BAB 55🍾

4.9K 424 9
                                    



KTAK.

Elvira berpaling ke arah pintu tatkala pintu rumahnya dikuak dari luar. Dia terus melangkah menghampiri suaminya yang sedang menutup pintu. Sedari tadi dia menanti suaminya pulang ke rumah.

"Bae.." panggilnya perlahan seraya mendekati suaminya. Riaz meregangkan otot lehernya sekejap. Kepala ditoleh ke arah isterinya yang sedang memandangnya dengan riak bersalah.

"I'm sorry.." bisik Elvira perlahan. Tangan menyisip jemari mereka berdua lalu dicium bertalu-talu tangan Riaz.

Riaz mengeluh. "Kau tahu kau nyawa aku kan?" Elvira kemam bibir lalu mendongak memandang suaminya. Diangguk perlahan kepalanya.

Riaz membelai kepala isterinya dengan tangan kiri. Tangan kanan dah jadi hak milik Elvira. Langsung tak lepaskan genggaman mereka berdua.

"Kenapa kau buat aku macam ni, sayang? Kenapa buat aku risau? Aku dah banyak kali ulang, kalau ada apa-apa terjadi, ceritakan pada aku.. kalau aku tahu dari awal, dah lama aku cari siapa orang yang hampir langgar isteri aku.. nasib baik papa yang siasat.. kalau tak, sampai bila-bila pun aku tak tahu hal ni kan?"

Elvira mengemam bibir. Walaupun Riaz menggunakan intonasi suara yang biasa, namun dia agak takut dengan reaksi wajah Riaz yang memandangnya mendatar tanpa senyuman.

Dia yakin Riaz sedang marah padanya namun lelaki itu sedang menahan suara dari tertengking isterinya.

"I'm sorry bae.. i tak fikir soal tu.. i fikir dia tak sengaja masa tu sebab i pun tak perasan ada kereta memandu laju menghampiri i.."

Riaz menggeleng. Ditarik kepala isterinya mendekat lalu dicium lama dahi Elvira. Terpejam mata Elvira.

"Jangan buat aku macam ni lagi sayang.. kau tak tahu betapa risaunya aku dengan keadaan kau.. aku cuba dan cuba untuk lindung kau sekarang kerana banyak bahaya diluar sana.. Idlan masih bebas berleluasa.. aku taknak terjadi apa-apa pada isteri kau.. kau milik aku, Elvira."

Tersenyum Elvira mendengar bisikan suaminya. Dia memeluk erat tubuh suaminya lalu dilekapkan telinganya ke dada Riaz. Riaz membalas pelukan isterinya sambil mencium lama kepala si isteri.

"I minta maaf bae.. you masih marahkan i? Hm?" Riaz senyum. Digeleng kepalanya.

"Aku tak marahkan kau.. cuma aku risaukan kau tadi.. sebab tu aku termarah kau.. aku cemas jika sesuatu buruk berlaku pada kau.. kau bermakna bagi aku.. kau nyawa aku.. kau kehidupan aku.. kau semangat aku.. tolong.. tolong jangan buat aku gelisah macam ni.. setiap kali kau tiada di depan mata aku, aku akan rasa gelisah dan takut.. takut sangat terjadi perkara buruk pada kau."

Elvira senyum terharu mendengar itu. Dia rasa amat disayangi dan dicintai oleh lelaki yang tepat. Betapa Riaz menyayanginya sehingga lelaki itu amat risaukan keadaannya seperti sekarang.

Riaz mendongakkan wajah Elvira menghadapnya lalu dia merapatkan wajahnya ke wajah Elvira sebelum dia mencium bibir kesayangannya.

Terpejam mata Elvira. Automatik kaki dijinjit untuk menyamai ketinggian suaminya. Dibalas lembut ciuman hangat sang suami.

Tangan Riaz menyeluk poketnya lalu dikeluarkan seuntas rantai berwarna silver. Dipakaikan rantai itu ke leher Elvira ketika mereka sedang bercium.

Terhenti ciuman Elvira tatkala merasakan lehernya sedikit sejuk. Automatik dia menunduk memandang lehernya. Tersenyum dia melihat ada seutas rantai halus yang elok sahaja dipakaikan ke lehernya.

