Bab 40

126K 5.1K 876
                                    

Pagi itu Melissa bangun dari tidur tanpa Tengku Aiden di sisi, malam tadi Tengku Aiden ada mengejutnya pukul lima pagi dan memberitahu yang dia ingin kembali semula ke biliknya. Melissa melepaskan satu keluhan yang berat tapi bila teringatkan apa yang Tengku Aiden memberitahunya semalam, serta-merta bibirnya mengukirkan satu senyuman.

Semalam Tengku Aiden berjanji dengannya untuk memberitahu keluarganya mengenai siapa dirinya yang sebenar. Ini akan jadi kali terakhir mereka berahsia, akan jadi kali terakhir mereka berjumpa secara senyap dan akan jadi kali terakhir dia menjadi isteri yang dirahsiakan kewujudan dari semua orang. Ini akan jadi yang terakhir...

Melissa bangun dari tempat tidurnya dan mula membersihkan diri memandangkan hari ini bermulanya aktiviti yang akan dijalankan sempena Hari Keluarga Panglima Holdings. Selesai saja, terus dia keluar dari biliknya dan kelihatan Tengku Nadya turut sama keluar dari biliknya.

"Nad!" Suara Melissa separuh menjerit ketika dia meluru ke arah Tengku Nadya dan memeluk sepupunya.

"Kau ni kenapa?" Tanya Tengku Nadya, dia cuba meloloskan dirinya dari dipeluk Melissa. Keeratan pelukan dari sepupunya itu membuatkan dia berasa tidak selesa.

"Lepas la, kau ni kenapa? Jangan peluk aku," kata Tengku Nadya lagi. Melissa sudah melepaskannya, dia pandang ke arah Melissa yang sedang tersenyum.

"Terima kasih Nad, aku akan ingat jasa kau sampai bila-bila,"ujar Melissa secara tiba-tiba.

"For what?" Tanya Tengku Nadya. Mukanya mula berkerut apabila mendengar ucapan terima kasih dari Melissa.

"Semalam sebab muncul kat depan pintu tu." Melissa mula teringatkan kejadian semalam, kalau tidak kerana Tengku Nadya datang ke biliknya semalam pasti Tengku Aiden tidak akan memberikan janji seperti semalam kepadanya. Kalau Tengku Nadya tak datang ke biliknya semalam, entah bila Tengku Aiden ingin memberitahu hal sebenar kepada keluarganya.

"Apa kata kau balas jasa aku dengan belanja..." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Melissa terlebih dahulu mencelah.

"Kau jangan nak lebih-lebih eh." Melissa menjeling tajam ke arah Tengku Nadya sebelum gadis itu ketawa.

"Aiden cakap apa semalam?" Tengku Nadya bertanya, dia dan Melissa mula berjalan ke kafe resort untuk bersarapan.

"Ada la," ujar Melissa dengan sengihan di bibir.

Melissa dan Tengku Nadya terus masuk ke dalam kafe untuk bersarapan, kelihatan beberapa staff Panglima Holdings berada di situ. Sarapan pagi yang terhidang membuatkan kedua-duanya mula rasa lapar, tanpa berlengah lagi terus mereka mencapai pinggan memandangkan hidangan dihidangkan cara buffet.

"Eh, awal betul bakal madu kau breakfast hari ni." Tengku Nadya memandang ke arah Syarifah Ezryna yang duduk di meja hujung.

"Mulut tu jaga sikit, bukan bakal madu aku." Melissa menjeling tajam ke arah Tengku Nadya selepas mendengar gurauan madu. Memang madu manis tapi bagi perempuan, rasanya memang pahit.

"Gurau je lah. Awal pagi macam ni, tak elok marah-marah." Tengku Nadya mempamerkan giginya yang tersusun rapi kepada Melissa.

"Kita duduk semeja dengan dia nak? Lagi pun macam dah penuh kat tempat lain." Tengku Nadya mengajak Melissa untuk duduk semeja dengan Sharifah Ezryna memandangkan gadis itu duduk berseorangan saja. Lagi pun kafe itu semakin penuh.

"Morning Ryna," sapa Tengku Nadya dengan senyuman yang manis. Hipokritnya, belakang bukan main menyampah depan pura-pura baik. Sempat Tengku Nadya mengutuk dirinya tapi kadang-kadang kalau tahap menyampahnya terhadap Sharifah Ezryna tak mampu di tahan, terus dia simpan sifat hipokritnya itu.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now