Bab 15 | Part 11

130K 5.5K 110
                                    

3 tahun yang lalu,

Angin malam yang menyapa lembut pipinya tidak mampu untuk menenangkan hatinya yang sedang gundah saat ini. Pelbagai rasa mula bertandang ke hatinya dan pelbagai kemungkinan yang bermain di fikirannya. Apa yang Tengku Aiden kata siang tadi mula bermain di fikirannya.

"Mengandung..." Perlahan-lahan Melissa menyebut perkataan itu dan serentak dengan itu juga air matanya mula jatuh untuk kesekian kalinya.

Perutnya yang kempis itu diusap perlahan, matanya yang sudah banjir dengan air mata ditutup untuk menelan kepahitan yang dirasakan saat ini. Bagaimana agaknya jika apa yang dikatakan Tengku Aiden tadi betul-betul terjadi? Bagaimana agaknya kalau ada benih yang sedang membesar di dalam rahimnya?

Terhinjut-hinjut bahunya tanda air mata makin lebat mengalir. Menangis kerana takdir Tuhan yang sedang mengujinya melalui cara ini. Menangis kerana terlalu mudah memberikan kepercayaan kepada lelaki. Melissa dapat membayangkan apa yang akan terjadi kalau apa yang Tengku Aiden kata siang tadi betul-betul terjadi.

"Mel," panggil Helena yang tiba-tiba muncul di sisinya. Cepat-cepat Melissa mengelap air mata dengan telapak tangannya. Supaya Helena tidak mengesan yang sedang menangis.

"Kau okay kem?" Tanya Helena lalu merapati kedudukannya dengan Melissa. Sejak pagi tadi lagi, Melissa tidak menjamah langsung makanan dan banyak termenung. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Melissa.

"Okay." Melissa membalas pertanyaan Helena acuh tak acuh. Rambutnya menutupi sebahagian mukanya untuk melindungi mukanya yang sembap kerana menangis.

"No, you're not. This is not you." Helena berkata. Bahu Melissa disentuh untuk memusingkan tubuh kawannya itu supaya menghadap ke arahnya.

"Mel? Kau nangis?" Helena bertanya selepas melihat mata Melissa yang sedikit sembap dan juga sisa air mata di pipi Melissa.

"Masuk habuk agaknya." Melissa memberikan alasan klise yang selalu diberikan apabila menangis. Mata masuk habuk, macam la tak ada alasan lain.

"Ni bukan masuk habuk, ni mesti ada something yang kau sorok kan?" Helen menarik Melissa masuk ke dalam apartment lalu kedua-duanya duduk di atas sofa.

"Tak ada apalah. Aku rindukan family aku je." Melissa memberikan senyuman yang terpaksa untuk Helena supaya kawannya itu tidak menghidu rahsia kotornya.

"Mel, kau ada masalah ke?" Helena bertanya sekali lagi. Dia tak puas hati dengan jawapan yang Melissa berikan. Kalau Melissa menangis rindukan keluarganya, bukan begini tangisannya. Ini bukan tangisan kerinduan tapi ini tangisan meratapi sesuatu.

"Tak ada." Melissa menggelengkan kepalanya. Rasa sebak mula datang lagi membuatkan air matanya kembali jatuh. Keperihatinan Helena membuatkan dia berasa senang saja air matanya jatuh lagi.

"Mel, kalau kau rasa aku ni kawan kau, better kau bagi tahu aku." Helena mula bertegas sedikit. Dia bukan apa, melihatkan Melissa menangis sebegini membuatkan dia tahu ada sesuatu yang terjadi.

"Masa aku keluar then tak balik semalam... Aiden... " Melissa tidak mampu untuk meneruskan lagi. Air matanya makin lebat mengalir, menangisi kekhilafannya.

"Aiden? Apa dia buat?!" Helena mula menyoal Melissa untuk mendapatkan jawapan. Betul apa yang dia rasa, ada sesuatu yang terjadi.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now