Bab 79

160K 6.6K 1.5K
                                    

"Kalau Aizat kata yang Aizat dah kahwin, mummy dengan daddy marah tak?"

Kata-kata Tengku Aizat itu membuatkan Tengku Fahrin dan Tengku Azalia memandang ke arah anak kedua mereka itu. Kedua-duanya sudah hilang kata-kata, mulut mulai terlopong sedikit dan mata terbeliak. Oh tidak! Bukan sekali lagi.

"Cuba ulang balik Aizat Fahry." Tengku Azalia berkata, agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh anak keduanya itu.

"Alah gurau je mummy!" Tengku Aizat sudah mula ketawa dengan lawaknya. Bagi Tengku Fahrin dan Tengku Azalia ini bukan sesuatu yang kelakar dan perkara yang boleh dibuat lawak.

"It's not funny at all," kata Tengku Fahrin dengan tegas. Tawa anaknya itu sudah mati.

"Kalau nak kahwin, bawak datang jumpa daddy dengan mummy." Tengku Fahrin berkata lagi. Cukuplah anak sulungnya berkahwin secara sembunyi tanpa memberitahu mereka sekeluarga.

"Mummy nak jugak uruskan majlis perkahwinan anak-anak mummy. Kalau nak kahwin, cakap. Daddy dengan mummy pergi pinang terus." Tengku Azalia memandang ke arah Tengku Aizat yang hanya terdiam. Walaupun masih lagi ada rasa kecewa mengenai rahsia yang Tengku Aiden simpan tapi dia sudah menerima perkahwinan rahsia Tengku Aiden dan Melissa seadanya.

"Betul ni?" Tengku Aizat bertanya sekali lagi untuk kepastian, matanya bersinar-sinar memandang ke arah Tengku Azalia.

"Dah ada calon ke?"

"Ada, yang datang tadi tu."

"Tadi tu ramai, yang mana?" Tengku Azalia tanya lagi. Tetamu yang hadir pada hari ini ramai juga, nak ingat yang mana satu memang tak la.

"Alaaa, yang nama Balqis tu."

"Tadi masa kenalkan kata kawan."

"Sekarang ni memang kawan, esok lusa belum tentu. Hahahaha." Tengku Aizat ketawa lagi, Tengku Azalia pula hanya menggeleng melihat telatahnya.

"Lepas mummy buatkan majlis untuk Aiden dengan Melissa baru Aizat boleh kahwin." Tengku Azalia mula teringatkan rancangannya untuk Tengku Aiden dan Melissa.

"Majlis apa pulak apa mummy?" Melissa yang tadinya memerhatikan tiga beranak itu berbual mula bertanya apabila namanya disebut. Tengku Medina sudah lena di atas ribanya.

Keluarga mertuanya mengadakan majlis aqiqah untuk Tengku Medina, masa berlalu dengan pantas sekali hari ini puteri sulungnya itu sudah berusia dua bulan. Rasanya baru semalam dia menatap wajah si kecil buat pertama kali.

"Untuk Mel dengan Aiden. Mummy nak buat majlis bersanding untuk korang berdua, nak kenalkan pada keluarga jauh," ujar Tengku Azalia. Tadi pun ketika saudara-mara datang, soalan pertama yang diajukan adalah bila berkahwin? Tup-tup dapat jemputan ke majlis aqiqah. Jawapan yang mampu diberikan adalah pernikahan anak sulungnya hanya berlangsung dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

"Tapi majlis hari ni dah cukup mummy, rata-rata dah tahu kami dah berkahwin." Melissa memberitahu Tengku Azalia yang majlis ini sudah cukup untuknya. Saudara-mara sebelah suaminya sudah tahu siapa dia yang sebenarnya, walaupun ramai yang terkejut tapi Melissa bersyukur yang mereka semua menerimanya.

"Ni majlis untuk Medina. Lagi pun Aiden dengan Mel dulu kahwin ringkas je kan? Kamu berdua berkahwin dulu, kami tak ada." Tengku Azalia meluahkan niatnya yang sebenar. Dia cuma ingin menyambut menantunya seperti orang lain lakukan dan sudah menjadi impiannya dari dulu lagi untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran untuk anak sulungnya.

"Kalau mummy cakap macam tu, Mel ikut je." Melissa mengalah juga akhirnya, sepertinya Tengku Azalia tekad.

Melissa memerhatikan Tengku Halina sekeluarga sudah mulai beransur pulang memandangkan hari sudah lewat, mereka sekeluarga sudah berada di sini daripada pagi tadi. Tetamu yang hadir sudah lama pulang, yang terakhir pada petang tadi. Hanya kelihatan pekerja katering di luar rumah sedang memunggah barang-barang yang digunakan untuk menghidang makanan.

Beautiful Lies Donde viven las historias. Descúbrelo ahora