Bab 73

122K 5.6K 606
                                    

Kehangantan mula dirasai apabila gebar mula menutupi keseluruhan tubuhnya yang dingin. Melissa membuka kelopak matanya dalam keadaan terpisat-pisat untuk melihat siapa gerangan yang menyelimuti tubuhnya, takkan boleh naik sendiri pula?

Dalam keadaan mamai, dia menoleh ke sisi untuk melihat siapa yang sedang memeluknya. Pandangan mata mula tertacap pada wajah yang sedang merenung ke arahnya. Tidak berkelip, Tengku Aiden terus memandang ke arahnya dan senyuman berterusan terlakar di bibir lelaki itu. Melissa mula mengatakan itu hanyalah sebuah mimpi kerana tidak mungkin Tengku Aiden boleh berada di sini, di dalam biliknya. Tidur sekatil pulak tu.

Lelaki itu mula mengusap rambutnya kemudian dibelai pipinya. Memang sah ini mimpi kerana dia merelakan setiap sentuhan yang diberikan. Kalau ini bukan mimpi, seperti kebiasaannya akan bergaduh. Tangannya digenggam erat lalu dikucup dengan kasih. Mimpi indahkah ini? Ataupun mimpi ngeri yang dikaburi dengan keindahan?

Tengku Aiden yang berada di dalam mimpinya ini kemudian mengucup dahinya. Ini merupakan kali pertama lelaki itu hadir ke dalam mimpinya sebagai mimpi indah. Kalau sebelum ini, tidak perlu berjumpa untuk bergaduh kerana dalam mimpi pun selalu bergaduh. Kadang-kadang dia terbangun dari tidur dalam keadaan menangis dan rasa sakit di dada kerana kecewa.

"Tak nak bangun lagi?" Suara itu mula kedengaran secara tiba-tiba tepat ditelinganya. Terasa hangat hembusan nafas Tengku Aiden yang menyentuh kulitnya.

"Tak nak. Kalau saya bangun, mimpi ni akan berakhir. Bukan selalu awak datang ke dalam mimpi saya dalam keadaan tenang macam ni," kata Melissa.

"Selalunya mimpi tu macam mana?" Tengku Aiden tanya lagi.

"Kita bergaduh tapi selalunya saya mimpi pasal awak halau saya dulu. Awak marahkan saya." Suaranya mengendur ketika menuturkan kata-kata itu. Tengku Aiden mempamerkan rasa bersalah di wajahnya.

"Tapi mungkin kali ni saya tak akan terbangun dalam keadaan menangis lagi."

"Lepas mimpi tu awak akan selalu menangis?"

Melissa hanya mengangguk. Tengku Aiden mula mengusap bahagian di bawah kelopak matanya, seperti sedang menghapus tangisan yang pernah terlakar di situ. Matanya terpejam untuk menikmati mimpi yang indah ini. Kedua-dua belah kelopak matanya dikucup, agak lama. Hembusan nafas yang menyapa membuatkan dia tidak keruan, satu bisikan mula kedengaran.

"Jangan menangis lagi, berhentilah mengalirkan air mata." Melissa hanya mendengar, rasa syahdu mula diganti. Kali ini hidungnya pula menjadi persinggahan dua ulas bibir itu. Kemudian turun ke pipi kiri dan kanannya.

"Tapi lakarkanlah senyuman di sini—" Bibirnya diusap Tengku Aiden dengan jari.

"Manisnya membuatkan hati ini tidak keruan. Indahnya membuatkan mata ini ingin menatapnya sahaja. Cantiknya membuatkan jantung ini berdegup tidak sekata. Sempurnanya membuatkan diri ini ingin mengucupnya seperti tiada hari esok." Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Tengku Aiden membuatkan Melissa tersenyum. Seandainya ini bukan mimpi.

"Izinkan saya." Tengku Aiden mula mendekat, Melissa pula hanya menanti. Matanya terpejam ketika Tengku Aiden memagut bibirnya, kucupan yang hangat itu dibalasnya. Hanyut dibawa oleh mimpi yang indah ini.

Tautan dilepaskan, tubuhnya dibawa ke dalam dakapan. Kehangatan yang menjalar dan belaian lembut membuatkan dia mula berasa tenang dan selesa. Sesekali ada kata-kata cinta dan madah rindu mula berbisik di telinganya. Walaupun ini sekadar mimpi tapi keindahannya benar-benar dirasai.

***

Rambut yang basah dikeringkan sebelum disikat, pandangan matanya ralit memandang ke arah katil yang terpantul dari cermin didepannya. Melissa mula teringatkan apa yang terjadi semalam, memang betul itu semua mimpi kerana apabila dia terjaga pagi tadi hanya dia seorang saja yang berada di situ. Mustahil itu bukan mimpi kerana dia merelakan dan Tengku Aiden pula tidak menyakitkan hati. Heh!

Beautiful Lies Where stories live. Discover now