BAB 14🍾

4.2K 413 91
                                    




ELVIRA melihat jam di pergelangan tangannya. Nafas dihela perlahan. Jam menunjukkan pukul 8 malam namun kelibat Riaz langsung tidak kelihatan. Dari tengahari tadi dia menunggu Riaz untuk meluang masa bersama lelaki itu.

Baginya Riaz adalah penenang.. disaat hatinya gundah dan gusar seperti sekarang, dia pasti akan mencari lelaki itu..

"Maaf cik, kafe kami dah tutup. Dipersilakan balik." halau Hanis dengan selamba. Elvira mengeluh. Dia memusingkan tubuh menghadap Hanis.

"Tak boleh ke bagi i duduk dalam kafe dulu? I janji nanti Riaz dah sampai, i suruh dia kunci." Hanis gelak sinis.

"Maaf.. cik ni orang luar. Kalau saya benarkan cik berada dalam ni, dan cik rosakkan barang atau barang kami hilang, macam mana? Siapa kena tanggung? Saya juga, cik."

Elvira berdecit. "I janji i tak curi apa-apa.. you boleh percayakan i. That sloppy boy boleh jadi saksi bahawa i akan tanggung jika ada apa-apa yang berlaku."

Faris sengih. Aihh tak pasal dia pula jadi orang tengah.

"Biar je la Hanis.. lagipun boss kenal cik Elvira ni.. kal--"

"No, aku takkan benarkan.. jangan terlalu cepat percaya orang. Walaupun cik Elvira ni dah kaya, tapi siapa tahu hati manusia kan? Kalau dia nak khianat, dia tetap juga akan khianat.." marah Hanis seraya mencerlung ke arah Elvira.

Elvira menolak isian pipi dengan lidah. Dia melangkah mendekati Hanis lalu menunduk memandang Hanis.

"You nak cakap i ni pencuri ke apa? Niat i duduk dalam kafe untuk tunggu Riaz. Bukannya untuk mencuri bahan pun. You fikir i ni terdesak sangat ke?"

Hanis gelak sinis. "Kan saya dah kata pada cik tadi? Yang boss tak suka dan rimas cik selalu datang ke sini. Sekarang terbukti kan yang dia jarakkan diri dari cik sehingga dia langsung tidak datang ke kafenya sendiri. Why? Kerana ada gadis yang mengganggu kehidupannya."

Tersentak Elvira mendengar itu. Baginya.. apa yang dikata Hanis masuk akal.. adakah Riaz ingin menjarakkan diri darinya? Kerani itulah lelaki itu langsung tidak menunjukkan muka dihadapan Elvira? Riaz.. ingin melarikan diri dari Elvira?

Hanis senyum senget melihat reaksi Elvira sudah berubah. Amat ketara disitu bahawa Elvira sedar kedatangannya telah mengganggu kehidupan Riaz.

Faris pula hanya memandang Elvira dengan riak sayu. Rasa kasihan pula melihat riak mendung Elvira ketika ini.

"Keluar cik. Saya merayu." pinta Hanis perlahan. Elvira mengeluh. "Okay, i keluar. Tapi i akan tunggu bos you diluar kafe. Is that okay?"

Faris menggeleng. "Jangan cik.. bahaya perempuan bersendirian di luar waktu macam ni.."

Elvira senyum. "It's okay.. i tetap nak jumpa Riaz.."

Hanis mengeluh. "Degil.." kutuknya sebelum dia keluar dari kafe. Elvira keluar dari kafe dengan keluhan. Manakala Faris pula mengeluh dengan semua ini. Dia turut keluar mengikuti dua gadis tadi.

Hanis menjeling Elvira sebelum dia memandu keluar dari kawasan kafe tersebut. Faris menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat Elvira yang duduk di kerusi di luar kafe.

"Err cik nak saya teman ke sementara tunggu boss datang?" Elvira menggeleng.

"No, it's okay. Kesian you kerja dari pagi sehingga malam lepas tu nak teman i pula. Just get some rest untuk tambah energy you esok.." Faris senyum lalu mengangguk.

"Saya balik dulu cik.."

"Wait, what's your name?"

"Faris.."

Elvira mengangguk. "Okay sloppy boy, goodnight." Faris menjeling. Tadi tanya nama, tapi tetap panggil aku sloppy. Nak tumbuk je Elvira ni tapi tak berani ahak.

