BAB 4🍾

4.4K 389 47
                                    



RIAZ melangkah ke katilnya sambil mengeringkan rambut basahnya. Dilabuhkan punggung ke katil lalu dipanjangkan tangan mengambil telefon di atas meja.

Dibuka telefonnya lalu dia mula mengira stok yang berada di kedainya. Memang itulah rutin hariannya. Dia memang seorang lelaki yang bekerja bersungguh-sungguh.

Dia bukannya gilakan harta, namun dia minat dengan kerjanya. Lagi pula baginya pekerjaan merupakan tanggungjawab. Dia tidak mahu lepas tangan dari tanggungjawab serta amanahnya.

Menjadi pemilik kafe tak semudah yang disangka. Mereka perlu bertungkus lumus memikirkan resipi yang bakal menarik perhatian pelanggan.

Nak pusing modal lagi untuk stok, nak bayar sewa kedai lagi, nak bayar gaji pekerja lagi. Kerana itulah Riaz berusaha sehabis baik demi pekerjanya.

Riaz berdehem kejap. Diregangkan sedikit otot lehernya sebelum dia menyandar badan ke kepala katil. Sesekali dia mengurut bahunya yang sedikit lenguh.

Mata mengerling bingkai gambar di atas mejanya. Riaz senyum tipis melihat gambar itu. Gambar itu merupakan gambarnya bersama ibu dan bapanya ketika dia berusia 18 tahun.

Dan.. gambar itulah gambar terakhir mereka sekeluarga bersama kerana ibu Riaz meninggal sewaktu Riaz berusia 19 tahun. Ibu Riaz menghidap penyakit kanser paru-paru.

Dan.. Riaz masih salahkan bapanya kerana bapanya amat gemar menghisap rokok. Itu juga punca kematian ibu Riaz yang hampir setiap hari menghidu asap rokok bapanya.

Riaz mengeluh perlahan. Diusap wajah ibunya yang tersenyum lebar di depan matanya.

"Ibu.. Riaz rindu.. kenapa ibu tinggalkan Riaz seawal ini? Riaz perlukan ibu.. Riaz perlukan kasih sayang ibu.. tapi kenapa.. kenapa ibu biarkan Riaz hidup dalam kesunyian begini?"

Tanya Riaz dengan nada sebak. Dari dulu lagi Riaz rapat dengan ibunya. Bapanya? Jarang sekali bertemu kerana bapanya merupakan bisnesman yang berpangkat dato.

Jadi, Riaz kurang berinteraksi dengan Dato Rayhan kerana lelaki itu lebih sibuk bekerja berbanding berada di rumah.

Ya. Riaz merupakan anak orang kaya yang berpangkat dato. Namun jejaka itu langsung tidak banggakan hal itu. Malah, dia sehabis baik ingin menutup biodata dirinya kerana dia tidak mahu orang mengenalinya sebagai anak orang kaya.

Dia lebih selesa hidup sederhana berbanding kekayaan..

Riaz menarik nafas dan hembus perlahan. Mahu tidak mahu, dia perlu menerima takdir yang ditetapkan. Tak semua orang akan kekal dengannya. Kerana itu juga lah dia takut untuk cinta dan sayangkan seseorang.

Kerana dia yakin, orang yang dia sayang akan tinggalkannya juga satu hari nanti..

Riaz menyandar kembali badannya ke kepala katil. Dia membuka laman sosial instagram untuk mengedit gambar serta video untuk menarik perhatian pelanggannya.

Sedang-sedang dia mengedit video, jemari kasarnya terhenti tatkala teringat akan sesuatu. Terkedip-kedip matanya apabila dia teringat apa yang dikatakan Aireen padanya tadi.

"Instafemes? Apa nama dia eh? Aku lupa pula nak tanya Aireen tadi.. tapi.. "

'My name is Elvira Dania.. you can call me Elvira..'

Tersungging senyuman di bibir Riaz tatkala dia teringat akan kata-kata gadis tadi. Namun selepas itu senyumannya mati. Dia terus memukul mulutnya.

"Riaz.. kenapa kau senyum?" gumamnya perlahan. Dia menggaru keningnya sebentar sebelum dia kembali menaip di telefonnya.

Ditaip nama penuh Elvira di instagramnya. Dikecilkan mata melihat nama-nama yang tertera disitu.

"Elviers? Apa ni?" Riaz menekan profile itu. Dia mengangguk perlahan. "Ooo fans dia.. tak sangka ada nama fans. Macam nama ultraman je."

Riaz kembali menaip. Terkedip-kedip matanya melihat banyak akaun yang bernama Elvira. Dan semua profile nya adalah gambar Elvira. Pasti itu merupakan peminat Elvira.

"Dia instafemes kan? Mesti la nama pelik macam alien. Takkan la dia nak letak nama penuh dia pula? Nampak macam tak aesthetic.."

