Special Chapter | Part 2

96.2K 4.4K 459
                                    

Rasa sangsi yang diusir semalam kembali bertandang, kalau tak kerana perbualan pada lewat malam tadi pasti Melissa tidak akan memikirkan soal ini. Masakan dia tidak merasa sangsi kalau tersedarnya tadi pada jam dua pagi kerana terdengar Aiden bercakap melalui panggilan telefon dengan seseorang.


"Ya, sayangku. Dia dah tidur ni, kan dah dua pagi. Abang dah uruskan, jangan risau."

Siapa yang tak berasa curiga kalau mendengar setiap butir bicara seperti itu yang datangnya dari mulut suami sendiri? Tambahan lagi bercakap pula dengan nada yang berbisik dan lagi, pada jam dua pagi. Melissa masih lagi resah memikirkan tentang hal itu, kalau dikaitkan dengan apa yang dia dengar tengah hari semalam dan malam tadi, telahannya betul.

Aiden ingin berkahwin lagi?

Melissa memandang ke arah suaminya itu, serta-merta seleranya untuk bersarapan hilang. Fikirannya terlalu kusut ketika itu, Aiden yang diperhatikan tidak lepas dari tersenyum apabila memandang skrin telefon.

"Lupa nak tanya, semalam Syafira ada kata awak datang ke pejabat nak jumpa saya. Kenapa?" Aiden bertanyakan soalan itu, Melissa kelihatan seperti banyak termenung pada pagi ini.

"Awak nampak busy sangat, tu yang saya balik." Melissa menjawab pertanyaan itu.

"Okay."

Hatinya sekali lagi dipagut resah tatkala balasan kepada jawapannya itu hanyalah okay. Selalunya kalau dia mempunyai masalah, Aiden akan tanya dan kadang-kadang, belum cerita pun, Aiden akan bertanya terlebih dahulu.

"Tak nak tanya?" Menyedari yang dia terlepas cakap, Melissa mula mengutuk dirinya sendiri. Aiden mula memandang ke arahnya.

"Kalau awak nak cerita kenapa awak ke sana-"

"Tak apa lah." Melissa mengalah, Aiden seakan tidak berminat untuk bercakap dengannya. Hujung roti yang di gigit terasa pahit apabila di telan.

"Awak tak ada lupa apa-apa ke hari ni?" Melissa bertanya sama ada Aiden ingat atau tidak mengenai hari istimewa mereka.

"Kenapa dengan hari ni?"

"Tak ada apa-apa." Mendengarkan jawapan dari Aiden, rasa kecewa makin bertambah.

Ketika ulang tahun perkahwinan mereka, dia lari dari pangkuan Aiden manakala kali ke dua dia masih belum bersedia untuk bertemu suaminya semula. Sewaktu tahun ke tiga, dia sudah kembali semula ke pangkuan Aiden dan apabila masuk tahun ke empat, dia berada di Paris kerana rumah tangga mereka bergolak ketika itu.

Untuk tahun ke lima, Melissa hanya perlukan Aiden di sisinya. Dia perlukan Aiden hari ini untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka. Dia cuma ingin perlukan masa Aiden untuk bersamanya, untuk mengenang kisah mereka yang sudah temui bahagia sekarang.

"I have something to tell you-"

"Saya kena pergi-"

Serentak kedua-duanya bersuara, Melissa sebenarnya ingin memberitahu sesuatu kepada Aiden namun terus dibatalkan niatnya.

"Pergi mana?" Terus Melissa tanyakan soalan itu. Hari ini hari Sabtu, hendak ke mana Aiden pada hari minggu sebegini dan hari ini juga merupakan hari istimewa mereka. Tidak ingatkah Aiden?

"Saya ada kerja sikit," kata Aiden. Wajah Melissa yang tercalit duka itu di pandang seketika. I'm sorry Mel, bisik hatinya.

"Maybe malam ni tak balik kot."

"Kenapa?"

Pertanyaan Melissa dibiarkan saja, Aiden sebaliknya bangun lalu meninggalkan meja makan. Melissa menurut dari belakang, Aiden sudah mencapai kunci keretanya.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now