Bab 9 | Part 6

134K 5.7K 379
                                    

3 tahun yang lalu,

Melissa cuba melelapkan matanya untuk kesekian kali. Tubuhnya di pusingkan ke kiri dan kemudian ke kanan. Rasa mengantuk sudah bertandang dari tadi lagi tapi sudah hampir dua jam matanya tidak dapat dilelapkan. Pengakuan dari Tengku Aiden petang tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Lelaki itu sukakannya, betul ke?

Selepas Tengku Aiden membuat pengakuan itu, Melissa hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan, ingatkan Tengku Aiden hanya main-main sahaja tetapi rupa-rupanya lelaki itu memang sukakannya. Kedua-duanya hanya menikmati pemandangan di sekitar tasik itu dan selepas 'hot chocolate date' yang Tengku Aiden panggil, lelaki itu terus menghantarnya pulang. Melissa bangun dari berbaring, jam sudah menunjukkan ke arah angka dua belas. Fikirannya dipenuhi dengan perkara yang terjadi petang tadi. Tengku Aiden sukakannya tapi... Entah la. Boleh pakai ke pengakuan Tengku Aiden tu? Apa yang Helena katakan mengenai lelaki itu kembali bermain di fikirannya.

Entah-entah Tengku Aiden tu main-main saja. Tapi bila melihatkan pandangan mata Tengku Aiden petang tadi, ada kejujuran di sebalik pandangan mata itu. Terasa kusut pulak fikirannya saat ini. iPhone miliknya tiba-tiba saja berdering, tanda ada panggilan masuk. Melissa terhenti dari mengelamun seketika. Dipandang nombor yang tidak dikenali itu beberapa kali. Siapa pula yang menelefonnya pada tengah malam sebegini?

"Hello." Suara di hujung talian terlebih dahulu menyapanya. Bukan ke ini suara...

"Where did you get my phone number?" Melissa terus bertanyakan soalan itu apabila dia dapat mengecam suara Tengku Aiden.

"Your friend," balas Tengku Aiden. Dia ada meminta nombor Melissa dari Helena minggu lepas, nasib baik Helena mudah memberikan kerjasama.

Melissa mendengus perlahan apabila Tengku Aiden memberitahunya hal itu. Siapa lagi kawannya kalau bukan Helena? Ingin saja dia menjerit nama Helena tapi dibatalkan niatnya memandangkan sudah tengah malam.

"Dah tidur ke?" Tengku Aiden bertanyakan soalan yang kurang cerdik itu kepada Melissa. Kalau dah tidur takkan la Melissa jawab panggilannya. Cerdik betul soalan.

"Dah tidur." Melissa menjawab soalan dari Tengku Aiden dengan nada yang sarkastik.

"Saya tak dapat tidur la." Tengku Aiden berkata setelah agak lama mereka berdiam.

"Bukan masalah saya, awak tak boleh tidur," ujar Melissa. Tak dapat tidur pun mengadu kat orang jugak ke?

"Masalahnya saya tak dapat tidur sebab awak. Jadi kiranya masalah awak jugak la." Tengku Aiden menerangkan 'masalahnya' itu. Masalah tak dapat tidur itu berpunca dari Melissa.

"Kenapa saya pulak?" Melissa bertanya kebingungan. Dia yang tak dapat tidur aku pulak yang dipersalahkan. Melissa merungut di dalam hati.

"Saya tak dapat tidur sebab awak ada dalam fikiran saya," kata Tengku Aiden. Hanya bunyi cengkerik dari hujung talian. Krik krik krik.

Tengku Aiden berjalan menghampiri balkoni apartmentnya dan dia terus duduk di atas hanging bubble chair yang berada di belah kiri balkoni itu. Langit pada malam itu kelihatan sungguh bersih kerana kepekatan malam, hanya ada tiga bintang saja yang menghiasi dada langit ketika ini.

"Bila tengok bintang ni saya teringatkan sesuatu."

"Hah?"

"They remind me to the twinkle in your eyes." Tengku Aiden masih lagi memandang ke arah dada langit. Apa yang dia beritahu sebentar tadi jujur dari hatinya bukan kerana untuk menjayakan pertaruhan.

"Not only the stars, your eyes are also clear like the ocean dan saya boleh nampak terus ke dalam hati awak melalui pandangan mata awak."

Eeii!

Beautiful Lies Where stories live. Discover now