira dengan lebih lanjut. Dia hanya mengenali nama serta pekerjaan Elvira sahaja. Tentang perihal keluarga Elvira dia langsung tidak tahu kerana dia tidak pernah mengambil tahu hal orang lain.

Riaz menghela nafas perlahan. Disandarkan badan ke kerusinya sambil perhatikan keadaan yang gelap gelita ditemani lampu malam di luar sana. Mata mengerdip lambat.

Masih berharap Elvira datang ke sini. Walaupun kafe sudah tutup di malam hari...

*:・゚*:・゚✧

HARI ini masih sama dengan semalam. Jejaka ini masih lagi menanti seseorang agar seseorang itu datang bertemunya di kafe ini. Sengaja dia datang pukul 9 pagi kerana mengharapkan Elvira tiba disini lebih awal darinya seperti sebelum ini.

Namun hampa hatinya melihat tiada kereta berwarna emerald di hadapan kafenya. Nafas dihela perlahan. Tangan mengelap dapurnya sambil mata tertancap ke luar. Berharap dan berharap. Itulah yang dilakukan Riaz ketika ini.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt