Bab 13 | Part 10

118K 5.6K 168
                                    

3 tahun yang lalu,

Air yang membasahi tubuhnya itu selebat air mata yang sedang mengalir keluar dari empangan matanya. Air mata yang dari tadi tidak berhenti terus mengalir tanpa di pinta, Melissa meraup mukanya berkali-kali. Terasa kotor dan jijik dengan diri sendiri apabila teringatkan apa yang terjadi pagi tadi. Terbangun dari tidur di tempat yang baru dia jejakkan kaki untuk pertama kali tanpa seurat benang di badannya yang diselimuti gebar dan ada lelaki disebelah yang memeluk erat pinggangnya. Dan lelaki itu baru saja dia kenal sebulan yang lalu.

Terasa bodoh kerana terlalu mudah untuk percayakan lelaki seperti Tengku Aiden. Sepatutnya ketika di perpustakaan hari tu, dia sudah dapat mengagak yang Tengku Aiden sebenarnya ada niat yang buruk terhadapnya. Tetapi apa yang dia lakukan? Percayakan apa yang Tengku Aiden kata dan memberi peluang untuk menjalinkan sebuah persahabatan dengan Tengku Aiden.

"Aku benci kau Aiden," kata Melissa dengan suara yang sedikit bergetar. Nafasnya turun naik menahan rasa di dada.

"Argghhh!" Melissa menjerit sekuat hati. Terasa maruahnya dipijak-pijak, mahkota yang dijaga kini sudah diragut kesuciannya. Semua terjadi kerana kebodohannya sendiri. Kalau saja dia tak melayan ketika Tengku Aiden cuba mendekati dia, kalau saja dia tidak mencuba untuk memberikan peluang kepada Tengku Aiden untuk berkawan. Tetapi itu kalau saja, dan kalau itu sudah terjadi. Tidak boleh diputarkan lagi masa untuk perbetulkan keadaan.

"Mel! Melissa!" Suara Helena diluar menyedarkan Melissa dari terleka dengan masalah yang tercipta kerana tindakannya sendiri. Dilap air matanya, dan suara dibetulkan supaya tidak kedengaran sangat yang dia sedang menangis.

"Are you okay? Apa jadi?" Tanya Helena, risau pula dengan Melissa. Semalam selepas keluar pada petang itu, Melissa tidak balik pada malamnya. Pagi tadi baru Melissa balik dan dia terpandangkan sesuatu yang lain pada Melissa. Mata kawannya itu sedikit bengkak seperti baru lepas menangis. Bila ditanya Melissa kata tiada apa-apa dan sekarang ini tiba-tiba menjerit pula.

"I'm okay, don't worry." Melissa membalas soalan Helena. Pagi tadi ketika balik, dia dapat lihat yang Helena sangat risaukannya. Helena tak perlu tahu pasal hal ni. Ya, tak perlu tahu.

"Ada lipas tadi sebab tu aku jerit." Melissa memberikan alasan itu supaya Helena tak mengesyaki sesuatu.

Helena hanya mendiamkan diri selepas itu, tidak berani untuk terus bertanya. Pagi tadi ketika dia tanya di mana Melissa bermalam, rakannya itu menjawab dia menginap di rumah kawan. Tapi kawan yang mana satu? Selalunya kawan Melissa, kawannya juga.

Melissa menyudahkan mandiannya. Tak guna kalau dia terus-terusan menangis di sini. Tidak ada yang akan berubah kalau dia terus menangis dan meratapi apa yang telah berlaku. Nasi dah jadi bubur, masa tak boleh diputarkan lagi untuk merubah setiap kalau yang dia fikirkan sebentar tadi.

***

"Kau dah buatkan? You told her that it's just a bet right?" Soal Syafiq untuk mendapatkan kepastian. Diperhatikan riak wajah Tengku Aiden, kelihatan seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Persahabatan yang terjalin dari sekolah rendah lagi membuatkan dia tahu kalau Tengku Aiden sedang jujur atau tidak, mana tahu kalau Tengku Aiden tipu. Memang betul apa yang dia dan Hakim bincangkan, Tengku Aiden banyak berubah semenjak dia mendekati Melissa.

"Dah," balas Tengku Aiden acuh tak acuh.

"Sure?" Soal Syafiq, bukan dia sengaja ragukan Tengku Aiden tapi seperti ada sesuatu yang tak kena. Mungkin orang akan fikir, dia dan Hakim kelihatan jahat tapi harus diingatkan, Aiden pernah menyuruh mereka berdua lakukan perkara yang lebih teruk dari ini.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now