Bab 62

96K 4.8K 1K
                                    

Suasana di KLIA waktu itu agak lengang, masa sudah berganti dari malam ke pagi. Jam sudah menginjak ke angka satu. Melissa mengambil tempat duduk di sisi Tengku Nadya yang dari tadi ralit memandang skrin telefon. Sebentar lagi dia akan meninggalkan bumi Malaysia dan pulang semula ke Perancis.

"Kau buat apa Nad?" Melissa bertanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Dari semalam lagi Tengku Nadya tak habis-habis meminta Tengku Aiden untuk memberinya peluang menjelaskan kejadian semalam.

"Kau tak salah dan Aiden perlu tahu pasal hal ni." Tengku Nadya berkata, nadanya kedengaran seperti kecewa. Terlalu kecewa dengan sikap Tengku Aiden yang tuduh dan langsung tidak mendengar penjelasan daripada Melissa.

"Dah la, tak payah." Melissa melepaskan satu keluhan yang berat selepas itu. Sudah jelas yang dia sudah berputus asa kerana kecewa yang Tengku Aiden langsung tidak percayakannya.

Dia akui yang semalam ada juga silapnya ketika ingin menerangkan perkara yang sebenar. Disebabkan terlalu tertekan pada waktu itu, dia meninggikan suaranya sehingga bercakap kasar. Emosinya juga tidak stabil ketika itu sampaikan dia sama terikut-ikut dengan cara Tengku Aiden. Lelaki itu masih lagi suaminya.

Tapi dia hanya manusia yang ada had kesabaran yang tersendiri. Tuduhan melulu Tengku Aiden yang hanya berasaskan apa yang dilihat itu sangat keterlaluan. Tiga tahun rumah tangga mereka terbina tapi disebabkan salah faham terus hilang kepercayaannya, bukan ke sepatutnya diseledik terlebih dahulu sebelum menuduhnya yang bukan-bukan?

Semalam juga, disabarkan dirinya setelah meninggikan suara tapi apabila soal anak yang dikandungnya diragui, Melissa rasa tiada guna dia menggunakan cara yang lembut. Tergamak Tengku Aiden kata anak yang dikandung ini bukan anaknya dan paling dia tidak boleh terima bila Tengku Aiden kata yang dia tidak sudi untuk mengaku ini anaknya. Kenapa Tengku Aiden boleh berubah secara mendadak hanya kerana salah faham? Melissa merasakan itu bukan suaminya yang dia kenal dari dulu lagi.

"Baby ni nanti macam mana?" Soal Tengku Nadya lagi. Melissa hanya diam seperti memikirkan sesuatu.

"Kau call dia, aku nak cakap something."

Tengku Nadya hanya menurut, nombor Tengku Aiden didail lalu diserahkan kepada Melissa. Baru saja beberapa hari yang lalu ketika majlis pertunangannya, hubungan Tengku Aiden dan Melissa baik-baik sahaja tapi hanya kerana sikit salah faham terus hilang semuanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa Tengku Aiden boleh bertindak menghalau Melissa tanpa menyelidik terlebih dahulu.

"Saya mintak maaf pasal semalam, saya tak sepatutnya cakap macam tu. Saya tinggikan suara pada awak dan saya tampar awak, saya tak sepatutnya buat semua tu. Kita sepatutnya berbincang cara baik, bukan macam tu." Melissa menghelakan nafasnya, ini kali terakhir dia akan menggunakan cara yang lembut untuk bercakap dengan Tengku Aiden.

Namun hanya sepi yang menyapa Melissa, Tengku Aiden di hujung talian hanya diam tanpa sebarang bunyi. Melissa menarik nafasnya lalu dihembus perlahan, adakah dia sedang melakukan perkara yang sia-sia saat ini?

"Awak tak percayakan saya?" Soalan yang sama diajukan, jauh di sudut hatinya Melissa masih mengharapkan ada secebis kepercayaan dari Tengku Aiden buatnya.

Senyap.

"Jawapannya masih sama. I saw with my own eyes."

"Awak pandang dengan mata kasar yang penuh keegoan."

Senyap juga seperti tadi.

"Do you still love me?"

Hanya sepi yang menjawab pertanyaannya itu. Tengku Aiden di hujung talian hanya diam seperti sedang bergelut dengan perasaannya sendiri.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now