Entahlah. Tidak pernah lagi Riaz bertingkah begini. Ini la kali pertama dia fokus pada seseorang. Selama ini hanya pada kafe serta air dan makanan sahaja. Tapi hari ni?

Boleh pula dia fokus pada seketul Elvira..

Riaz menekan gambar Elvira yang di upload oleh peminat. Dia menekan tag nama yang di tag oleh peminat Elvira. Tersenyum dia apabila dia sudah menjumpai akaun sebenar Elvira.

Fuhh.. berpeluh cari nama Elvira di laman sosial..

"Evenia nama dia.. kenapa tak buat evening terus.." gumamnya dengan senyuman. Diperhatikan gambar-gambar yang di upload Elvira. Dia mengangguk sahaja melihat gambar-gambar terdedah Elvira.

Bukan terdedah sangat pun.. cuma Elvira ada memakai baju tiada lengan dan skirt paras paha.. bagi Riaz itu sangat terdedah untuk perempuan Islam.

Sedang-sedang dia membelek gambar Elvira di instagram, entah dimana silapnya dia tertekan dua kali gambar Elvira yang bermaksud 'like'.

Terbeliak mata Riaz. "Eh celaka. Kenapa kau like gambar dia?" marah Riaz sebelum dia 'unlike' semula gambar seksi Elvira. Nafas lega dihela perlahan. Tangan naik mengurut dada. Digeleng kepalanya dengan mata terpejam.

"Hampir-hampir je tadi.. kurang ajar betul syaitan hasut aku.. aih Astaghfirullahalhazim.." ucapnya sebelum dia kembali ke button home di telefonnya. Nafas dihela perlahan dengan mata terpejam. Diletak telefon di atas meja sebelum dia berbaring di katil.

Tangan direhatkan diatas dahi dengan mata terpejam. Terukir senyuman di bibir tatkala hidungnya masih terhidu bauan minyak wangi yang dipakai Elvira. Kemudian dia menggeleng dan dipukul kepalanya.

"Huishh zina Riaz zina.. boleh pula kau pergi bau minyak wangi dia. Kategori zina tu Riaz.." gumamnya dengan istighfar.

*:・゚✧*:・゚✧

ELVIRA memakai losyen di seluruh lengan serta kakinya. Dikibas sedikit wajahnya yang dioles toner,serum serta moisturiser. Dia sememangnya menjaga wajah serta tubuhnya dengan sehabis baik kerana dia sukakan kesempurnaan.

Lagi pula dia seorang yang dikenali dan founder produk. Jadi, dia harus menjaga dirinya supaya para peminat serta pelanggan membeli produk darinya.

Nafas dihela perlahan. Diambil perfume di atas meja lalu disembur ke leher serta di tangannya. Tersenyum dia apabila semerbak bauan minyak wangi menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Elvira bangun dari duduknya di meja solek lalu melangkah ke katil queen. Sempat dia mengemaskan sedikit gown satinnya yang seksi sehingga lurah dadanya hampir kelihatan.

Elvira duduk di katil lalu diambil telefonnya. Dibuka instagramnya lalu di scroll notifications yang hampir 2000 lebih di instagram. Sesekali dia membelek komen-komen yang ditinggalkan di ruang komen.

Ada yang komen perkataan baik dan ada juga yang komen buruk-buruk padanya. Namun Elvira sudah biasa dengan semua itu. Baginya kutukan boleh menguatkan semangat dalam dirinya. Jadi, dia hanya endahkan sahaja tanpa melatah.

Sedang-sedang dia scroll ruangan instagram, matanya terkalih ke bulan serta bintang di luar sana. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri balkoni bilik.

Dibuka pintu lalu dia melangkah ke balkoni. Dagu ditongkat ke balkoni sambil merenung bulan serta bintang yang bercahaya di langit.

'Riaz.'

Terbit senyuman di bibir mungilnya yang dioles lipbalm sebentar tadi. Fikiran masih terngiang-ngiang akan jejaka yang ditemuinya tadi. Mata merenung bulan bintang yang kelihatan amat jelas diatas sana.

"Dia beku.. dan tiada perasaan.. mesti hidup dia sunyi seperti bulan diatas sana. Tapi.. aku akan pastikan aku dapat jadi bintang yang menerangi serta menemaninya yang sunyi.. just wait Riaz.. i akan selalu menghantui you dan selalu datang menyinari hidup you seperti bintang menemani bulan di malam hari.."

Bisiknya dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya. Sedari tadi fikirannya dipenuhi mata koko milik Riaz. Mereka baru sahaja bertentang mata seketika cuma, namun sinaran mata Riaz telah membuat Elvira teringat-ingat akan diri Riaz.

TBC🤍
Dan itulah maksud Sparkling Love.

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now