BAB 9🍾

4.3K 398 67
                                    



ELVIRA berdecit apabila dirinya ditarik Idlan ketika ini. Dia berusaha melepaskan diri dari genggaman Idlan. Dia agak menyesal kerana pulang awal ke rumah hari ini.

Fikirnya Puan Danisha sudah pulang dari kerja namun silap telahannya apabila kelihatan hanya Idlan sahaja yang berada di rumah.

"Lepaslah! Apa masalah you ni, Idlan?!" Marah Elvira sambil menolak-nolak tangan Idlan yang mencengkam lengannya.

Idlan menolak tubuh Elvira ke dinding lalu ditongkat kedua tangan disisi kepala Elvira. Elvira mencerlung wajah Idlan yang amat hampir dengannya ketika ini.

Idlan senyum senget merenung wajah anak tirinya. Diusap lembut pipi Elvira. Elvira berdecit lalu menepis sentuhan Idlan.

"You jeles, right?" Berkerut dahi Elvira mendengar soalan itu. "What?"

Idlan mengangguk. "I knew, you jeles tengok kemesraan i bersama mummy you. Sebab tu you selalu lari apabila kami berdua duduk dihadapan you."

Elvira gelak sinis. "You terlalu percaya diri, Idlan. Jangan amalkan gaya hidup begitu. Jangan terlalu yakin diri sangat. Celah mana i jeles sekarang ni hm? You perlu bezakan antara jeles dan meluat."

Memudar senyuman Idlan mendengar itu. Dia senyum tipis lalu mencengkam lembut rahang anak tirinya. Mata mula tertancap ke bibir merah delima Elvira.

Elvira memukul-mukul tangan Idlan. Idlan senyum.

"Nak je i cium you dekat sini, El.. mulut you ni memang kasar. I nak lembutkan sikit supaya you tak kurang ajar pada orang seperti i.." bisik Idlan perlahan dihadapan wajah Elvira.

Elvira memejam mata kejap tatkala bauan rokok dari nafas Idlan menusuk ke dalam rongga hidungnya. Sudahlah nafas busuk, ada hati nak bicara begini dihadapan Elvira! Atleast, telan la gula-gula berangin dulu kan?

Sebab ni Elvira jijik dengan Idlan.

"Untuk apa i bersikap baik pada you sedangkan you bukanlah sesiapa bagi i? You hanyalah ayah tiri yang tak diiktiraf! Kalau you tak ada, i makin aman la!"

Jerit Elvira lalu menolak kasar tubuh Idlan menjauh namun Idlan makin mencengkam rahangnya sehingga Elvira berdesis.

Idlan mencerlung Elvira dengan cerlungan tajam. "I'm really wanna fuck you so hard, Elvira.. jangan cabar i. Dah lama i inginkan tubuh you. Kita hidup sebumbung. I cuma tunggu masa je untuk rogol you."

Berkerut dahi Elvira. Pelipisnya mula berpeluh mendengar itu. Memang la dia berani, namun dia merupakan orang perempuan.

Dan perempuan amat takut dengan ugutan seperti itu kerana bagi mereka maruah amat penting untuk diri mereka.

"JIJIK! Dasar lelaki paling jijik!" Marah Elvira dengan nafas laju. Idlan senyum senget.

"Kalau you rasa jijik, kahwin dengan i. Hey, i tak kisah la kahwin dua.. i boleh rasa mangga tua dan mangga muda sekaligus.." ibu jari Idlan mengusap lembut bibir Elvira.

Elvira mendengus lalu menolak kasar tubuh Idlan sehingga cengkaman di rahangnya terlepas.

"Sebelum kau nak berkahwin dua, belajar bab agama dulu! Kau dan aku adalah mahram! Dan kita diharamkan berkahwin walaupun kau bercerai dengan mummy aku sekalipun kerana kau dah bersetubuh dengan mummy aku! Nak berkahwin dua mestilah ada ilmu agama! Jangan berangan nak berkahwin dua, jika ilmu di dada pun tiada! Nak tanggung mummy aku pun tak lepas, ada hati nak kahwin dua! You're just a bastard man for me! Dasar biawak hidup! Hidup kau pun mummy aku yang tanggung, ada hati nak tambah lain. Fuck off!"

