BAB 44🍾

6K 445 27
                                    



RIAZ yang sedang membancuh air panggung kepala tatkala terdengar sebuah kereta berhenti dihadapan pintu kafenya. Terbit senyuman di bibir melihat ada sebuah kereta bmw berwarna emerald dihadapannya ketika ini. Tahu la dia bahawa itu merupakan kereta isterinya.

Hanis yang memerhati dari jauh mendengus melihat itu. Dia terus merampas menu dari Aireen. "Biar aku ambil order pelanggan lain. Menyampah aku asyik tengok dia je."

Hanis terus melangkah pergi ke meja untuk mengambil pesanan. Aireen mencebik lalu mengangkat bahu sahaja. Makin lama makin dia tak suka akan sikap Hanis.

Like really? Dengan Elvira pun nak cemburu? Padahal Elvira isteri Riaz kot.. suka hati dia la nak datang jumpa suami dia sekalipun..

Elvira melangkah masuk ke dalam kafe suaminya lalu memandang ke arah Riaz. Riaz senyum lebar pada Elvira lalu menggamit isterinya datang ke arahnya. Namun dahinya sedikit berkerut melihat wajah sembab Elvira.

Elvira mengemam bibir lalu berlari ke arah suaminya. Dia membuka pintu dapur Riaz lalu memeluk erat tubuh Riaz dengan tiba-tiba. Terbeliak mata Riaz. Sudahlah ramai pelanggan ketika ini. Malu la dia apabila dipeluk dihadapan pelanggan kan?

"Aww sweetnya.."

"Dia berjumpa suami dia la.."

Ujar suara-suara pelanggan tersebut. Riaz menggaru kepala kejap. Digosok perlahan belakang badan isterinya. "Kenapa ni sayang?" Bisiknya perlahan. Sesekali dia menarik dagu Elvira agar wanita itu memandangnya namun Elvira langsung tidak memandangnya malah wanita itu makin mengeratkan pelukan mereka berdua.

Riaz mengemam bibir kejap. "Sayang masuk pejabat aku kejap.. aku nak settlekan kerja jap, boleh?" Bisik Riaz seumpama memujuk. Elvira menggeleng.

"I need you right now, bae." Riaz mengeluh perlahan mendengar itu. Dia menoleh ke arah Faris lalu memanggil jejaka itu untuk mengganti tempatnya.

"Ya boss?"

"Ganti tempat aku jap.. aku nak tenangkan isteri aku." Faris mengangguk. Riaz menanggalkan apron dari tubuh lalu dia merangkul pinggang Elvira dari tepi sebelum kaki mengorak langkah ke bilik pejabatnya.

Hanis mencebik melihat itu manakala Aireen senyum lebar melihat betapa Riaz menjaga diri Elvira sebaik mungkin.

Riaz membuka pintu pejabatnya lalu dia menarik isterinya memasuki pejabatnya sebelum dia menutup pintu. Elvira memeluk erat tubuh suaminya lalu mendongak memandang Riaz.

"Buang la mask tu.. i nak tengok muka you.." rengek Elvira dengan bibir tersebik. Riaz senyum. "Okey okey.." Riaz menanggalkan mask di wajah sebelum dia kembali memeluk pinggang isterinya.

Elvira masih mendongak memandang suaminya dengan tersedu-sedan. Riaz mengusap lembut pipi basah isterinya.

"Mind to share with me, kenapa kau menangis macam ni, hm?" Elvira mengemam bibir mendengar itu. Riaz senyum lalu direndahkan kepalanya menyamai Elvira kemudian diragut nafas Elvira.

Terpejam mata Elvira. Tangan naik memeluk erat leher Riaz. Riaz mengangkat kedua kaki Elvira lalu dililitkan ke pinggangnya sebelum dia melangkah ke mejanya tanpa melepaskan ciuman mereka berdua.

Riaz meletakkan Elvira ke atas mejanya lalu dilepaskan ciuman mereka berdua. Tangan ditahan ke tepi pinggang Elvira sambil merenung mata berkaca isterinya.

"Kenapa ni? Beritahu aku, siapa buat kesayangan aku menangis macam ni?" Bisik Riaz perlahan seraya mengusap bibir Elvira.

Makin mengalir air mata Elvira mendengar pujukan suaminya. "Kiss me.." bisik Elvira sebelum dia mencium kembali suaminya. Terpejam mata Riaz. Dibalas sahaja ciuman isterinya walaupun dia sedang tertanya-tanya apa yang terjadi pada isterinya.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now