Bab 58

88.3K 4.4K 281
                                    

"Kita nak ke mana sebenarnya?" Melissa bertanya, Tengku Aiden di sisinya hanya mempamerkan riak biasa. Soalannya sudah lebih dari sepuluh kali berulang namun tiada satu jawapan yang Tengku Aiden berikan.

"Nak ajak awak kahwin balik." Ini jawapan yang sama Tengku Aiden berikan selepas berkali-kali dia ajukan soalan yang sama. Apa maksud kahwin balik?

Kereta yang di pandu Tengku Aiden berhenti di hadapan sebuah butik. Melissa hanya menurut saja apa yang Tengku Aiden lakukan. Masuk saja ke dalam butik tersebut, tahu lah Melissa yang itu adalah pengantin. Pandangan matanya jatuh pada koleksi busana pengantin yang dipamerkan. Rasa teruja mula hadir, begini la agaknya perasaan pengantin lain bila tengok semua ni. Dia dulu dah la kahwin ekspres, persiapan pun Tengku Aiden je yang siapkan semuanya. Menyesalnya...

"Kahwin balik tu maknanya kita akan buat sama macam bakal pengantin lain buat. Dari setiap segi, kita akan buat. Ingat tak masa saya bawak awak pergi rumah kita kali kedua?" Melissa hanya mengangguk.

"Saya ada bagitahu kan nak buat majlis resepsi kita kat sana. Sekarang ni, saya nak buat semua tu jadi kenyataan." Tengku Aiden menerangkan satu persatu rancangannya ketika dia membawa Melissa ke rumah mereka.

"Selamat datang."

Perbualan Tengku Aiden dan Melissa terhenti tatkala suara itu menyapa. Tengku Aiden mula memandang ke arah si empunya suara dari atas ke bawah. Melihatkan orangnya, terus meremang habis bulu romanya. Memang spesis sotong akan ada ke butik ke? Getusnya.

"I, Fiiiidieeeee." Namanya sengaja dileretkan ketika disebut, huluran tangan diajukan kepada lelaki kacak di hadapannya.

"Ada apa-apa yang boleh I tolong?" Fidie tersenyum apabila lelaki itu menyambut huluran tangannya. Sengaja di pegang lama seperti tidak mahu dilepaskan. Bila lagi nak pegang tangan lelaki kacak? Ahaks!

"Kami datang atas tempahan Tengku Azalia," balas Tengku Aiden. Tangannya cuba dilepaskan, inilah kali pertama dia berasa menyesal bersalam dengan orang.

"Ouhhh! Anak Tengku Azalia la ni?" Fidie bertambah teruja, tangan Tengku Aiden dilepaskan. Masa Tengku Azalia datang dulu, anaknya ini tidak datang. Dah lama dia tunggu anak Tengku Azalia datang tapi tak sangka kacak macam ni.

"Yes." Hanya sepatah Tengku Aiden jawab. Dia melihat ke arah Fidie yang sedang memeluk erat sketchbook di dada, jari telunjuknya pula bermain-main di atas permukaan buku itu. Dia merapatkan diri dengan Melissa lalu dipaut erat pinggang isterinya itu seolah-olah memberi tanda yang dia datang ke sini berdua.

"Nama?"

"Tengku Aiden."

"Sesuai nama tu untuk you!"

Melissa di sisi mula menyembunyikan senyumnya, cuba di kawal sebaik mungkin dari ketawa. Rasa kelakar sungguh apabila melihat Fidie seakan-akan berminat dengan Tengku Aiden. Ingatkan perempuan je yang minat...

"Sekejap ya hensem, I panggil boss kejap."

"You bukan boss sini?" Tengku Aiden bertanya, nada suaranya kedengaran seperti lega.

"Mestilah bukan! Tu lah time Ku Azalia datang, you tak datang. Sekarang ni owner butik pun tak tahu yang mana." Sempat dia ketawa selepas itu.

Tengku Aiden mula berasa tenang ketika nafasnya ditarik. Baguslah kalau bukan Fidie pemilik butik ni, kalau tak masaklah dia kena berurusan dengan lelaki yang terlebih auw ni. Tak rela di goda oleh kaum sejenis! Memang la dia tak tahu siapa pemilik butik ni sebab dia tak pernah ke sini, hanya Tengku Azalia selalu datang. Tak lain tak bukan sebab nak uruskan perkahwinannya dengan Sharifah Ezryna.

"Nyahhh! Ni hah! Anak Tengku hari tu dah datang!"

Tengku Aiden dan Melissa sedikit terperanjat ketika dengar suara Fidie. Habis keluar suara jantan. Rosak habis imej lembutnya itu.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now