BAB 61🍾

4.4K 432 8
                                    



'BOSS, puan Elvira hilang! Kereta dia tak ada dan kami tak boleh akses telefon dia!'

Hanya kerana informasi itu, Riaz memandu kereta seperti orang gila sekarang. Betapa marah dan betapa risaunya dia pada isterinya ketika ini selepas mendapat panggilan daripada Fiz.

Izzul sudah mengarah Fiz dan Roy pergi ke rumah Puan Danisha dan alangkah terkejutnya mereka setelah mendapati Puan Danisha diikat diatas kerusi disertakan pula barangan Elvira bersepah diatas lantai.

Dan sekarang Riaz fokus dengan pemanduannya. Sekali sekala dia melihat gps di telefonnya. Dia sudah tidak berfikir hal lain, yang dia inginkan hanya isterinya sahaja.

Dia bernasib baik kerana meletakkan gps di loket rantai isterinya. Dan sekarang dia sudah tahu dimanakah keberadaan isterinya.

Izzul memandang rakannya yang hanya diam membisu. Dia faham perasaan Riaz sekarang jadi dia hanya biarkan sahaja Riaz memandu dengan laju sehingga melanggar semua lampu isyarat.

Pin pin!

Bergema jalan itu dengan bunyi hon. Izzul berdecit. "Sial betul. Orang nak cepat kot. Dia sibuk nak hon macam orang nak tercirit." Bisik Izzul sendirian sebelum dia mengeluarkan pistol dari pinggangnya.

Dia menurunkan tingkap kereta lalu diacu pistol ke atas.

Bangg!

Bergema jalan itu dengan jeritan pemandu jalan raya. Hon yang kedengaran tadi sudah tiada. Dan kereta-kereta dihadapan mereka memberi laluan kepada Riaz serta anak buah Izzul yang mengekori kereta mereka dari belakang.

Izzul gelak sinis lalu menggeleng. Dimasukkan kembali pistol ke poketnya lalu dia memandang Riaz.

"Lek Riaz. Aku yakin dia takkan apa-apakan isteri kau."

Riaz mengetap bibir. "Aku tak boleh rilek Zul.. orang yang dia tangkap tu isteri aku. ISTERI AKU! Nyawa aku! Mana mungkin aku biarkan dia sentuh isteri aku macam tu! Aku takkan benarkan lelaki sial tu sentuh isteri aku walau sedikit pun! Sial!"

Riaz menghentak kuat stereng. Terpejam mata Izzul. Dia mengurut dadanya. Fuhh.. mungkin Izzul ni bahaya dan seram, tapi Riaz lebih seram jika lelaki itu dalam amarah..

Riaz mengerutkan dahi melihat penjejak milik Elvira. "Wait.. ni bukan ke dekat.." Izzul menjungkit kening. Dia melihat gps itu. Terbeliak matanya apabila dia kenal akan tempat itu.

"Gaung.. tempat dia buang Zana dulu." Gumam Izzul perlahan. Riaz mengetap rahang lalu melajukan pemanduannya.

"Fuck! Aku takkan biarkan dia terlepas kali ini. Kalau bini aku dalam kesakitan, aku janji aku akan bunuh jantan tu sampai dia mampus! Memang sial. Lelaki paling celaka! Kau tunggu Idlan kau tunggu!"

Jerit Riaz dengan mata berkaca. Sungguh dia risaukan isterinya ketika ini sehingga tangannya mula bergetar. Dia tidak mahu peristiwa lalu berulang lagi pada orang yang dia sayang.

Tak semena air mata Riaz menitis hiba tanpa sedar. Sayu hati Izzul melihat itu. Dia mengambil Walkie-talkie lalu bercakap melalui objek itu.

"Follow kami cepat. Urgent case. Jangan lambat kali ni."

'Baik boss!'

*:・゚✧*:・゚✧

ELVIRA yang sedang diikat diatas katil mencerlung Idlan yang sedang sengih padanya. Namun bagi Elvira sengihan itu merupakan sengihan jijik.

Idlan membawanya ke satu rumah terbiar di dalam hutan dan di luar sana dipenuhi dengan pengawal yang menjaga Idlan.

Idlan sudah upah semua pengawal agar keselamatannya terjamin. Dia pengecut. Kuat pun kerana isterinya sahaja. Oops, bekas isteri.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora