Bab 66

102K 5.3K 546
                                    

Jam tangan dikerling kemudian padangan matanya mula memerhati keadaan Charles De Gaulle Airport yang agak sesak. Sudah hampir tengah hari ketika pesawat yang dinaikinya mendarat di kota cinta ini. Helena mula menarik bagasinya lalu mengatur langkah meninggalkan lapangan terbang antarabangsa yang terbesar di Perancis itu.

Stesen kereta api dicarinya, sampai saja di sana terus Helena ke kaunter untuk membeli pass. Selesai saja urusan membeli Paris Visite Pass untuk kegunaan tiga hari sebentar tadi, Helena mula berkira-kira untuk menghubungi Melissa atau pun tidak. Rancangannya ke sini untuk berjumpa dengan Melissa sepatutnya bulan depan tapi situasi yang tidak diingini telah terjadi.

"Cuba teka aku kat mana?" Panggilan telefon dibuat. Waktu ini dia sudah tiba di tempat penginapan yang  sudah tempah secara atas talian.

"Kat Paris? Hahaha," teka Melissa sambil bergurau. Tak mungkin Helena boleh berada di sini, katanya baru dua minggu lepas dia tiba di Malaysia setelah menamatkan peganjiannya di Ireland.

"Pandai teka!" Tawa yang menyusul selepas itu.

"Seriously? Kenapa tak cakap? Aku boleh pergi ambik."

"Tak payah, aku dah sampai pun. Dah ada dalam apartment yang aku sewa ni." Helena tolak pelawaan Melissa, dia tak nak susahkan Melissa.

"Laaaa. Kenapa susah-susah sewa apartment bagai, kan boleh tinggal dengan aku." Melissa yang berada di hujung talian berkata lagi.

"Tak apalah, tak nak susahkan kau." Helena mula memerhatikan setiap sudut apartment satu bilik yang disewanya. Hanya tiga hari, dia rasakan ini lebih dari cukup untuknya.

"Apartment mana?" Tanya Melissa lagi. Dia cuma rindukan Helena, entah bila kali terakhir mereka berjumpa.

"Dekat dengan stesen metro Hotel de Ville."

"Okay, I'll be there. Kita jalan-jalan hari ni. "

Selepas Helena mematikan talian, Melissa terus dia bersiap-siap untuk ke sana. Dia mula berasa hairan kenapa Helena tiba-tiba saja datang ke sini, kalau tak silapnya Helena kata nak datang bulan depan. Ni mesti ada sesuatu! Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya sampai juga.

"Helena!" Terus Melissa menerpa ke arah Helena sebaik saja kawannya itu membuka pintu.

"Lemas aku ni oi!"

"Sorry, sorry."

Selepas Melissa lepaskan rangkulan, Helena mula memandang ke arah kawannya itu dari atas ke bawah. Ada sesuatu yang menarik minatnya membuatkan bibir meleret melakarkan senyuman.

"Berapa bulan?" Tanya Helena, pandangan matanya jatuh pada baby bump Melissa yang jelas kelihatan.

"Tujuh bulan lebih." Melissa menjawab, tangannya mula mengusap perutnya sudah memboyot. Sedar tak sedar, usia kandungannya ini sudah masuk tujuh bulan. Lebih kurang dua bulan lagi, pemberi semangat kepadanya ini akan lahir.

"Lelaki ke perempuan?" Soal Helena dengan soalan seterusnya.

"Perempuan." Melissa hanya memberikan jawapan untuk soalan Helena. Hasil daripada skrin imbasan, anak yang bakal lahir ini ialah perempuan.

"Kejap eh," kata Helena. Dia masuk ke apartment untuk mengambil tas tangannya, sudah bersedia untuk keluar berjalan-jalan. Buat apa datang jaun-jauh kalau nak tidur je?

"Dah fikir nama?" Helena tanya lagi ketika mereka berdua masuk ke dalam kereta.

"Medina."

"Medina je? Tak nak letak Tengku? Ayah dia kan ada..."

Menyedari keterlanjurannya dalam berkata, Helena mula tergamam. Aduh! Macam mana boleh tersasul ni? Inilah padahnya kalau bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Wajahnya dilarikan ke arah lain, tak sanggup untuk memandang wajah Melissa. Awal-awal lagi ketika terbang ke Paris, dia sudah pesan kepada diri sendiri jangan sebut pun apa saja yang berkait dengan Tengku Aiden.

Beautiful Lies Donde viven las historias. Descúbrelo ahora