BAB 15🍾

4.6K 431 63
                                    




DIRENUNG raut wajah yang amat jelas dihadapannya ketika ini. Terbit senyuman di bibir mungil melihat wajah kacak milik Riaz.

Kening tebal yang terletak elok, mata sedikit sepet, hidung yang sedikit mancung, bibir tipis yang berwarna sedikit merah menandakan tidak merokok, sedikit kumis serta sedikit jambang yang nipis, jawline yang tirus..

Sangat.. kacak dan maskulin bagi Elvira.. diantara jejaka idaman perempuan.. sudahlah wajah 100% melayu.. raut wajah yang kemelayuan..

"You're so handsome.." bisik Elvira dengan senyuman. Terbeliak mata Riaz. Dia memejam mata kejap. Dia lupa pakai mask!

Riaz berdehem kejap. Malu juga bila dipuji begini di depan mata.

"Kenapa kau tunggu sini?"

"Kenapa you selalu pakai mask padahal muka you hensem?"

Riaz menghela nafas perlahan. "Aku tanya lain tadi kan? Dah makan belum ni?"

"Atau sebab muka you terlalu kacak? Jadi, you taknak bersua muka dengan perempuan-perempuan di luar sana?" tanya Elvira yang masih menganalisis wajah Riaz.

Riaz melepas segugus keluhan. Memerah telinganya ketika ini menahan malunya. "Serious please? Berapa lama kau tunggu aku?"

Elvira sengih. Dijarakkan wajah mereka berdua lalu berdehem. "Baru je.."

Terjungkit kening Riaz. "Baru tu bila?" Elvira sengih. "Tengahari tadi.."

Riaz mengeluh. Mengendur bahunya mendengar itu. "Kenapa tak tunggu kat dalam?"

Elvira memuncung. "Pintu terkunci.. macam mana i nak masuk?" Berkerut dahi Riaz. "Pekerja aku halau kau ke?" Elvira berdehem. "I lapar, Riaz.." rengek Elvira untuk menukar topik.

Riaz mengeluh. "Masuk.. aku buat spaghetti. Nak?" Elvira sengih lalu mengangguk. "Nak-nak.. lepas tu i nak cappuccino.."

Riaz membuka pintu kafenya. Dia tergelak perlahan. "Cappuccino waktu malam? Segar la mata kau nanti.. kau memang minat cappuccino je eh?"

Elvira mengangguk. "I setia.. kalau i cakap i minat sesuatu tu, memang i akan minat tu je.. macam tu juga dengan cinta. Kalau i cakap i cintakan you, it's mean only you."

Terhenti pergerakan tangan Riaz mendengar itu. Dia meneguk liur. Aduhh Elvira ni memang aci redah je ke? Dia tak tahu ke yang Riaz berdebar sampai hampir pecah dada sekarang disebabkan dia?

Riaz berdehem. "Masuklah.." jemputnya lalu membuka suis lampu. "Nak penghawa dingin ke?" Elvira menggeleng. "I sejuk.." Riaz perhatikan pakaian Elvira dari atas ke bawah. Diperhatikan pula Elvira yang berpeluk tubuh menandakan gadis itu sedang menahan sejuk.

Riaz menanggalkan jaket di tubuhnya lalu dipakaikan ke tubuh Elvira. Elvira senyum melihat wajah Riaz yang amat hampir dengannya ketika ini.

"Baju kau ni nipis.. pakai baju tebal sikit waktu malam.."

"Ni baju siang tadi lah.. tadi kan i tunggu you?"

Riaz mengeluh mendengar itu. Rasa bersalah makin membuak-buak apabila dia telah membuat Elvira menanti kehadirannya.

"I'm sorry.."

Elvira menggeleng. "Tak apa.. i duduk sini dulu.." ujar Elvira sebelum dia duduk di kerusi kafe. Sempat dia mengemaskan sedikit jaket Riaz ditubuhnya.

Riaz mengangguk. "Kejap aku buat air dan spaghetti kau.. kejap je.." Riaz terus melangkah laju ke dapur. Elvira menongkat dagu di meja sambil merenung Riaz dengan senyuman.

"He so handsome.. mata pun dah hensem apatah lagi muka.." gumamnya perlahan. Terkesima juga dia melihat wajah Riaz tadi.. memang patutlah Riaz tutup wajahnya. Kerana terlalu kacak! Hehe.. tak lepas mata Elvira memandang Riaz ketika ini..

