BAB 62🍾

5.2K 408 43
                                    



IZZUL mengeluh perlahan. Diperhatikan sahaja Riaz yang sedang serabut ketika ini. "Macam mana? Kau nak ikut cakap dia? Atau kau nak anak buah aku ikut kita masuk ke dalam?"

Riaz mengetap rahang lalu menggeleng. "Aku tak pengecut seperti Idlan. Sekarang, arah anak buah kau untuk tunggu di luar kawasan. Kita ikut apa yang Idlan arah."

Izzul gelak sinis. "Dalam tu ramai pengawal tau? Dan aku kenal orang yang Idlan upah tu! Mereka bukan calang-calang orang! Mereka dari kumpulan gelap tahap atasan. Kau rasa kau mampu ke lawan mereka dengan aku je?"

Riaz mencerlung Izzul. "Dia ada bini aku la sial. Kalau kita tak ikut cakap dia, dia akan sakiti Elvira! Aku taknak bini aku cedera walau sedikitpun! Aku rela bermati-matian asalkan isteri aku kembali ke dalam dakapan aku!"

Jerit Riaz dengan mata berkaca. Izzul mengeluh hebat. Diraup kejap wajahnya sebelum dia menekan Walkie-talkie.

'Ya bos?'

"Rio, suruh ahli kita tunggu dekat luar. Biar aku dan Riaz je masuk ke dalam."

'Tapi bos, orang dia ramai..'

"Ikut je cakap aku. Korang jaga kawasan luar. Apa-apa hal aku akan call kau nanti. Jangan masuk selagi tak terima arahan dari aku, faham?"

'Tapi Izzul, aku takkan benarkan kau dan Riaz je masuk. Apa gunanya kami datang kalau kami tak bantu kau?'

Izzul berdecit. Sememangnya Rio agak degil jika Izzul memberi arahan begini. Rio amat rapat dengan Izzul kerana itulah jejaka itu bimbang akan keselamatan ketuanya.

"Kalau kau nak hidup lama, dengar cakap aku. Kalau kau langgar arahan aku, aku takkan teragak-agak bunuh kau. Faham?"

Kedengaran Rio mengeluh dalam talian. 'Baik bos. Aku tunggu dekat luar. Tapi kalau ada apa-apa berlaku, kau call je aku. Aku dan ahli lain akan masuk tanpa ragu-ragu.'

Izzul mengangguk. "Roger." Izzul menutup Walkie-talkie lalu menoleh ke arah Riaz. Dibuka dashboard kereta lalu dikeluarkan satu senjata api sebelum dihulurkan kepada Riaz. Riaz menjeling objek itu.

"Ambil la untuk keselamatan kau." Riaz menggeleng. "Aku tak pakar dalam menembak. Aku hanya pakar dalam menumbuk. Aku takkan bermain darah dengan pistol. Kau tolong cover aku."

Ucap Riaz sebelum dia keluar dari keretanya. Izzul menggeleng. "Degil, macam aku." Gumamnya sebelum dia turut keluar dari kereta mengekori langkah Riaz.

Mata Izzul dan Riaz tajam memerhati sekeliling. Mereka sudah bersiap sedia jika ada musuh menyerang mereka. Izzul gelak sinis. "Lagi 10 saat akan datang beberapa orang untuk serang kau. Kalau kau anak jantan, tunjukkan pada aku kepakaran kau."

Ujar Izzul tatkala dia mendengar beberapa orang berlari ke arah mereka. Telinga Izzul amat tajam. Dia boleh mendengar derapan kaki seseorang dari jauh.

Riaz mengangguk. Dia hanya tenang sahaja melangkah namun langkahnya sedikit laju berbanding biasa kerana dia risaukan isterinya yang berada dalam genggaman Idlan ketika ini.

"Now!" Jerit Izzul tatkala kelihatan beberapa lelaki melangkah ke arah mereka. Riaz mula melajukan langkah lalu menyepak pelipat kaki seorang lelaki yang sedang menghunus pisau ke perutnya.

Izzul menendang kuat kepala lelaki muda lain sehingga lelaki itu terjelumpuk jatuh ke atas tanah. "Sial lah. Kau bukan level aku." Kutuk Izzul sebelum dia menyepak perut lelaki lain pula.

Hampir berpuluh-puluh lelaki berbaju hitam yang menyerang Izzul dan Riaz ketika ini. Kelihatan Izzul dan Riaz juga telah berpeluh dan bernafas tercungap-cungap melawan mereka tanpa senjata.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now