Bab 63

91.5K 4.5K 1.7K
                                    

Tajuknya dah berubah muehehe @sqdnsqy suggested that title 😍💞

4 bulan kemudian,

Skrin komputer riba dipandang dengan teliti, e-mail yang baru saja masuk sebentar tadi menarik minatnya. Dahinya mula berkerut tatkala isi yang terkandung di baca-baca satu persatu. Pelbagai persoalan mula bermain di mindanya.

"Tengok apa?" Suara yang bertanya mengejutkan Tengku Aiden. Diusap dadanya perlahan, matanya menjeling tajam ke arah Syafiq.

"Kau ni tak ada kerja ke?" Soal Tengku Aiden, dia mula teringatkan sesuatu.

"Oh lupa, kau memang tak ada kerja." Dia berkata dengan bersahaja, matanya kembali fokus meneliti e-mail yang baru diterimanya.

"Perli ke apa ni?"

"Kenyaataan."

"Aku rasa kita dah lama habis belajar. Aku nak cakap lebih nanti kau marah pulak." Tengku Aiden berkata. Matanya memandang sekilas ke arah Syafiq. Boleh dikatakan hari-hari kawannya ini datang ke pejabatnya. Tak ada kerja? Memang tak ada.

"Abang aku dah ada dua orang tolong uruskan syarikat tu." Syafiq menggarukan kepalanya. Jawapan yang paling tepat adalah malas.

"Kau tengok apa tu Aiden?" Matanya meninjau ke arah Tengku Aiden yang ralit memandang skrin komputer riba. Kerutan yang terpancar di wajah itu jelas menandakan ada sesuatu yang tak kena.

"Aku hairan la. Actually ni pasal business partner Panglima kat Perancis."

"Kenapa?"

"Dapat undangan, katanya nak memperkenalkan pewaris baru." Tengku Aiden menceritakan apa yang membelenggu difikirannya. Setahunya, Marianne Mercier tidak mempunyai pewaris yang sah kepada empayar Mercier. Kalau tak silapnya, satu-satunya anak kandung kepada wanita yang berusia lewat 60-an itu sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan. Tiga beranak terkorban dalam kemalangan tersebut.

"Yang lelaki selalu datang sini tu siapa?" Syafiq mula bertanya kehairanan. Disebabkan dia selalu datang ke sini, orang yang sering berurusan dengan Panglima Holdings pun dia kenal. Memang sah tak ada kerja nak buat!

"Danial? Tu cucu angkat dia kalau tak silap." Tengku Aiden menerangkan hubungan sebenar Danial Ethan Mercier yang sering datang sini atas urusan kerja. Marianne Mercier mempunyai banyak anak dan cucu angkat, harta tujuh keturunan tak habis jadi ada baiknya juga berkongsi dengan orang yang lebih memerlukan. Tapi yang paling dia kenal ialah Danial. Lelaki itu yang banyak menolong menguruskan hal syarikat.

Syafiq hanya mengangguk tanda faham. Tengku Aiden kembali menyambung kerjanya. Otaknya mula ligat memikirkan sesuatu.

"Kau sihat tak Aiden?" Syafiq mula bertanya. Dia sendiri tidak tahu macam mana untuk memulakan perbualan yang bakal mencetuskan pentengkaran. Tapi demi kebaikan semua, dia akan cuba.

"Kenapa tiba-tiba tanya? Aku nampak tak sihat ke?" Soal Tengku Aiden kembali, tersengih-sengih bibirnya ketika bertanya. Soalan jenis apa yang Syafiq tanya ni?

"Tanya je, tak boleh ke?"

"Boleh sangat! Hah ni aku nak jawab! Aku sihat cuma belah pagi tak berapa sihat. Asyik muntah je." Soalan yang Syafiq ajukan sebentar tadi dijawabnya. Penyakitnya yang satu tu tak pernah sembuh, dia sudah ke hospital tapi doktor kata dia baik-baik saja.

"Aku rasa kau sendiri dah faham ni." Syafiq mula menduga.

"Tak faham."

Syafiq mula mengetap bibirnya tanda geram dengan Tengku Aiden. Ikutkan dia nak menggunakan cara yang ala tersirat gitu tapi kawannya ini susah nak hadam apa yang dia cuba sampaikan. Tak ada pilihan dia terpaksa gunakan cara yang lagi satu.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now