Bab 53

96K 4.5K 369
                                    

Tengku Aiden tersedar dari lena tidurnya tatkala terdengarkan sayup-sayul azan subuh mula berkemundang dari masjid berdekatan. Melissa yang masih lagi lena di sisi ditatap seketika sebelum bibirnya mengukirkan satu senyuman. Fikirannya dipenuhi dengan memori apa yang terjadi di antara mereka.

Setelah apa yang terjadi kepadanya dan Melissa, mereka tetap lagi bersama hingga ke hari ini. Setelah apa yang mereka lalui, mereka masih lagi bertahan hingga sekarang. Sekarang ini cuma hanya satu saja yang perlu dia perbaiki kerana kesilapannya di masa lalu dan selepas ini bahagia yang dia janjikan untuk Melissa akan menanti hari-hari mereka.

Penerimaan keluarganya terhadap Melissa seperti yang dia jangkakan. Semalam, selepas makan malam, dia ada bercakap lagi dengan Tengku Fahrin dan Tengku Azalia bersendirian. Isu mengenai pangkat dan nama dibangkitkan. Apa yang hebat dan pentingnya pangkat dan nama dalam sesuatu hubungan.

Melissa hadir dalam hidupnya membawa satu perubahan terhadap dirinya. Sikap dan perangai lamanya sudah lama terkubur sewaktu dia mula-mula kenal Melissa lagi. Bukan ke itu yang penting dalam sesuatu hubungan? Tambah lagi yang sudah berkahwin. Saling memperbaiki kekurangan dan kelemahan antara satu sama lain.

"Melissa—" Tengku Aiden memanggil nama Melissa yang masih lagi lena. Setelah beberapa kali, isterinya itu akhirnya terjaga.

"Hurm?" Melissa yang masih lagi dalam keadaan mamai mula membuka matanya.

"Dah subuh."

Selepas mendengarkan apa yang Tengku Aiden katakan, terus dia bangkit dari tidur. Matanya digosokkan perlahan. Tengku Aiden sudah mula mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi.

"Nak mandi sekali tak?" Tengku Aiden bertanya, hanya kepalanya saja terjengul keluar.

"Tak nak." Grr... Apa punya soalan.

"Sure?"

"Yes."

"Tak menyesal ni? Bukan selalu offer macam ni datang."

"Pergi mandi sana, cepat sikit." Serta-merta bantal yang berada di sebelah di lemparkan ke arah Tengku Aiden tapi sasarannya tidak mengena.

"Tak kena," ejek Tengku Aiden sambil ketawa. Suara Melissa yang kedengaran memberi amaran hanya dibiarkan begitu saja.

Selesai saja kedua-duanya membersihkan diri, solat subuh didirikan secara berjemaah selepas itu. Doa dipanjatkan kepada Sang Pencipta, memohon keampunan, dimurahkan rezeki dan agar dipermudahkan hari-hari mereka yang bakal mendatang.

Selepas doa diaminkan, Melissa menghulurkan tangannya apabila Tengku Aiden menoleh ke arahnya. Tangan yang bersambut itu dikucup dan dia dapat merasakan tangan Tengku Aiden mengusap kepalanya. Terasa lapang dadanya tiap kali suaminya itu mengusap kepalanya. Kepalanya didongakkan kembali seperti tadi, fikiran Tengku Aiden sepertinya sudah merawang entah ke mana.

"Aiden?"

"Hah?" Terdengarkan panggilan Melissa, terus dia tersentak.

"Fikir apa?" Melissa bertanya.

"Tak ada apa-apa," jawab Tengku Aiden.

"Tell me."

"Just thinking how sucks when you have someone in your mind but you can't have in your arms." Apabila melihatkan Melissa menjadi makmumnya ketika solat tadi, dia mula teringat ketika Melissa pergi meninggalkannya dulu. Sepanjang dua tahun, Melissa sentiasa di dalam fikirannya namun tiada di sisinya. Rasanya sukar digambarkan, hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi hari ini, Melissa ada dengannya di sini, di rumah keluarganya.

"But today, I have you in my arms again." Dagu Melissa disentuhnya sebelum bibirnya mengucup lembut dahi Melissa. Pelukan yang diberikan, dibalas.

Beautiful Lies Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