Bab 78

116K 5K 202
                                    

"Rin, pegang ni jap."

"Pegang sendiri la, abang ada tangan kan?"

Tengku Aiden memandang ke arah adiknya, Tengku Airin yang tidak endahkan apa yang disuruh. Bungkusan plastik yang mengandungi buah epal disuakan kembali ke arah adiknya itu namun reaksi sama yang terpamer.

"Pegang kejap. Lepuk kang." Tengku Aiden berkata dengan tegas, kali ini Tengku Airin tidak membantah tapi wajahnya cemberut tanda tidak puas hati.

Tengku Aiden keluar ke pasar raya sebentar tadi untuk membeli barangan dapur memandangkan stok sudah hampir habis. Kali ini dia pergi seorang diri walaupun Melissa berdegil untuk ikut sekali. Selesai saja urusan di pasar raya, dia singgah sekejap di rumah keluarganya. Kebetulan Tengku Airin sedang bercuti jadi dia ajak adiknya itu untuk tinggal bersamanya sehingga Melissa bersalin.

"Pegang yang ni jugak." Memandangkan barangan dapur yang dibeli agak banyak, Tengku Aiden menghulurkan lagi bungkusan plastik yang lain kepada Tengku Airin.

"Look, I'm here for Kak Mel. Bukan sebab nak tolong abang." Tengku Airin menjawab, abangnya itu dijeling.

"Suruh pegang je kot. Ni lah mummy dengan daddy terlampau manjakan sangat, nak suruh pegang pun malas!" Tengku Aiden berkata lagi. Tengku Airin sering dimanjakan dan boleh dikatakan perangainya hampir sama dengan Tengku Azalia.

"Eleh! Cakap kat orang, dia dulu pun dua kali lima je!"

"Hah! Menjawab lagi. Dah jom masuk." Tengku Aiden menghentikan persengketaan itu, ni belum ada adiknya yang sorang lagi. Kalau ada Tengku Aizat pasti ada lagi yang nak ditambahkan.

Tengku Aiden menutup bonet keretanya, tangannya penuh membimbit barangan dapur. Tengku Airin pula hanya menurut dari belakang. Pintu utama dibuka, kaki terus melangkah masuk ke dalam. Ketika itu hari sudah lewat namun tiada sebarang cahaya yang menerangi rumah itu.

"Melissa!" Tengku Aiden memanggil nama isterinya. Dia menuju ke dapur terlebih dahulu untuk meletakkan barang-barang yang di beli.

"Kak Mel mana?" Tengku Airin bertanya ketika abangnya kembali ke ruang tamu semula.

"Tidur agaknya, kejap abang pergi tengok," ujar Tengku Aiden. Kakinya mula memanjat tangga untuk ke tingkat atas, sama juga seperti di bawah.

"Sayang! Airin datang ni."

Hubungan Melissa dan keluarganya semakin membaik, tidak bermasam muka seperti pertama kali mereka bertemu ketika mengetahui Melissa adalah isterinya. Melissa juga sepertinya juga tidak menyimpan sebarang amarah mahu pun dendam terhadap keluarganya. Tengku Aiden berasa sangat bersyukur kerana semuanya semakin membaik.

"Mel." Tengku Aiden memulas tombol pintu bilik. Ruang biliknya dan Melissa diterangi dengan lampu namun kelibat isterinya tiada di situ.

Bilik mandi dihampirinya, bunyi air mengalir membuatkan satu perasaan tidak enak mula hadir. Nama Melissa dipanggil berkali-kali namun tiada jawapan yang diterima. Pintu yang tidak berkunci itu dibuka.

"Ya Allah! Melissa!"

Tengku Aiden segera menghampiri Melissa yang terbaring di atas lantai. Tubuh isterinya itu segera dipangku, sesekali dia memanggil nama Melissa yang tidak sedarkan diri itu. Matanya mula tertacap pada cecair merah yang mengalir di betis Melissa.

"Airin! Airin!" Namun panggilannya tidak bersahut. Tanpa menunggu masa, terus dia angkat tubuh Melissa lalu segera turun ke bawah.

"Airin!"

"Kenapa menjerit..." Pertanyaan Tengku Airin mati di situ tatkala terpandangkan Melissa yang berada di dalam dukungan abangnya itu.

"Apa jadi?"

Beautiful Lies Where stories live. Discover now