"Apa ni bae?" Bisik Elvira perlahan seraya menyentuh rantai itu. Riaz senyum. Disisir rambut sang isteri dengan jemarinya.

"Hadiah..aku tak beri lagi hadiah sempena birthday kau yang lalu.. aku tak tahu nak beli apa." Elvira tergelak. Diusap lembut rahang suaminya sambil membalas renungan redup Riaz.

"You're my present, bae. You adalah hadiah i.. kejutan yang you beri tu merupakan hadiah i.. you pakai kemeja demi i pun dikira hadiah i.. diri you adalah hadiah paling bermakna bagi i.. i cuma nak you je.."

Riaz senyum lebar. Dia mengangguk. "Aku tahu.. tapi apa salahnya aku nak beri hadiah pada isteri aku kan? Untuk siapa lagi aku nak habiskan duit kalau bukan pada Elvira Dania? Hm?"

Elvira terkekeh ketawa lalu dicium sekilas rahang suaminya sebelum dia kembali menilik rantainya. Riaz merangkul pinggang Elvira lalu ditarik tubuh itu masuk ke dalam dakapannya.

"You like it?" Elvira mengangguk. "Ya bae.. i suka.. cantik dan sesuai dengan i. I suka warna silver.. nampak berkilau.. seperti diri i pada you.." ujar Elvira sambil menyengetkan kepalanya menayangkan senyuman manja.

Riaz tergelak lalu digesel kejap hidung mereka berdua. "Aku nak, kau pakai rantai ni tanpa buang.. rantai ni antikarat.. jadi, kau pakai masa mandi pun tak apa.. ingat pesan aku, sentiasa pakai walau dimana saja kau berada.. jangan tanggalkan rantai ni.. faham?"

Terkedip-kedip mata Elvira. "But why?" Riaz mengusap kedua pipi isterinya.

"Anggap la rantai itu adalah aku.. jadi, ke mana sahaja kau pergi, ada aku yang menemani kau.. faham tak sayang?" Elvira senyum lalu mengangguk.

"Okey bae.. i'm promise i akan sentiasa pakai demi you.. i love you bae.." bisik Elvira lalu dicium sekilas dada Riaz sebelum dia kembali memeluk suaminya dengan mata terpejam.

Riaz membalas pelukan isterinya lalu dicium lama kepala Elvira. Helaan nafas dilepaskan.

Yang sebenarnya didalam loket rantai itu mempunyai penjejak. Ia bermakna Riaz telah menyambung telefonnya dengan GPS yang telah dipasangkan ke dalam loket itu.

Ini semua untuk keselamatan isterinya. Benar, memang la Elvira sentiasa memberitahunya kemana sahaja dia pergi. Dan Elvira sentiasa menghantar location malah live location kepadanya.

Tapi.. kita tak tahu apa yang terjadi akan datang kan? Lagi pula Riaz sudah bijak dalam hal ini. Dia ingin memastikan keselamatan Elvira terjamin.

Sengaja dia tidak memberitahu Elvira tentang kerisauannya ini kerana dia tidak mahu Elvira resah dan rasa tidak selamat.

Riaz memejam mata. Idlan masih bebas diluar sana. Sebenarnya ingin sahaja Riaz menangkap Idlan dan dimasukkan lelaki itu ke dalam lokap namun Riaz masih tidak menemui bukti lagi.

Dan boleh sahaja Izzul menyumbat Idlan masuk ke dalam sangkarnya namun harus diingatkan bahawa Puan Danisha ada di belakang Idlan.

Jadi, mereka tidak mahu Puan Danisha pula sengsara kerana kehilangan suami nanti..

Oleh itu, Riaz perlu menguruskan bukti dahulu. Lagi pula Riaz sudah meminta tolong Izzul. Dan sekarang, mereka berusaha sehabis baik untuk menjatuhkan Idlan.

Dan tugas Riaz sekarang adalah, menjamin keselamatan isterinya.. hanya dia.. hanya Elvira yang Riaz fikirkan..

Dia tidak kisah tentang orang lain.. dia hanya kisah tentang isterinya sahaja.

"I love you too Elvira.."

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now