BAB 45🍾

6K 432 9
                                    



ELVIRA tergelak tatkala suaminya membuat lawak hambar ketika di pasaraya ketika ini. Mereka berdua sedang membeli-belah barangan rumah mereka. Dan sekarang, elok sahaja Elvira terselit diantara Riaz dan troli.

Comel sahaja cara dia berdiri di tengah-tengah. Riaz la yang suruh Elvira berdiri tengah-tengah macam ni.. katanya nak Elvira menempel dengannya kerana taknak Elvira menjauh.

Atau yang paling tepat lagi, dia taknak tangan Elvira menggapai semua benda di atas rak. Budak tu suka shopping.. nanti semua makanan ringan dimasukkan ke dalam troli.

"You nak buat spaghetti di rumah untuk i ke, bae?" Tanya Elvira lalu mendongak memandang suaminya yang sedang memilih bahan masakan.

Riaz menunduk memandang isterinya lalu mengangguk. "Yes. Sebab aku perasan kau suka makan spaghetti.. jadi, aku sediakan bahan-bahan dulu. Nanti kalau kau merengek nak makan, mudah kerja aku. Tak perlu pergi kafe malam-malam buta."

Tercetus tawa Elvira mendengar itu. Disandarkan kepala ke dada Riaz sambil perhatikan sahaja tangan Riaz yang sedang memilih bahan.

"So hot.." bisik Elvira perlahan sambil bermain dengan urat di lengan Riaz. Riaz senyum mendengar bisikan itu. Dibiarkan sahaja tangan Elvira meliar ke tubuhnya.

"Oh yaa bae.. kita beli hadiah untuk makcik-makcik dekat rumah orangtua, nak? Dah lama kita tak pergi. I nak jumpa diorang. I rindu.."

Riaz senyum melihat isterinya yang sedang memberi reaksi 'puppy eyes'. "Okey-okey.. lepas beli bahan, kita naik tingkat atas beli hadiah mereka."

Elvira mengangguk. "Lepas tu, hari tu Makndak ada beritahu i, kampung mereka ada air terjun. Kita mandi sama-sama nak?"

Terjungkit kening Riaz. "Kau pandai berenang ke?" Elvira sengih lalu mengangguk. "Pandai la hubby.. i pakar dalam berenang tau?"

Riaz senyum. "Okey.. kita honeymoon dekat situ dulu. Nanti aku bawa kau honeymoon ke tempat yang kau nak." Riaz kembali berjalan setelah selesai memilih bahan masakan. Elvira senyum. Dia mengikuti langkah Riaz.

"Setiap masa merupakan honeymoon bagi i setiap kali i bersama you." Riaz senyum. Dicium lama kepala isterinya.

"Pandai kau eh? Sejak bila pandai chia-chia ni?" Elvira tergelak. "Sejak you masuk dalam hati i.." bisik Elvira menggoda.

Terpejam mata Riaz. "Fuhh.. menusuk kalbu. Nanti aku ganyang kau dalam kereta." Elvira tergelak kuat mendengar itu. Ditampar perlahan dada suaminya.

"Tak menyabar.." Riaz senyum melihat jelingan manja isterinya. Dia kembali mencium pusar kepala isterinya. Elvira hanya membiarkan sahaja. Setelah dilihat balik, Riaz amat gemar menciumnya jika lelaki itu mempunyai peluang seperti sekarang.

*:・゚✧*:・゚✧

ELVIRA mengibas wajahnya ketika dia keluar dari kereta suaminya. Mereka sudah tiba di rumah orang-orang tua. Terbit senyuman di bibir merah Elvira tatkala dia dapat bertemu semula makcik-makcik disini.

Riaz mengeluarkan barangan yang dibeli oleh mereka tadi untuk dijadikan hadiah makcik-makcik disini. Tersenyum dia melihat Elvira yang sedang senyum dihadapan rumah besar itu.

Elvira mengerutkan dahi. "Panasnya hari ni.." keluhnya sebelum dia melepaskan cardigan di tubuhnya. Terkedip-kedip mata Riaz melihat Elvira yang hanya memakai blouse tanpa lengan.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now