Bab 2

209K 8.4K 441
                                    

Teko yang berisi air kopi diambil lalu dituangkan ke dalam cawan yang berada di tepi kanannya. Aroma kopi dari Perancis mula menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Disisip perlahan kopi itu apabila bibirnya bertemu dengan bibir cawan, matanya sedikit terpejam untuk menikmati rasa itu. Hampir separuh diminum, cawan itu bertemu kembali dengan piring.

"What a great taste to start a day," kata Tengku Nadya separuh berbisik. Tangannya mula menggapai sekeping roti yang berada di depan mata. Jem strawberi diambil dan kemudian di sapu pada permukaan roti. Langkahnya terhenti apabila bunyi loceng bergema di banglo dua tingkat itu.

"Siapa yang datang pagi-pagi buta ni?" Tanyanya sendirian dan pertanyaan itu terjawab apabila melihat susuk tubuh yang dikenali berjalan masuk diiringi pembantu rumah.

"Tengku Aizat yang datang," ujar pembantu rumah itu.

"Hampir pukul sepuluh, ni bukan pagi buta lagi tau," perli Tengku Aizat sambil mengambil tempat duduk di sebelah kiri yang bertentangan dengan sepupunya itu.

"Whatever." Tengku Nadya kembali menyambung suapannya yang tergendala sebentar tadi namun suapan kedua terhenti lagi apabila bunyi loceng kembali bergema.

"Wow." Hanya sepatah perkataan itu saja yang keluar dari mulutnya sebaik sahaja melihat satu lagi susuk tubuh yang dikenali melangkah masuk ke ruang makan. Keningnya sedikit terangkat menandakan ada sesuatu yang pelik sedang terjadi ketika ini.

"Aiden, you're here too? Korang dua beradik ni memang rancang nak datang ke macam mana? Ke papa ada buat family gathering hari ni?" Tengku Nadya cuba mengingati kalau-kalau papanya, Tengku Nazman ada memberitahu mengenai family gathering. Rasanya tak ada, kalau ada pun mana yang lain? Takkan la dua beradik ni je?

"Tak la, aku datang ni nak ambil document dari uncle. Mana uncle?" Tengku Aiden bertanya sambil matanya melilau mencari kelibat Tengku Nazman di situ. Tapi sebenarnya, dia datang ke sini bukan kerana itu sahaja, ada agenda lain yang tersembunyi. Matanya meninjau keadaan sekeliling sekali lagi untuk mencari seseorang.

"Papa dah pergi pejabat la, dah pukul berapa sekarang ni? Huh!" Tengku Nadya kembali menyambung suapannya yang tergendala sebentar tadi.

"Dah tahu lewatkan? Yang kau baru breakfast ni kenapa?" Soal Tengku Aiden sambil mengambil tempat di sebelah Tengku Nadya. Dipandang sekilas Tengku Aizat yang duduk bertentangan. Timbul satu persoalan di fikirannya, kenapa Tengku Aizat berada di sini juga?

"Aku baru bangun," balas Tengku Nadya dengan selamba tanpa menghiraukan sepupunya itu.

"Hah! Baguslah anak dara baru bangun. Kau, Aizat buat apa kat sini? Tak ada kelas ke hari ni?" Tengku Aiden menjeling tajam ke arah sepupu dan adiknya. Namun kedua-duanya menunjukkan reaksi menyampah dengan teguran yang diberi.

"Tengah hari nanti baru ada. Saja datang sini nak jumpa Nad. Lama tak jumpa dia." Alasan tidak logik tercipta di benak fikiran, sudah kematian akal untuk memberi alasan.

"Bukan baru semalam ke kau baru jumpa aku?" Pertanyaan Tengku Nadya hanya dibiarkan begitu saja. Tujuan dia datang ke sini bukan kerana ingin berjumpa dengan sepupunya itu tapi dengan orang lain. Teman yang dibawa oleh Tengku Nadya semalam ke majlis ulang perkahwinan membuatkan dia datang ke sini. Sepupu Tengku Nadya yang baru balik dari Perancis itu pasti menginap di sini.

"Mana Melissa?" Pertanyaan itu terpacul keluar dari mulut Tengku Aiden dan Tengku Aizat pada masa yang sama setelah agak lama mereka mendiamkan diri. Tengku Nadya memandang ke arah Tengku Aiden yang duduk di sebelah kirinya dan kemudian pandangannya beralih kepada Tengku Aizat yang duduk bertentangan dengannya. Kedua-dua beradik itu sedang berbalas pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now