BAB 58🍾

5.4K 462 16
                                    



"AUNTY Matahari! Tengok ni Thaqeef buat.. cantik tak?" Tanya Thaqeef yang sedang menempel dengan Elvira di ruang tamu. Sedari tadi dia duduk di atas riba Elvira. Katanya nak luang masa dengan aunty Matahari dia.. itu yang manja lain macam tu.

Elvira tergelak. Dibelai rambut halus anak kecil itu. "Cantik.. pandai Thaqeef buat.. siapa ajar?" Tanya Elvira seraya menyentuh permainan lego Thaqeef. Thaqeef sengih.

"Uncle Fahrin yang ajar Thaqeef.. papa tak ajar pun.. papa asyik sibuk dengan mama je."

Terbeliak mata Taufiq yang sedang duduk di sofa bersebelahan Riaz setelah mendengar itu. Fahrin dan Riaz ketawa terbahak-bahak. Fahamlah mereka yang Taufiq ni asyik menempel dengan Fara sahaja sehingga langsung tidak berenggang.

"Thaqeef..." panggil Taufiq dengan cerlungan manja. Elvira senyum sahaja mendengar itu. Kadang-kala dicium kepala anak kecil itu. Dia mendengar sahaja celoteh Thaqeef yang tidak berhenti bercakap.

Benarlah apa yang Riaz kata, Thaqeef ni mulut betih jagung. Langsung tidak berhenti bercakap setelah dia mengenali orang itu.

Contohnya aunty Matahari dia tu.. sebelum ini malu-malu nak bercakap, tapi selepas Elvira melayannya, bukan main laju dia bercakap sekarang..

Riaz senyum memandang si isteri yang sedang melayan Thaqeef dengan elok. Thaqeef tu boleh tahan gemuk, pula tu duduk diatas riba Elvira. Tapi kelihatan Elvira selesa bersama Thaqeef sekarang.

Fahrin yang melihat Riaz seperti angau itu menyenggol bahu Taufiq lalu dimuncungkan bibir ke arah Riaz yang memandang Elvira tidak lepas.

Taufiq menoleh ke arah itu lalu gelak perlahan. Digeleng kepalanya lalu dia menoleh ke arah Elvira.

"El, hati-hati sikit. Sekarang ada orang memerhati kau sampai nak tercabut biji mata." Riaz menjeling Taufiq dan Fahrin yang sedang sengih. Faham la dia 'orang' yang disebutnya adalah dia.

Elvira menoleh ke arah Taufiq lalu menoleh ke arah suaminya. Terbit senyuman di bibir melihat Riaz memandangnya tidak lepas.

Elvira gelak lalu menggeleng. "Biarlah dia.. mata dia tu memang untuk i je.. i dah biasa kena tenung setiap masa di rumah.."

Riaz berdehem lalu menggaru telinganya yang memerah tatkala mendengar ungkapan isterinya. Manakala Fahrin dan Taufiq sudah mula mengusik Riaz yang malu-malu kucing itu.

"Wuuuuuu tak pasal-pasal bini kau pecahkan rahsia kau.." Riaz menjeling. Dilempar bantal ke arah Taufiq dan Fahrin. Mereka terkekeh ketawa.

"Diam la kau." Mereka yang berada disitu tergelak sahaja mendengar itu.

"Assalamualaikum.." ucap satu suara lembut dari pintu masuk. Mereka menoleh ke arah suara itu. Fahrin senyum.

"Waalaikumsalam cinta abang.." Aireen senyum mendengar itu. Dia melangkah menghampiri Fahrin lalu dicium tangan Fahrin sebelum Fahrin mencium pipinya.

"Ehem.." Taufiq berdehem setelah melihat adegan sweet itu. Manakala Elvira senyum lebar. Nampak romantis sahaja pasangan itu.

"Ingat sikit.. ramai orang ni dekat sini." Ujar Taufiq mengejek. Fahrin dan Aireen hanya sengih busuk. Elvira senyum.

"So sweet both of you.." Riaz berpaling ke arah Elvira lalu menjungkit kening. Elvira.. nak macam tu juga ke? Dia nak Riaz melayannya romantis begitu juga?

"Abang.. Fara dah siap mandikan anak.. abang pakaikan baju dia, boleh?" Ujar Fara yang sedang melangkah menghampiri mereka di ruang tamu.

Fara duduk diatas toto lalu diletakkan anaknya diatas toto. "Oh my god.. she so cute.." puji Elvira sambil menyentuh pipi Tasneem.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt