Bab 60

92.5K 4K 608
                                    

Melissa terkaku di tempatnya dan matanya mula terkebil-kebil beberapa kali setelah mendengar ucapan tahniah itu. Setelah beberapa kali kata-kata doktor di hadapannya itu berlegar-legar di fikirannya, barulah bibirnya mengukirkan satu senyuman. Seperti yang di jangka, firasatnya, juga apa yang Tengku Nadya katakan tepat!

"Puan dah mengandung tiga minggu."

Patutlah sejak dua menjak ini selera makannya bertambah, begitu juga dengan Tengku Aiden. Tapi yang kelakarnya, Tengku Aiden yang dapat morning sickness. Dia langsung tidak kena sebarang alahan seperti wanita lain di awal kehamilan.

Senyuman di bibir semakin melebar, sudah tiga minggu ada satu nyawa membesar di dalam rahimnya. Zuriat Tengku Aiden yang dikandungnya ini merupakan tanda cinta mereka dan bakal menjadi pengikat kasih antara mereka berdua. Hanya tunggu beberapa bulan lagi, bayi ini akan lahir dan akan melengkapi keluarganya. Rasanya ini merupakan masa yang sesuai untuk menambah bilangan ahli keluarga kecilnya, sudah tiga tahun dia dan Tengku Aiden berkahwin.

Selesai saja mendengar apa yang doktor katakan dan selepas segala ubat-ubatan di ambil, Melissa segera pulang ke rumah. Masa berita gembira ni pula Tengku Aiden tak ada sekali dengannya. Tapi bagus jugak, boleh buat kejutan nanti, getus hatinya.

"Hah nak apa? Kacau orang dating je kau ni." Suara Tengku Nadya mula kedengaran selepas beberapa kali Melissa menghubunginya.

"Betul la apa yang cakap hari tu," ujarnya dengan nada gembira. Sebelum pergi ke hospital, dia ada melakukan ujian dengan pregnancy test terlebih dahulu. Setelah melihat hasilnya positif, terus dia datang ke hospital untuk dapatkan pengesahan.

"Yang mana satu?"

"Aku pregnant!"

"Serious?! Wah!" Tengku Nadya yang berada di hujung talian juga kedengaran teruja.

"Kejap lagi aku pergi rumah kau. Omg! Nak jumpa baby!"

"Nad, baru tiga minggu. Aku tengah pregnant, bukannya baru lepas bersalin." Melissa berkata. Reaksi Tengku Nadya macam dah lebih teruja, tahulah suka budak-budak.

"Ada aku kisah? Kejap lagi aku pergi."

"Tadi kata tengah dating."

"Tak apa, boleh tinggal, dia ni baru jadi tunang. Bukan suami lagi." Tengku Nadya mula ketawa, Irham di sisi sudah mula mencebik. Nasib lah dapat tunang macam ni. Spesis suka cakap lepas tapi kadang-kadang tegas juga orangnya.

"Aiden macam mana? Mesti happy kan?" Tengku Nadya bertanya soalan yang seterusnya. Ceh! Dah nak jadi ayah sepupunya yang sorang tu.

"Dia tak ada kat rumah." Suara Melissa mengendur ketika berkata. Bagaimana agaknya reaksi Tengku Aiden nanti?

"Dia pergi mana?"

"Ada kerja sikit, tengok site apa benda entah."

"Hujung minggu macam ni pun kerja jugak."

Melissa mula menghidupkan enjin kereta, setelah selesai berbicara dengan Tengku Nadya, terus dia memandu pulang. Sampai saja di rumah, telefon sekali lagi di capai.

"Awak kat mana? Lambat lagi ke?" Soal Melissa tanpa menjawab sapaan Tengku Aiden di hujung talian.

"On the way nak balik dah ni. Awak kat rumah ke?" Tengku Aiden di hujung talian bertanya. Melissa mula terfikirkan sesuatu.

"Sekarang ni kat rumah, tadi kat hospital." Sengaja Melissa berkata dengan suara yang mendayu.

"Hospital? Buat apa? Awak sakit ke? Awak pergi tadi sendiri? Kenapa tak tunggu saya balik?" Bertalu-talu soalan Tengku Aiden ajukan, suaranya jelas kedengaran risau. Awal pagi tadi dia terpaksa ke tapak projek pada hari minggu macam ni dan sekarang ni dah masuk tengah hari. Tak sangka dalam tempoh singkat ini Melissa terpaksa ke hospital sendirian.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now