Elvira meludah ke atas tanah sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Idlan mencerlung Elvira dengan nafas tercungap-cungap.

Dia masih tidak puas hati dengan sikap dingin Elvira terhadap dirinya. Baginya Elvira sangat melampau dalam berkata-kata kali ini.

Idlan senyum senget melihat Elvira menaiki tangga dengan langkah laju. "Tak apa.. masa masih panjang. Aku akan pastikan kau jadi milik aku, Elvira."

*:・゚✧*:・゚✧

ELVIRA masuk ke dalam biliknya lalu dia cepat-cepat mengunci pintu biliknya. Dia menyandarkan badan ke pintu bilik lalu menyentuh dadanya yang berombak laju.

Menitis air matanya ketika ini apabila dia teringat akan kata-kata Idlan kepadanya tadi.

'I cuma tunggu masa je untuk rogol you.'

Elvira menggeleng mengingati itu. Ditutup kedua telinganya lalu dia mula teresak. Badannya mula melorot ke bawah dengan linangan air mata. Dikemam bibir kuat menahan esakannya.

Air mata menitis tanpa henti dengan gelengan. Dia amat takut dengan ugutan bapa tirinya. Benar apa yang dikatakan Idlan.

Mereka hidup bertiga sebumbung. Elvira bernasib baik jika Puan Danisha berada di rumah. Tapi jika Puan Danisha tiada di rumah seperti sekarang? Macam mana?

Pasti dia akan berduaan dengan Idlan seperti sekarang.

Dan ia amat bahaya untuk dirinya sebagai perempuan kerana berdua-duaan dengan lelaki seperti Idlan kerana Idlan merupakan bapa tiri, bukannya bapa kandung.

Tak mustahil dia akan diapa-apakan Idlan. Idlan masih muda, dan tenaga lelaki itu lebih kuat berbanding dirinya. Pasti lelaki itu ada muslihat tersendiri diatas dirinya.

"Ya Allah.. lindungi aku.. lindungi maruah aku.." doa Elvira dengan linangan air mata. Walaupun Elvira dikategorikan seksi, namun dia tidak pernah meninggalkan solat. Dia tetap juga mendirikan tanggungjawabnya sebagai seorang perempuan Islam.

Mungkin untuk ubah diri untuk menutup aurat sedikit susah baginya kerana dia dikelilingi orang yang tidak menutup aurat.

Sedangkan Puan Danisha pun tidak bertudung, macam mana dia ingin pelajari tentang aurat? Ibunya sendiri juga memakai pakaian terdedah. Jadi agak sukar dia mendidik dirinya berubah ke jalan itu apabila persekitarannya juga begitu.

Elvira menarik nafas dan hembus perlahan. Diraup wajah basahnya kejap. Dia masih berdebar dengan ugutan bapa tirinya. Tidak boleh dibayangkan jika perkara itu terjadi pada dirinya.

Apa nasibnya? Apa yang akan berlaku pada dirinya jika maruahnya tercalar begitu? Adakah dia akan dipandang serong oleh orang sekeliling?

Tok tok!

Terhinjut bahu Elvira apabila ketukan pintunya kedengaran. Automatik dia bangun dari duduknya lalu memerhati pintu biliknya dengan perasaan berdebar. Degupan jantung makin laju mengepam ketika ini.

Dia..takut.. dia..risau.

Idlan tidak pernah datang ke biliknya. Tapi sekarang.. adakah.. Idlan sudah berani datang ke sini kerana hal tadi?

"El? Mari turun makan malam.. mummy beli lauk tadi sebelum balik dari kerja."

Elvira menghela nafas lega. Diusap dadanya dengan helaan nafas lega apabila suara ibunya menerjah gegendang telinganya.

"Nanti El turun, mummy. El nak mandi jap. You makan la dulu."

"Okey. Turun makan nanti. Mummy dah beli banyak ni. Nanti tak habis pula."

Elvira senyum tipis. "Baik mummy.."

Elvira menghembus nafas lega. "Nasib baik mummy dah balik.. kalau tak, mahu tak bernafas aku berduaan dengan lelaki lahanat tu dalam rumah ni.."

TBC🤍
Someone please protect Elvira 🥹

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now