BAB 29🍾

4.7K 440 34
                                    



RIAZ membawa Elvira mengikutinya ke rumah Dato Rayhan. Sudah tiga hari berlalu dan kaki Elvira makin membaik.

Dan tiga hari juga la Elvira hanya tidur di pejabatnya sahaja. Dia tidak mahu bersua muka dengan Puan Danisha serta Idlan buat masa ini kerana dia masih lagi terasa hati dengan mereka.

Pada awalnya Riaz ingin membawa Elvira bertemu Dato Rayhan secepat yang mungkin. Namun, oleh kerana kesihatan Elvira tidak mengizinkan, dia terpaksa tangguhkan dahulu sehingga Elvira sihat sepenuhnya seperti sekarang.

Elvira keluar dari kereta dengan senyuman. "Thank you bae.." Riaz senyum tipis. "Your welcome." Balas Riaz lalu menutup pintu keretanya.

Elvira senyum. "And thank you too pada Izzul kerana dia buang semua gambar tak senonoh i di laman sosial."

Riaz telah mengarah Izzul untuk hacked seluruh sistem serta laman sosial wartawan untuk take down berita sensasi milik Elvira. Dan sekarang gambar itu sudah tiada di mana-mana platform.

"Dan sekarang kau percaya yang Izzul tu baik kan?" Elvira mengerutkan hidungnya. Riaz senyum melihat reaksi comel Elvira. Dia menjungkit kening pada Elvira.

"Sikiiit ni la.." ujar Elvira sambil menunjukkan ibu jari serta jari telunjuk yang hampir bercantum pada Riaz. Riaz tergelak melihat itu.

"Kau masih tak percayakan dia la ni?"

Elvira memuncung. "I masih belum kenal kawan you.. arwah daddy i pernah kata sebaik mana pun seseorang itu, i tetap juga kena berfikiran negatif tentang dia untuk langkah berjaga-jaga.."

Riaz mengangguk. "Betul. Dan kau sepatutnya berhati-hati juga dengan aku. Kau fikir aku ni baik, tapi aku ni jahat sebenarnya, tau?"

Elvira mengecilkan mata. "Never mind. You baik atau jahat, you tetap hot di mata i. And i love it so much.." Elvira mengenyit mata pada Riaz.

Riaz hanya tergelak melayan karenah Elvira sekarang. "Nakal.. jom la jumpa ayah aku.." Elvira senyum lalu mengangguk.

Dia menoleh memandang rumah besar dihadapannya. Berkerut kejap dahinya melihat rumah yang sangat mewah dihadapannya.

Riaz berpaling ke arah Elvira yang sedang berjalan di sisinya. Riaz berdehem. "Aku hanya ada ayah.. mak aku dah lama meninggal."

Elvira menoleh ke arah Riaz lalu mengangguk. Dia sudah tahu dari Makndak tapi dia tetap juga mahu Riaz menceritakan hal ini padanya.

"Sakit apa?" Riaz berdehem lalu berpaling ke arah lain. Dia tidak bersedia untuk menceritakan segalanya tentang dirinya pada Elvira.

"Satu hari nanti kau tahu. Kau kena ingat, kau pun masih ada banyak rahsia dengan aku."

Elvira mencebik. "Elehh berkira.. dengan bakal isteri sendiri pun nak berkira.." Riaz tergelak mendengar itu. Ditarik nafas dan hembus perlahan.

"Aku ada satu lagi rahsia dengan kau.. dan kau akan tahu tentang rahsia tu hari ni." Berkerut dahi Elvira. "What is that?"

Riaz senyum. "Kau akan tahu nanti.." Elvira mengerdip mata lambat namun dianggukkan juga kepalanya.

Seusai tiba di pintu Riaz mengetuk pintu rumahnya. Elvira pula hanya setia menanti bersama Riaz.

Ktak.

Riaz senyum pada seorang perempuan tua yang membuka pintu untuknya.

"Tuan muda.. masuklah." Ujar pembantu rumah yang bernama Cikmah. Riaz mengangguk. "Ada tetamu hari ni."

Cikmah menoleh ke arah Elvira lalu senyum. "Cik, masuklah. Saya hidangkan air nanti."

"Thank you.." ucap Elvira sebelum masuk ke dalam rumah Dato Rayhan.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now