Bab 30

121K 5.3K 418
                                    

Dua mempelai yang sedang bersanding di atas pelamin hanya di pandang dengan kosong, memori tiga tahun lalu kembali menerjah. Segala-segalanya mengenai perkahwinan Tengku Hana dan Megat Khairul akan menggamit kenangan masa lalu untuk bermain di fikirannya. Setiap detik majlis ini diabadikan kenangannya dalam bentuk gambar. Dari majlis akad nikah sehingga la sekarang, kamera ada di mana-mana sahaja untuk mengabadikan kenangan.

Sewaktu pernikahannya tiga tahun yang lalu, semua ini tiada. Kenangan yang diabadikan dalam bentuk gambar hanya ada satu saja, ketika selesai upacara pembatalan air sembahyang hanya satu gambar saja dirakamkan. Itu pun selepas dipaksa oleh Tengku Aiden beberapa kali, senyuman yang terpaksa diberikan ketika itu.

Masa tu dia hanya fikir yang perkahwinan antara dia dan Tengku Aiden akan berakhir dalam tempoh yang singkat sebab tu tak terfikir untuk ada kenangan bersama lelaki itu. Tapi sekurang-kurangnya kenangan bersama Tengku Aiden tetap ada dalam kotak memorinya untuk diingati. Sampai bila-bila dia tak akan lupakan walaupun banyak kekecewaan, kesedihan dan kedukaan yang dirasai jika dibandingkan dengan kemanisan, kegembiraan dan kebahagian yang dirasakan.

Melissa berjalan ke arah taman mini yang agak jauh sikit dari tempat majlis itu. Buaian dihampiri lalu dilabuhkan punggungnya di satu. Malas nak berada di situ takut nanti lain yang jadi, lagi pun dia tak kenal sangat dengan tetamu yang hadir. Tengku Aiden yang sibuk melayan tetamu di pandang dari jauh, macam dia pulak yang kahwin.

"Apa awak buat kat sini?" Pertanyaan dari Tengku Aizat membuatkan Melissa mengalihkan pandangan matanya. Budak ni lagi, Melissa mengeluh di dalam hati.

"Saja ambik angin kat sini," balas Melissa. Tengku Aizat mengambil tempat duduk yang bertentangan dengannya di ataa buaian itu.

"Cantikkan kalau kahwin buat macam ni?" Tengku Aizat memulakan bicara selepas agak lama mereka berdiam. Tengku Hana dan Megat Khairul memilih untuk melangsungkan majlis resepsi mereka di laman depan banglo lagi pun bersesuaian dengan tema garden yang dipilih.

"Ha'ah." Melissa hanya mengiakan apa yang Tengku Aizat katakan.

"Nanti saya kahwin nak buat macam ni jugak," kata Tengku Aizat lagi.

"Untung la bakal isteri awak nanti." Melissa mula berseloroh.

"Tahu takpe, untung la awak nanti." Tengku Aizat membalas apa yang Melissa katakan.

Melissa hanya ketawa apabila mendengar apa yang Tengku Aizat katakan. Teringat apa yang Tengku Aiden kata tiga tahun lepas ketika berada di pantai. Masa tu dia kata betapa untungnya bakal isteri Tengku Aiden kerana dapat bersuamikan lelaki yang sudah mempunyai posisi dalam syarikat walaupun masih belajar. Tapi Tengku Aiden mengenakannya kembali, sama dengan sekarang cuma orang dan tempat yang berbeza.

"Awak muda dari saya." Melissa berkata untuk mengingatkan Tengku Aizat yang beza usia mereka.

"Cinta tak mengenal usia. Lagi pun kita beza tiga tahun je," ujar Tengku Aizat.

"Masa saya jumpa awak kat majlis anniversary parents saya dulu, saya dah start suka awak. Ada sesuatu dalam diri awak yang buat saya nak kenal awak lebih lagi." Tengku Aizat berkata lagi. Sesi meluah perasaan ini digunakan sebaik mungkin.

Ceh! Melissa hanya berdiam saja apabila mendengar apa yang Tengku Aizat katakan. Ayat yang sama Tengku Aiden kata tiga tahun yang lalu ketika berada di tasik dulu. Heh, adik dengan abang sama je. Keterunan yang jenis bila nampak perempuan terus jatuh cinta ke apa?

"Awak nak cari lelaki yang macam mana?" Tengku Aizat bertanya.

"Saya nak cari seseorang yang tahu buruk saya tapi tetap terima saya. Tahu kekurangan saya tapi tetap ingin bersama saya. Tahu kisah silam saya tapi tetap ingin membimbing untuk ke syurga. Tahu saya tak seperti yang dia inginkan, tapi dia tetap ada dengan saya." Melissa memberikan jawapan kepada soalan Tengku Aizat. Pandangan matanya memandang Tengku Aiden sekilas. Hanya beberapa peratus saja apa yang dia inginkan ada pada Tengku Aiden.

