Bab 22 | Part 18

113K 5.8K 375
                                    

3 tahun yang lalu,

Makan malam yang sepatutnya tenang bertukar menjadi perbincangan mengenai penceraian. Tengku Aiden cuba untuk mengawal riak wajahnya. Kali terakhir isu penceraian keluar dari mulut Melissa adalah ketika hari perkahwinan mereka berdua dan hari ini isu itu di bangkitkan kembali.

Tengku Aiden melepaskan satu keluhan yang berat. Wajah Melissa di hadapannya di pandang. Sampai bila-bila pun dia tidak akan ceraikan Melissa.

"Kenapa, Melissa?" Tengku Aiden bertanya namun Melissa hanya berdiam diri.

"Apa kurangnya saya sebagai suami? Saya pasti awak sendiri nampak perubahan pada saya kan?" Nafasnya ditarik, terasa berat. Memang ada banyak kekurangannya sebagai suami tapi dia cuba memperbaikinya tapi cuma kadang-kadang saja terlalu ikutkan perasaan sendiri.

"Apa yang kurangnya saya sebagai suami sampai awak nak minta cerai? Saya cuba berikan yang terbaik untuk awak. Kecuali nafkah batin tu pun awak yang menafikan hak saya sebagai suami."

Melissa mula terkedu selepas mendengarkan apa yang Tengku Aiden katakan. Walaupun tinggal serumah, tidur pula sekatil tapi tiada apa pun yang terjadi antara mereka berdua.

"Awak... Awak..." Tersekat-sekat Melissa untuk membalas apa yang Tengku Aiden cakapkan. Cuba untuk mempertahankan dirinya dalam perkahwinan ini. Sejak bila pula Tengku Aiden yang terlebih sosial ini tahu mengenai hal sebegini?

"Apa? Awak nak mengungkit lagi pasal malam tu? Benda dah lepas Melissa..." Tengku Aiden perasan yang Melissa sudah mula mengalirkan air mata dan seperti biasa kerananya. Tetapi hanya cara ini sahaja yang boleh digunakan untuk mempertahankan mahligai yang dibina empat bulan lalu.

"Saya tahu salah saya kerana ikutkan perasaan, ikutkan nafsu saya. Tapi semua tu terjadi kerana saya sayangkan awak."

Melissa bangun dari situ, tak sanggup untuk mendengar lagi. Setiap kali dia cuba untuk memberi alasan kenapa penceraian adalah jalan terbaik untuk mereka berdua tiap kali itu juga la Tengku Aiden akan membalas. Setiap kali Tengku Aiden membalas apa yang dia kata tiap kali tu dia akan berada di pihak yang kalah.

Betul apa yang Tengku Aiden katakan, tiada sebab yang kukuh kenapa dia perlu minta cerai. Sepanjang bergelar isteri kepada Tengku Aiden semuanya cukup disediakan. Tiada yang kurang pun, malahan terlebih cukup.

"Melissa."

Langkah Melissa berhenti melangkah apabila tangan Tengku Aiden mula melingkari pinggangnya dari belakang. Lelaki itu menyembamkan mukanya di antara bahu dan lehernya.

"Lepas la," kata Melissa perlahan. Dia dapat merasakan yang bahagian bahunya yang sedikit terdedah itu mula basah. Menangiskah Tengku Aiden?

"Saya tak akan lepaskan awak, sampai bila-bila pun." Tengku Aiden mengangkat wajahnya, lalu ditongkatkan di bahu Melissa. Pelukan dieratkan seperti tidak mahu dilepaskan.

"Memang perkahwinan ni sukar untuk awak, untuk saya dan untuk kita. Kalau saya ceraikan awak, maknanya kita akan berpisah. Macam mana saya nak hidup nanti? Sepanjang sebulan kenal dengan awak dan hampir empat bulan menjadi suami awak, itu adalah tempoh paling membahagiakan dalam hidup saya." Dalam masa hampir lima bulan di sisi Melissa itu adalah masa yang sangat bahagia untuknya. Walaupun kisahnya dengan Melissa bermula kerana pertaruhan tetapi memang betul dia cintakan Melissa.

"Awak segala-segalanya bagi saya. You're a flower that blooms beautiful in my garden that cheers my days."