"Goodnight cik." ucap Faris sebelum dia melangkah ke motornya. Sempat dia menghantar mesej kepada Riaz untuk menyampaikan pesanan bahawa Elvira menanti kedatangan Riaz di kafe.

*:・゚✧*:・゚✧

RIAZ memandu ditemani bunyian angin pada malam ini. Dia pulang sedikit lewat kerana menemani rakannya melahirkan anak tengahari tadi. Fikirnya sebentar sahaja urusan itu, namun agak lama kerana kawannya, Fara harus ditahan di hospital buat masa ini. Ada masalah kesihatan sikit.

Jadi Riaz la yang menjaga Thaqeef seharian ni kerana semua ahli keluarga sedang sibuk. Mana taknya? Fahrin dan Aireen berkahwin hari ini, dan hari ini jugalah Fara melahirkan anak kedua. Automatik semua orang jadi sibuk kerana kejadian ini berlaku serentak.

Ting!

Riaz mengambil telefon di seat tepi tatkala bunyian telefonnya menandakan ada mesej masuk. Berkerut dahinya membaca mesej yang dihantar Faris.

'Cik Elvira ada tunggu boss di kafe. Dari tengahari tadi lagi dia ada di kafe..'

"What?" bisik Riaz perlahan dengan dahi berkerut. Namun seketika matanya membulat besar tatkala dia teringat akan janjinya pada Elvira ketika mereka bercakap telefon tadi.

'Petang sikit kot.. kau.. tunggu la dulu. Nanti aku balik.'

Riaz mengeluh kasar. "Allah.. aku lupa.." gumamnya sendirian sebelum dia memusingkan stereng membuat pusingan uturn. Nasib baik tiada kenderaan lain. Riaz pula memusingkan kereta tanpa memandang kiri dan kanan..

"Aduh apasal kau boleh lupa ni Riaz? Kesian dia tunggu kau dari tadi.." marahnya pada diri sendiri. Pedal minyak ditekan sehingga ke penghabisan untuk melajukan lagi pacuan empat roda miliknya.

Sekarang sudah malam, jadi sememangnya Riaz risaukan Elvira yang bersendirian di kafe sana.

"Budak ni suka betul buat aku risau.. nasib baik sayang."

Riaz menghentikan kereta dihadapan kafenya. Berkerut dahinya melihat kafenya yang sudah gelap gelita dan sudah ditutup. "What? Habis tu Elvira duduk dekat mana? Dalam kereta ke?" bisiknya perlahan sebelum dia melangkah keluar dari keretanya.

Kepala dipanjangkan mencari gerangan yang dicari. "Elvira? Kau ada dekat mana?!" jeritnya dengan riak gusar. "Elvira!"

Elvira yang sudah tertidur di atas meja tersentak apabila kedengaran suara yang memanggil namanya. Dia terus panggung kepala dan memandang ke hadapan. Berkerut dahinya melihat ada sebuah kereta lain dihadapannya.

"Elvira!" jerit Riaz lagi.

"Riaz.. is that you?" tanya Elvira dengan mata terkenyit-kenyit dek sinaran cahaya jalan. Riaz memusingkan tubuh mendengar suara yang amat dia kenal. Automatik kaki berlari ke arah itu. Berkerut dahinya melihat Elvira yang sedang bangun dari duduknya sambil menggosok mata.

"Elvira.. kau tidur dekat luar ke?" tanya Riaz dengan riak risaunya. Elvira panggung kepala. Dia mengecilkan mata apabila ada susuk tubuh berdiri dihadapannya. Dia tidak nampak begitu jelas kerana keadaan yang gelap gelita.

Elvira melangkah menghampiri jejaka dihadapannya. Riaz hanya menanti kedatangan Elvira menghampirinya.

Elvira berdiri dihadapan Riaz lalu meneliti wajah lelaki dihadapannya. Terkaku kejap dirinya apabila dia dapat melihat wajah Riaz dengan jelas malam ini kerana jejaka itu tidak memakai mask di wajah.

Terbit senyuman di bibir Elvira ketika ini. Direnung wajah kacak dihadapannya ini tanpa berkelip.

"You're so handsome.." bisik Elvira dengan senyuman. Terbeliak mata Riaz. Dia memejam mata kejap. Dia lupa pakai mask!

TBC🤍
Lena la Elvira tidur malam ni.

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now