Riaz mengambil bahan-bahan untuk memasak spaghetti. Dipakai apron ke tubuh. Semuanya dia lakukan dengan cepat kerana dia yakin Elvira sangat lapar sekarang apatah lagi gadis itu tidur di luar kafenya tadi.

Pasti Elvira kesejukan dan kelaparan kerana dirinya.

Riaz mengambil telefon lalu dia menelefon Faris. Sambil-sambil itu tangannya ligat memotong cili benggala.

'Hello bos?'

"Kenapa biarkan dia duduk di luar sendirian? Kenapa tak beri je dia tunggu aku didalam? Dia perempuan, Faris. Kalau terjadi apa-apa pada dia macam mana? Kau tak terfikir ke hal tu?!" marah Riaz dengan suara tertahan-tahan agar Elvira tidak mendengarnya.

'Maaf boss.. tapi--'

"Kau memang tak ada otak ke apa? Biarkan perempuan duduk luar seorang diri.. kenapa kau tak teman dia sehingga aku tiba? Kalau aku tahu dari awal yang dia duduk di luar, dah lama aku suruh kau teman dia sementara tunggu aku datang. Kau memang bodoh ke apa Faris?"

'Boss.. jangan marah saya.. saya dah offer untuk tunggu tadi tapi cik Elvira yang larang..'

Riaz mendengus. "Habis tu kenapa kau halau dia? Lain kali, biarkan je la dia duduk didalam. Aku kenal dia. Aku yakin dia tak akan apa-apakan kafe aku. Kau tak percayakan dia ke apa?"

'Saya percaya pada cik Elvira, bos.. tapi.. Hanis yang... halau cik Elvira tadi kerana dia risau cik Elvira curi barang dal--'

"Bodoh! Dia tu harta berlambak! 7 keturunan pun tak habis! Untuk apa dia curi barang murah dalam ni?! Otak kau letak dekat mana ni, Faris?"

Elvira memanjangkan kepala mengintai Riaz yang berada didapur. Berkerut dahinya melihat riak Riaz yang seumpama sedang menahan marah.

"Dia marahkan aku ke?" bisik Elvira sendirian.

'Maaf boss.'

Riaz mengeluh. "Esok aku nak jumpa kau dan Hanis. Siap korang berdua esok." Riaz terus meletak panggilan setelah mengatakan itu. Dia terus fokus dengan masakannya. Sesekali dia menoleh ke arah Elvira yang sedang memandangnya.

"10 minutes..." Elvira mengangguk. "Take your time.."

Riaz senyum tipis lalu sambung melakukan kerjanya. Elvira senyum lebar. Tangan ditongkat ke meja sambil merenung wajah Riaz.

Senyuman Riaz sangat kacak di matanya.. makin membuak-buak rasa cintanya pada Riaz setelah merenung wajah lelaki itu.

Sewaktu renung mata pun dah jatuh cinta, apatah lagi renung wajah kan? Makin jatuh cinta la..

Riaz membawa dulang makanan kepada Elvira. Diletakkan dulang itu ke atas meja lalu diberikan spaghetti serta air kepada Elvira.

"Enjoy.." ucap Riaz sebelum dia duduk dihadapan Elvira. Elvira terkedip-kedip.

"You tak makan?" Riaz menggeleng. "Aku dah kenyang makan di hospital tadi."

Berkerut dahi Elvira. "Makan di hospital? You sakit ke? Sebab tu you tak datang kafe? You kena tahan wad ke? Sakit dekat mana? Doktor rawat dekat mana? Teruk ke sakit you?"

Riaz memejam mata kejap mendengar soalan yang dilontarkan kepada Elvira.

"Tak, ak--"

"Kenapa tak beritahu i yang you masuk hospital? Kenapa pekerja you buat tak tahu je? Sepatutnya mereka tahu tentang ni. Kenapa dior--"

"Elvira, rilek. Bagi aku cakap du--"

"No. I kenal orang macam you. Suka diamkan diri sebab taknak i risau kan? Kalau you beritahu dari awal, dah lama i datang ke hospital lawat you.."

Riaz mengeluh. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah mendekati Elvira yang masih membebel tidak tentu hala.

"Lepas tu ke--" terdiam Elvira tatkala Riaz menongkat tangan di kerusi yang didudukinya. Amat rapat wajah Riaz menatap wajahnya ketika ini.

Terkedip-kedip mata Elvira. Dada berdegup pantas seumpama hampir pecah.

Cara Riaz memandangnya.. sangat dalam.. renungan redup yang diberi Riaz telah menggetarkan jiwa perempuannya.

TBC🤍
Bang behave bang. Mata tu mata..

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now