Bab 21 | Part 17

112K 5.4K 520
                                    

3 tahun yang lalu,

Pintu kembali di tutup selepas melihat seraut wajah itu namun belum sempat pintu itu ditutup sepenuhnya, Tengku Aiden terlebih dahulu menghalangnya. Disebabkan tenaganya sebagai perempuan tidak mampu menandingi tenaga lelaki seperti Tengku Aiden, pintu itu kembali terbuka.

"Keluar sekarang!" Melissa sudah mula menjerit selepas melihat Tengku Aiden sudah mula menapak masuk ke dalam apartmentnya. Baru saja tiga hari hidupnya aman tanpa Tengku Aiden, tapi hari ini lelaki ini tiba-tiba muncul di sini.

"Jom balik." Tengku Aiden mengajak Melissa pulang ke villa. Cukup la tiga hari saja tanpa Melissa di sisinya.

"Tak nak! Saya tak akan balik ke mana pun sebab saya tinggal kat sini." Melissa mula menegaskan pendiriannya untuk tidak pulang bersama Tengku Aiden.

"Balik. Saya tak peduli, awak kena ikut saya balik hari ni." Tengku Aiden pula yang menegaskan yang Melissa kena ikut dia balik. Dua-dua sama keras kepala, macam mana nak temui jalan penyelasaian?

"Wooo, apa bising-bising ni?" Helena tiba-tiba muncul entah dari mana. Bila melihatkan pasangan suami isteri ini terus dia senyap.

"Kau jangan nak masuk campur." Tengku Aiden mula memberi amaran supaya Helena jangan masuk campur urusan rumah tangganya.

"Kau ada nampak aku ni nak masuk campur ke? Tapi kalau kau buat bukan-bukan kat Mel memang aku masuk campur." Helena berkata, tangannya disilangkan. Baginya lelaki bernama Tengku Aiden ni memang merumitkan. Macam mana Melissa boleh hidup dengan orang macam ni?

"Ikut saya balik." Kali ini lembut suaranya mengajak Melissa balik. Kekerasan tidak akan membawa kepada penyelesaian.

"Saya kata tak nak. Jangan paksa." Melissa membalas dengan menggunakan dengan cara yang lembut juga.

"Okay la kalau macam tu." Melissa sudah tersenyum, Tengku Aiden akhirnya mengalah. Cepat betul mengalah. Huh!

"Kalau awak tak nak balik, biar saya tinggal kat sini." Tengku Aiden membalas senyuman Melissa yang mula hilang serta-merta. Kalau cara kasar dan lembut tidak berkesan itu bukan bermakna dia akan mengalah. Cara lain akan digunakan.

"Hell, no." Helena yang sedari tadi hanya menjadi penonton kepada drama swasta percuma ini mula menyampuk. Gila ke nak bagi Tengku Aiden tinggal di sini?

"No way," kata Helena lagi. Ini tak boleh jadi, dah lebih ni.

"Yes way."

"No way."

"Yes way."

"Enough!"

Melissa menghentikan perbualan 'no way' dan 'yes way' antara Tengku Aiden dan Helena. Kalau tak dihentikan sampai bila-bila tak akan tamat.

"Awak balik sekarang." Melissa menyuruh Tengku Aiden pulang.

"Saya tak akan balik tanpa awak," tegas Tengku Aiden sekali lagi.

"Mel." Panggilan dari Helena membuatkan dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Kalau dia berdegil juga pasti Tengku Aiden akan turut sama berdegil untuk tinggal di sini.

***

Melissa hanya berkurung di dalam bilik setelah kembali semula ke banglo ini. Tengku Aiden hilang ke dapur, entah apa yang lelaki itu buat di dapur. Malam ni dia akan berbincang dengan Tengku Aiden mengenai hubungan mereka berdua. Selepas ini dia akan bebas dan menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa ada sebarang ikatan dengan Tengku Aiden.

"Melissa!"

Jeritan Tengku Aiden dari tingkat bawah menyentakkan Melissa. Dah kenapa terjerit-jerit macam tu? Melissa tidak mempedulikan panggilan Tengku Aiden sebaliknya terus memikirkan hal tadi.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now