BAB 36🍾

5.8K 421 19
                                    



DIAM sahaja Riaz dan Elvira ketika ini. Elvira merenung Riaz yang sedang menyusun makanan yang dibelinya tadi diatas tikar. Sekarang mereka berdua berkelah dihadapan pantai.

Sengaja ingin makan disini. Sekurangnya hati Riaz yang panas tadi boleh tenang setelah mendengar deruan ombak pantai.

Elvira mengeluh dalam diam. Tangan kanan menindih tangan kiri suaminya. Terhenti pergerakan tangan Riaz. Dia terus memandang isterinya.

Elvira senyum tipis. "Are you okay? Kenapa i tengok macam tak ada mood je? Mind to share with me?" Riaz senyum kelat. Digenggam jemari mereka berdua.

Mata memandang cincin di jari Elvira. Diusap perlahan cincin itu lalu mengeluh perlahan.

"Aku rasa dah sampai masanya aku ceritakan tentang keluarga aku pada kau sebab kau dah jadi isteri aku, dengan kata lain milik aku."

Elvira senyum. Disisir kejap rambutnya yang menghalang pandangannya.

"You nak cerita apa bae? Tell me. I nak tahu semuanya."

Riaz menarik nafas dan hembus perlahan. Dia menoleh ke arah pantai. Diambil roti lalu disuap ke mulut Elvira. Elvira senyum lalu menyambut suapan suaminya.

"Hal ni tiada siapa pun yang tahu kecuali Izzul.. dan sekarang, aku nak kau orang kedua yang tahu tentang keluarga aku." Riaz mengusap bibir isterinya yang mempunyai sisa roti.

Elvira mengangguk. Rapat betul dia dengan Izzul tu.. dah macam kembar.

Riaz merenung mata isterinya yang terkedip-kedip ke arahnya. "Mama aku mati.. disebabkan kanser paru-paru." Terbeliak mata Elvira mendengar itu.

"Dan sebab itu jugalah aku sentiasa bergaduh dengan papa jika dia merokok dalam rumah.. aku selalu halang dia merokok, tapi papa aku degil. Dulu dia pernah berhenti selepas sahaja mama aku meninggal.. tapi tak lama kemudian, dia kembali merokok. Katanya ketagih."

Elvira mengemam bibir. Dia masih fokus dengan penceritaan suaminya.

Riaz mengeluh. "Dan sehingga sekarang, aku salahkan dia atas kehilangan mama aku. Bukan ingin menidakkan takdir, tapi kadang-kala aku rasa geram.. dan benci apabila mama aku meninggal disebabkan papa aku sendiri yang selalu merokok dihadapan kami."

Elvira mengusap tangan suaminya tatkala dia mendengar suara bergetar Riaz. Riaz memejam mata kejap lalu kembali memandang Elvira.

Elvira senyum. "Sebab tu you jauhkan diri i dari papa tadi?" Riaz mengangguk. Diusap pipi isterinya.

"Yes.. aku taknak peristiwa lepas terjadi lagi.. aku taknak kehilangan orang yang aku sayang.." Elvira senyum lebar.

"You sayang i?"

Riaz merenung isterinya. "Stupid question. Of course i am." Elvira tergelak lalu menggeselkan hidung mereka berdua. Riaz senyum memerhati wajah isterinya yang amat rapat dengannya.

"Sebenarnya aku terfikir untuk kita pindah rumah.. tapi dalam masa yang sama, aku terfikir kalau aku tiada di rumah nanti, siapa yang nak jaga kau? Kalau kita duduk rumah papa, atleast Cikmah ada jaga kau waktu aku tiada."

Elvira tergelak. "Bae.. cara you protect i, dah macam protect i dari pembunuh pula.. padahal tiada sesiapa pun yang akan bunuh i nanti."

Riaz mengeluh perlahan. "Yes, mungkin tak ada sesiapa yang akan bunuh kau melalui fizikal. Namun aku yakin akan ada pembunuhan melalui mental. Am i right?" Bisik Riaz perlahan.