Tanpa sedar air mata Melissa menitis apabila mendengar apa yang Tengku Aiden katakan. Tengku Aiden pernah memanggilnya 'red rose' kerana namanya bermaksud mawar merah dalam Greek. Setiap kali air mata Tengku Aiden terkena pada kulitnya, tiap kali itu juga la rasa asing itu semakin mekar dalam hatinya. Bukan senang nak melihat lelaki menangis.

"Having you beside me is like a first love story, everyday I fall in love and having you is like a thousand butterflies flies around me, it colours the unseen air."

Makin lebat air mata air mata Melissa mengalir apabila mendengarkan apa yang Tengku Aiden katakan. Benar-benar tuluskah lelaki ini cintakan dia? Benar-benar ikhlaskah lelaki ini menyayangi dia? Masih ada lagi keraguan di dalam hatinya Tengku Aiden. Tetapi dia sendiri tidak pasti apa yang membuatkan hatinya masih lagi ragu-ragu.

Tengku Aiden memusingkan tubuh Melissa supaya menghadap ke arahnya. Wajah Melissa sudah lecun dengan air mata. Perlahan-lahan diseka dengan ibu jarinya untuk menghentikan air mata dari mengalir. Dikucup lembut dahi Melissa, agak lama bibirnya bertaut di situ. Kemudian ditarik Melissa ke dalam dakapannya.

"Macam mana saya nak hidup tanpa awak kalau awak segala-galanya bagi saya? You're the one that completes me. Losing you is like losing a part of me." Tengku Aiden berkata lagi. Malam ini dia yang banyak bercakap, biarlah dia luahkan segalanya.

"Kalau kita berpisah nanti, siapa yang saya nak prank? Kenakan awak benda paling best skali." Tengku Aiden mula ketawa dengan apa yang dia cakap. Kejadian ketika dia mengekori Melissa balik dan juga ketika kononnya jarinya terputus mula bermain di fikirannya.

"Siapa yang nak makan kalau saya masak tak sedap?" Tengku Aiden bertanya lagi. Pernah juga dia memasak untuk Melissa tapi hampeh. Melissa tetap makan walaupun tak sedap. Spaghetti ni je yang dia masak malam ni menjadi.

"Saya nak gaduh dengan siapa nanti kalau kita bercerai?" Boleh dikatakan setiap hari juga dia dan Melissa bergaduh tetapi yang ringan-ringan sahaja.

"Siapa nak paksa saya makan masa saya sakit kalau kita berpisah?" Ingatan ketika sakit dahulu mula menerjah ke dalam fikirannya. Kerana ini Melissa tinggal di villa bersama dengannya.

"Saya nak peluk siapa masa tidur nanti kalau awak tiada di sisi saya?" Tiga hari Melissa kembali semula ke apartment nya, Tengku Aiden akui agak susah untuk dia tidur memandangkan tiga bulan ini dia tidur bertemankan Melissa di sisi. Melihatkan pada eye bag di bawah kelopak mata Melissa, dia tahu yang isterinya itu juga tidak dapat tidur dengan lena sepanjang tiga hari itu.

Tengku Aiden melonggarkan sedikit pelukan. Bahagian depan bajunya sudah basah kerana air mata Melissa sebentar tadi. Dicapai tangan Melissa untuk menyentuh bahagian dadanya, di mana jantungnya berada di situ.

"My heart is perfect because you're inside it. My love is perfect because I'm having you."

Melissa dapat merasakan degupan jantung Tengku Aiden yang berdegup tidak sekata, pasti kerananya. Tangannya itu kemudian dikucup oleh Tengku Aiden.

"Saya janji saya akan berubah untuk kita." Tengku Aiden berkata. Sudah tiba masanya dia meninggalkan perangainya yang satu itu untuk menggalas tugas sebagai seorang suami.

"Lepas kita tamat belajar, saya akan pergi jumpa keluarga awak untuk jelaskan mengenai hubungan kita."

"Janji dengan saya yang awak tak akan tinggalkan saya?" Tengku Aiden mengangkat wajah Melissa. Direnung anak mata milik Melissa yang sudah banjir dengan air mata.

Melissa menganggukkan kepalanya untuk memberi jawapan kepada soalan Tengku Aiden. Melihatkan kesungguhan lelaki ini, terus hilang rasa untuk berpisah. Rasa asing yang dirasakan iaitu rasa cinta untuk Tengku Aiden yang datang kembali menghuni hatinya.

•••

Beautiful Lies Where stories live. Discover now