BAB 47🍾

5.2K 419 5
                                    



"WHERE are you, Riaz? You pergi mana waktu macam ni?" Riaz meneguk liur melihat Elvira mencerlungnya.

Riaz berdehem kejap. "Aku.. ak--"

Elvira mengangguk. Ditepis kasar kedua tangan Riaz di pipinya. "Am i not important for you?"

Terbeliak mata Riaz tatkala Elvira bertanya soalan itu. Wajah Elvira seakan-akan sangat memarahinya ketika ini.

"Sayang.. aku keluar kejap.. jumpa Izzul.." pujuknya lalu ingin mengusap pipi Elvira namun Elvira menepis.

"Oh ya? Tanpa pengetahuan i? Biarkan je i ditinggalkan seorang diri disini? Tanpa peneman? Macam tu?"

Riaz meneguk liur kejap. "Ada bodyguard dekat luar.. aku dah pastikan semua selamat sebelum aku keluar.." bisik Riaz terhadap isterinya.

Elvira menggeleng. "Tak sama, Riaz. Bodyguard dan suami tu lain.. i lebih rasa selamat berada dalam dakapan suami i, bukan bodyguard. I tetap rasa tak selamat apabila suami i tinggalkan i seorang diri macam ni."

Riaz mengemam bibir. Kaki mengorak langkah mendekati sang isteri. "I'm sorry.. urgent tadi. Tak sempat nak beritahu kau. Lagi pula kau tidur, tak sampai hati aku nak kejut kau.."

Elvira gelak sinis. Diseka kasar air mata di pipinya.

"Tak sempat? Apa guna ada telefon kalau tak sempat inform sepatah? I call you, Riaz! I risaukan you! I risaukan diri i bersendirian disini! Tapi you?! Keluar dari rumah tanpa pengetahuan isteri?!"

Riaz memejam mata kejap apabila Elvira seumpama ingin menengkingnya walaupun kedengaran suara Elvira seperti tertahan-tahan agar dia tidak bersikap kurang ajar pada suaminya.

"Telefon aku silent tadi.. aku lupa on kan balik, sayang. Aku minta maaf.."

Elvira mengemam bibir. "Everyday Riaz.. everyday, every minutes, every second, i selalu inform you keberadaan i kerana i tahu you bimbangkan i! Tapi you? Ada ke you inform i kemana sahaja you pergi? Hm?"

Riaz mengangguk. Digosok kedua lengan isterinya. "Aku tahu aku silap.. lepas ni aku send live location terus pada kau. Okay?"

Elvira gelak sinis. "You sindir i?" Riaz mengeluh. Direnung sahaja Elvira yang sedang mencerlung ke arahnya.

"Aku tak sindir.. cuma.. aku pergi keluar kejap je sayang.. takkan itu pun kau nak marah?" Perlahan sahaja cara Riaz bertanya pada Elvira ketika ini kerana dia bimbang Elvira terasa hati jika dia menengking.

Elvira mendengus. "I tak marah you nak keluar ke mana sahaja.. i tak halang you nak keluar dengan kawan you kerana i tahu you pun nak juga spend time dengan kawan-kawan you. Isu sekarang adalah you tak inform i kemana sahaja you pergi. I tak penting ke bagi you?"

"You're important for me, Elvira.."

Elvira mengangguk. "Pandai dalam berkata-kata. Tapi cara you seperti i ni tak penting dalam hidup you. 24 jam i sentiasa beritahu you tentang aktiviti i. Tapi you? Ada you inform i ke jika you nak kemana-mana?"

Riaz meneguk liur melihat Elvira mencerlung ke arahnya. Riaz mengangguk. "Okey.. aku faham point kau.. kau risaukan aku.. tapi sebenarnya kau tak perlu risaukan aku kerana aku lelaki. Aku pandai jaga diri aku."

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now