Bab 8 | Part 5

134K 6.1K 547
                                    

3 tahun yang lalu,

Dalam tempoh sebulan yang diberikan oleh Syafiq dan Hakim, dua minggu telah berlalu. Dalam tempoh dua minggu itu juga, tidak ada sedikit pun tanda-tanda Melissa sukakan dia. Jangankan suka, makin benci adalah. Boleh dikatakan habis segala ayat manis untuk mengayat dia bagi, habis semua perasaan diberitahu tapi hasilnya tetap sama. Okaylah, ada sedikit perubahan tetapi tidak banyak. Kalau perempuan lain, tak sampai sehari terus jatuh cinta dengannya. Tapi kenapa dengan Melissa segalanya kelihatan sukar? Terlampau susah untuk didekati.

Mungkin dia patut guna cara satu lagi, melalui sentuhan tetapi bila teringatkan balik ketika dia cuba mahu menyentuh tangan Melissa tempoh hari, terus kena simbah dengan air dan kemudiannya diikuti dengan penampar. Terus saja dia membatalkan niat itu. Kalau dengan perempuan lain, mungkin boleh gunakan cara itu tapi kalau dengan Melissa terasa lain pula.

Tengku Aiden melemparkan pandangan matanya untuk mencari di mana gadis itu. Sebaik sahaja terpandangkan Melissa yang sedang berjalan beriringan dengan kawannya terus saja dia berjalan ke arah mereka.

"Boleh I nak pinjam kawan you hari ni?" Dari belakang, dia mencelah di antara mereka berdua.

Jelas terpamer riak terkejut di wajah Melissa dan Helena apabila Tengku Aiden tiba-tiba sahaja muncul dari belakang, mereka menjarakkan diri untuk memberi ruang kepada lelaki itu. Melissa melepaskan keluhan yang berat, lelaki ini ada di mana-mana sahaja dia berada. Boleh dikatakan tiap-tiap hari mereka akan bertembung dan dalam sehari itu lebih kurang dua hingga empat kali mereka akan berjumpa. Naik menyampah dia dibuatnya.

"Awak ingat saya ni barang ke nak main pinjam," kata Melissa sambil mendengus. Tiap kali bertembung pasti Tengku Aiden akan cuba mengajak dia keluar.

"You're Salina right? I pinjam kawan you hari ni."

"It's Helena." Helena mencebikkan bibirnya tanda menyampah. Salina kepala lutut dia. Hari tu rasanya dah kenalkan diri dengan nama penuh lagi. Nampak sangat Tengku Aiden tak berminat nak ambik tahu pasal dia.

"I pinjam kawan you kejap. Jom, Melissa." Dengan nada yang ceria, dia terus mengajak Melissa.

"Nak pergi mana? Kalau awak jawab pergi ke hati awak, saya terajang." Melissa bertanya sambil memberi ugutan kepada Tengku Aiden. Tiap kali soalan 'pergi ke mana?' diajukan, pasti lelaki itu akan jawab pergi ke hatinya. Macam la muat nak masuk ke dalam hati dia. Heh!

"Garangnya awak ni," kata Tengku Aiden dan diikuti dengan ketawa.

"Jom la, kejap je." Dia sekali lagi mengajak Melissa.

"Okay tapi Helena ikut sekali." Melissa memberikan kata putus. Kalau nak suruh dia ikut boleh tapi dengan syarat Helena ikut sekali.

"Buat apa nak bawak Marina sekali?" Tengku Aiden bertanya dengan nada yang tak puas hati. Kalau Melissa bawak kawan dia sekali memang rosak plan dia nanti.

"Name's Helena. H-E-L-E-N-A." Helena mula mengeja namanya untuk Tengku Aiden. Kalau tadi Salina sekarang ni Marina pula. Jelas sekali mukanya menunjukkan yang dia sedang menyampah. Crush tak ingat nama kita, kau rasa? Hilang terus panggilan 'crush' untuk Tengku Aiden. Baik cari orang lain.

"Helena tak ikut sekali, saya pun tak akan ikut awak." Melissa mula bertegas. Entah ke mana Tengku Aiden ingin membawanya pergi.

"I want to spend some times with my Melissa jadi saya tak nak orang lain menyibuk." Tengku Aiden berkata sekali lagi.

Melissa mengulang balik sebanyak tiga kali apa yang Tengku Aiden katakan sebentar tadi.

My Melissa.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now