BAB 23🍾

4.5K 411 43
                                    



ELVIRA menuruni tangga rumah dengan riak mendung. Dikerling sekilas Puan Danisha dan Idlan yang sedang menikmati hidangan pagi. Dia mendengus lalu melangkah keluar dari rumah.

Dia langsung tidak bercakap dengan ibunya. Dia juga terasa hati dengan Puan Danisha. Apa Puan Danisha fikir dia tiada perasaan ke?

Bam!!

Terpejam mata Puan Danisha dan Idlan mendengar hempasan pintu rumah mereka. Puan Danisha menoleh ke arah pintu lalu mengeluh. Berpasir sahaja kunyahannya ketika ini jika dia bergaduh besar bersama anaknya seperti sekarang.

Idlan berdehem. Dia bangun dari duduknya. Puan Danisha menjungkit kening pada Idlan.

"I nak ambil sesuatu jap dalam bilik." Puan Danisha mengangguk. Idlan senyum. Dicium sekilas dahi Puan Danisha sebelum dia melangkah menaiki tangga rumah.

Tangan diseluk ke dalam poket dengan senyuman senget. Dia mengintai kejap Puan Danisha di dapur sebelum dia menolak daun pintu bilik Elvira. Terpejam matanya menghidu bauan yang terbit dari bilik Elvira.

Idlan masuk ke dalam bilik gadis itu lalu menutup pintu dengan perlahan. Dia mengorak langkah ke meja lampu Elvira. Tersungging senyuman di bibirnya.

Ditekan butang on pada kamera tersembunyi yang dipegangnya sebelum diselitkan kamera itu di sebalik lampu malam milik Elvira.

Idlan gelak sinis. "Aihh.. bosan aku asyik tengok badan bogel mak kau je.. dan sekarang, aku nak tengok kau punya.. lepas tu aku nak viralkan bagi semua tengok badan putih melepak kau tu..mesti best kan dapat wayang free?"

Tanya Idlan sinis. Dia sudah lama ingin melakukan ini namun dia tangguh dahulu. Dia akan melakukan ini jika Elvira melampau dengannya.

Dan ya. Semalam Elvira sudah bersikap kurang ajar padanya dan ia membuatkan Idlan tergugat dengan kata-kata Elvira.

"Say hye.. to disaster, Elvira Dania.." bisik Idlan dengan senyuman.

*:・*:・゚✧

ELVIRA menjungkit kening pada Riaz yang baru sahaja menaiki motor di kafe. "You nak pergi mana? Siap pakai baju sport lagi?"

Riaz yang baru sahaja ingin memakai topi keledar menoleh ke arah Elvira. Berkerut dahinya melihat ada kesan memerah pada kulit pipi gadis itu.

"Kenapa pipi kiri kau tu?" Elvira kemam bibir. Ditutup pipi kirinya. "Err blusher. I terlebih pakai blusher belah kiri ni.."

Berkerut dahi Riaz. "Ye ke? Macam kesan tampara--"

"You nak pergi mana, Riaz? Ke rumah orang tua ke?" Riaz menghela nafas perlahan. Elvira seringkali menukar topik apabila Riaz bertanya tentangnya.

"Aku nak pergi bouldering." Bersinar mata Elvira mendengar itu. "Bouldering? Rock climbing?" Riaz mengangguk. Mata masih fokus ke arah pipi kiri Elvira.

Dia yakin itu kesan tamparan.. dia kenal akan itu.

"I nak ikut."

Berkerut dahi Riaz. "Dengan pakaian macam ni?" Tanya Riaz seraya memuncung ke tubuh Elvira. Elvira menunduk memandang dirinya yang memakai kemeja pink serta skirt paras lutut.

Elvira sengih. "I ada pakaian sukan dalam kereta. Jom? Pergi dengan kereta i."

Riaz menghela nafas perlahan lalu mengangguk. "Alright, jom." Elvira senyum. Dia melangkah ke arah keretanya.

Riaz turun dari motornya. Mata mengerdip lambat. Tak apa lah. Jika ini dapat menenangkan Elvira, dia sudi menemani Elvira agar gadis itu tidak bersedih lagi.

*:・*:・゚✧

"RIAZ! I takut tinggi!" Jerit Elvira yang sudah berada di puncak. Riaz tergelak. Dia menggeleng perlahan lalu kembali memijak batu dinding tersebut.

Ceh Elvira tu. Kata takut tinggi, tapi boleh pula dia panjat sehingga kemuncak. Laju betul kaki tu..

Elvira senyum melihat Riaz yang sedang mendekatinya. Riaz mengeluh perlahan lalu memegang batu di dinding apabila dia sudah tiba di kemuncak.

Riaz menoleh ke arah Elvira. Tergelak dia melihat rambut Elvira yang sudah kusut. Disertakan pula peluh di dahi.

Walaupun penat, namun gadis itu tetap menayangkan senyuman pada Riaz.

"Penat?" Tanya Riaz perlahan. Elvira menggeleng. "Tak penat. Tapi lega dapat keluarkan peluh macam ni. Automatik fikiran i pun tenang."

Riaz senyum. "Aku tahu pipi kau merah sebab kena tampar. Beritahu aku, siapa yang tampar kau?"

Memudar senyuman Elvira mendengar itu. Dia menatap kejap wajah Riaz lalu senyum.

"I akan ceritakan pada you, jika you ceritakan tentang keluarga you pada i. Amacam?" Tanya Elvira sambil menjungkit kening.

Riaz gelak perlahan. "Kenapa pula nak tahu tentang keluarga aku? Tak penting pun.."

"Penting la.. you kawan i. I kena la kenal siapa keluarga you.."

Riaz menoleh ke arah Elvira. "Aku pun tak kenal keluarga kau lagi." Elvira menjungkit kening.

"Tapi i dah beritahu you tentang mummy i kahwin dengan anak ikan kan? It's mean you dah tahu tentang hidup i."

Riaz mengangguk. "Kau gembira ke dengan kehidupan sekarang?" Elvira menggigit bibir mendengar soalan itu.

Dia gelak buat-buat. "Of course i am..."

"Ayah tiri kau.. baik dengan kau?" Elvira memejam mata kejap lalu berdehem. Dia menoleh ke arah lain. Langsung tidak menjawab pertanyaan itu.

"Dia ada buat.. perkara tak senonoh ke pada kau?"

Elvira mengeluh dengan debaran. Riaz ni sepertinya sudah dapat agak apa yang terjadi pada dirinya.

"Riaz... i penat. I lompat dulu! Yahuuu!" Jerit Elvira lalu melepaskan pegangannya. Riaz tergelak melihat Elvira yang sedang terawang-awangan.

Riaz menghela nafas perlahan. Entah bagaimana lagi cara dia ingin mengetahui tentang Elvira kerana Elvira sentiasa menyembunyikan perkara itu darinya.

Elvira.. sedang menutup sesuatu. Dan Riaz sudah dapat agak apa yang ditutup Elvira kepadanya.

TBC🤍
Hint next bab : Riaz bertukar jadi singa. Rawr.

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now