"Tak ada buruknya tentang awak, kekurangan pun tak ada jugak. Sempurna pada saya. Kisah silam semua orang ada, tak perlu diungkitkan benda dah lepas dan fokus pada masa sekarang dan pada masa depan. Dan yang terakhir tu, segala-galanya tentang awak saya inginkan." Apa yang Melissa cari pada seseorang itu dibalasnya. Mungkin orang fikir yang dia sudah gila sekarang tapi ini yang dinamakan cinta pandang pertama.

"Dah la Ary, awak ni makin lama makin merepek. Saya pergi dulu." Melissa bangun dan meninggalkan Tengku Aizat. Kalau dia terus berada di situ takut nanti makin memberi harapan yang tak sepatutnya pada Tengku Aizat.

Melissa duduk di atas kerusi setelah terpandangkan meja kosong. Dicari kelibat Tengku Nadya, dilihatnya gadis itu sedang berbual dengan Tengku Aiden dan seorang lagi Tengku Haikal, anak bongsu Tengku Halina. Entah apa yang dibualkan sampai ketawa tak ingat dunia.

"Melissa kan?" Suara yang menyapanya membuatkan dia memejamkan matanya seketika. Aduh! Kenapa dia ni jugak yang tegur aku, dah tak ada orang lain ke?

"Ha'ah." Sapaan dari Sharifah Ezryna dibalas dan disertakan dengan senyuman.

"You kenalkan I siapa?" Sharifah Ezryna mengambil tempat duduk di sebelah Melissa.

"I tunang Aiden," kata Sharifah Ezryna sambil memperkenalkan dirinya.

"I pulak isteri Aiden." Eh? Aku cakap kuat ke tadi? Tanpa Melissa sedari ayat itu dituturkan. Walaupun perlahan, kalau dengar dengan betul-betul boleh mengundang masalah nanti.

"Hah?"

"Tak ada apa-apa." Jauh di sudut hatinya ingin saja dia mengulang kembali apa yang dikata sebentar tadi.

"Kita pernah jumpa dua kali, Nad kata you ni sepupu dia." Kali pertama bertemu ketika di majlis ulang tahun perkahwinan Tengku Fahrin dan Tengku Azalia. Kali kedua pula di pejabat.

"I Ezryna, boleh panggil Ryna."

"Melissa." Selepas itu kedua-duanya hanya berdiam diri saja. Melissa membuang pandang ke arah lain.

"Setiap kali I tengok Aiden dengan Nad rapat, I rasa macam jealous. Aiden tak rapat macam tu dengan I." Sharifah Ezryna mula berkata untuk menghilangkan rasa sunyi. Pandangan matanya dihalakan ke arah Tengku Aiden dan Tengku Nadya.

Melissa hanya mendengar apa yang Sharifah Ezryna katakan. Luahan dari tunang si suami. Rasa macam kelakar pulak ayat ni, kalau orang lain ni dah lama bergaduh.

"Aiden tak pernah senyum macam tu bila dekat dengan I." Sharifah Ezryna meluahkan apa yang dirasakan. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh meluahkan hal ini kepada Melissa. Senyuman yang tak lekang dari bibir Tengku Aiden tak pernah ada bila lelaki itu dekat dengannya.

"Bila Aunty Azalia bawak rombongan meminang untuk jadikan I menantu dia, masa tu I orang yang paling happy. I suka Aiden dari kecik lagi." Sewaktu Tengku Azalia datang meminangnya dulu, hanya Tuhan saja yang tahu apa yang dia rasakan tika itu. Tengku Aiden yang dia suka dari kecil lagi bakal menjadi miliknya.

"Tapi Aiden tak rasa apa yang I rasa." Kedinginan dari Tengku Aiden membuatkan dia tahu yang lelaki itu tidak sukakannya.

"Mungkin dia dah ada orang lain?" Melissa memberikan pendapatnya selepas mendengar apa yang Sharifah Ezryna katakan. Pendapat yang sebenarnya realiti, Tengku Aiden sudah ada orang lain dan orang lain yang dimaksudkan ialah dirinya.

Melissa perasan perubahan pada wajah Syarifah Ezryna. Disebalik perangai yang mengada ada terselit kedukaan. Sukakan orang yang tak suka kita balik memang menyakitkan.

"Terima kasih sebab sudi dengar. I don't even know why I tell you this." Nadanya kedengaran sedikit sebak.

"No problem, I'm a good listener."

Good listener? Melissa sendiri tidak tahu apa yang baru terjadi sebentar tadi. Bakal isteri suaminya baru saja meluahkan masalah hubungan mereka. Sekarang ni dia baru lepas cakap yang dia seorang pendengar yang baik, dibuatnya Syarifah Ezryna datang lagi untuk memberitahu tentang masalahnya dengan Tengku Aiden lagi macam mana? Sakit hati sorang-sorang la jawabnya nanti.

aimel or lissary? Or maybe airyna 😱😱😱😂😂😂 lol hahahaha

Ada yang menyampah dengan Aiden? 🙋😂 memang sengaja buat watak dia macam ni 💁😂

Beautiful Lies Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu