Bab 27

128K 5.3K 120
                                    

Sudah dua minggu Melissa memulakan kerjanya di Panglima Holdings. Banyak yang dibelajarnya di sini, berbeza ketika dia berkerja di Mercier Holdings sewaktu di Perancis. Dari segi persekitaran, cara berkerja dan juga orang di sini sangat berbeza. Dia cuba untuk sesuaikan diri dengan semua ini dan sekarang ni dia sudah dapat biasakan diri dengan suasana yang baru ini.

Hubungannya dengan Tengku Aiden masih lagi macam biasa, rahsia perkahwinan mereka masih lagi belum diberitahu. Sepanjang dua minggu ini kedua-duanya sibuk dengan kerja masing-masing, Melissa masih cuba untuk sesuaikan diri dengan kerjanya manakala Tengku Aiden pula sibuk menguruskan syarikat memandangkan jawatan COO baru saja dipegangnya. Banyak lagi yang perlu dia belajar untuk menggalas jawatan ini.

Sepanjang dua minggu ini kedua-duanya hanya berhubung melalui telefon sahaja. Di pejabat kalau bertembung pun, Melissa dan Tengku Aiden hanya berbalas pandang saja. Pandangan hanya mereka berdua saja yang faham. Kadang-kadang Melissa terfikir juga bila agaknya Tengku Aiden ingin memberitahu kepada keluarga yang mereka berdua sudah berkahwin.

Hidup dengan rahsia bukan sesuatu yang diingininya, bukan sesuatu yang dikehendakinya dan juga bukan sesuatu yang mudah. Terpaksa berlakon untuk tidak mengenali antara satu sama lain adalah perkara yang bukan senang untuk dilakukan. Kadang-kadang sakit hati jugak bila Tengku Aiden kata yang dia hanya la kawan ketika menuntut di luar negara dulu. Melissa melepaskan satu keluhan yang berat bila memikirkan hal itu.

Cawan yang berisi air coklat panas di ambil, dihirup perlahan-lahan untuk menikmatinya supaya lupakan masalah yang satu itu. Satu senduk nasi goreng disendukkan ke dalam pinggan di depannya.

"Kak Su dah makan?" Tanya Melissa kepada pembantu rumah yang sedang menghidangkan makanan lain.

"Dah," jawab Kak Su pendek.

"Morning," sapa Tengku Nadya ketika melangkah masuk ke ruang makan.

Melissa membalas sapaan Tengku Nadya. Dia masih lagi tinggal di sini dengan Tengku Nadya dan bapa saudaranya Tengku Nazman. Pernah sekali Melissa menyatakan hasratnya untuk pindah setelah mendapat gaji tapi ditegah oleh kedua-duanya. Rasa segan pula menumpang di sini memandangkan Tengku Nazman hanya la bapa saudara sabit. Puan Sarah, ibu saudaranya iaitu ibu kepada Tengku Nadya sudah meninggal lima tahun yang lalu.

Kata Tengku Nadya kalau dia tinggal di sini, ada jugak teman untuk dia berborak. Kata Tengku Nazman pula, sekarang ni kos sara hidup di ibu kota agak tinggi. Lagi pun banglo ini cukup besar untuk mereka bertiga tinggal. Termasuk dengan pembantu rumah dua orang, pemandu dan juga pekebun, masih banyak lagi ruang.

"Nak tanya, kau dengan Aiden dah berapa lama kawan?" Tengku Nadya tiba-tiba bertanya, masih belum berpuas hati. Hari itu Tengku Aiden ada memberitahunya yang dia dan Melissa berkawan masa di universiti dulu. Tapi cara kedua-duanya lain macam je.

Masa mula-mula di majlis ulang tahun perkahwinan Tengku Fahrin dengan Tengku Azalia dah ada yang tak kena. Kedua-duanya macam terkejut sangat, kalau betul kawan sepatutnya happy la dapat jumpa tapi ni macam pelik sangat sampai dia sendiri tak tak tahu nak terangkan macam mana. Tambahan pula Melissa tiba-tiba nak balik selepas nampak Tengku Aiden. Hairan bin pelik.

Ketika dia ke tempat parking kereta di basement Panglima hari tu, Melissa macam baru lepas menangis dan cuba untuk menyembunyikan dari dia dengan alasan mata masuk habuk. Ceh! Alasan lapuk tu diberikan, ingat dia percaya ke dengan alasan tu. Tambah pula masa tu Tengku Aiden pun macam nak menangis juga. Kalau yang tu kata masuk habuk, yang ni kata angin kuat sangat sebab tu sampai berair. Double ceh! Angin jadah belah mana ada kat parking kereta yang terletak kat basement Panglima Holding.

"Kenal dia masa tahun akhir," jawab Melissa. Gelas yang berisi air kosong dicapai lalu diteguk dengan perlahan untuk menghilangkan rasa gugupnya. Kecurigaan Tengku Nadya masih lagi belum berakhir.

Beautiful Lies Donde viven las historias. Descúbrelo ahora