Memudar senyuman Elvira mendengar itu. Terkedip-kedip dirinya dihadapan suaminya.

Riaz melepaskan segugus keluhan. Dijarakkan wajah mereka berdua lalu dicium lama tangan yang berada dalam genggamannya sambil mata tertancap ke mata Elvira.

Elvira senyum tipis. "By the way, you tak cerita lagi pada i siapa yang call you semalam?"

Riaz merenung isterinya. "Aku tak suka perangai kau yang ini, sayang. Kau selalu ubah topik bila aku bertanya pada kau."

Elvira mengerdip mata lambat. Dia masih takut untuk menceritakan segalanya pada suaminya.

Riaz mengeluh perlahan. "Fahrin. Kawan aku call semalam. Dia marah sebab aku tak beritahu dia yang aku dah kahwin. Aireen yang beritahu segalanya pada dia."

Elvira mengangguk. Dia senyum tipis. "Ramai betul kawan you.. tak macam i, keseorangan je."

Riaz tergelak. "Tak ramai pun. Circle aku kecil je. Aku berkawan dengan orang yang selesa dengan aku.. kawan lelaki aku ada tiga orang je. Fahrin, Taufiq dan Izzul. Dan perempuan pula Aireen dan Fara. That's it."

Elvira senyum. "I tak sabar nak jumpa mereka.." Riaz senyum. Dia menekup kedua pipi isterinya.

"Dan aku pun tak sabar nak tahu kisah kau.." memudar senyuman Elvira. Digigit bibirnya menahan debaran. Ingin melihat ke arah lain, namun Riaz sudah bijak menekup kedua pipinya sehingga dia tidak boleh menoleh ke arah lain.

Riaz merenung kedua mata isterinya. "Kau milik aku Elvira. Sepatutnya semua hal kau, aku kena tahu. Apa yang terjadi pada kau, aku kena tahu. Kerana suami isteri tidak mempunyai rahsia antara satu sama lain. Okey, kalau kau nak cakap yang kau tak bersedia lagi, aku boleh terima. Tapi kalau aku terdengar berita tentang diri kau dari orang lain, apa perasaan kau? Suami mengenali isteri dari mulut orang lain?"

Elvira meneguk liur kejap. Dia menggeleng. "I.. i tak tahu.. i tak tahu nak mula dari mana.."

Riaz senyum. "Dari mula sehingga akhir. Ceritakan tentang diri kau pada aku walaupun ia menyiksakan. Aku nak, hari ini kau luahkan segalanya pada aku. Aku dah ceritakan tentang keluarga dan kawan aku pada kau. Dan sekarang, aku nak balasan dari kau.."

Berkaca mata Elvira. Dia kemam bibirnya sambil merenung Riaz yang sedang merenungnya.

"I susah percayakan orang.. sedangkan mummy i sendiri pun tak percayakan kata-kata i, apatah lagi you?"

Riaz menggeleng. Dilekapkan dahi mereka berdua sambil merenung isterinya tanpa lepas.

"Jangan samakan aku dengan orang lain.. tak kisah la apa yang terjadi, kau adalah keutamaan aku. Dan kau orang yang paling aku percaya.. sekarang, aku nak kau meluah.. aku nak mendengar. Dan nanti kita akan bincang."

Elvira senyum. Ditarik nafas dan hembus perlahan. Ditatap mata suaminya. "I..."

Riaz mengangguk. Dia hanya menatap isterinya kerana fokusnya adalah Elvira.

Elvira meneguk liur. Riaz senyum untuk menenangkan isterinya. "Apa sayang? Beritahu bae.." bisiknya perlahan.

Elvira menghela nafas perlahan. "I mengalami gangguan seksual selepas mummy i berkahwin dengan Idlan."

Berkerut dahi Riaz mendengar itu. Rahang diketap kuat.

What the....

TBC🤍
Ungkap segalanya El..

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now