Bab 64

94.4K 5K 1.4K
                                    

Nah another update 😝 kalau tak baca lagi bab 63, go back to the previous chapter 💞

Hari ini merupakan hari ke empat Tengku Aiden terpaksa berjauhan dengan Mia kerana urusan kerja. Tapi dalam tempoh empat hari itu telah menghadirkan satu perasaan ganjil. Sepertinya ada sesuatu yang berlainan dirasakan dalam tempoh itu, dia merasakan seperti jauh dari sesuatu dan rasanya seperti kehilangan sesuatu.

Nak kata rindukan Mia, tak juga rasanya kerana setiap masa isterinya akan menghubunginya melalui panggilan telefon. Tapi perasaan itu semakin mencengkam membuatkan dia resah sendirian. Kakinya mula melangkah ke kanan kemudian ke kiri, ubun-ubun diusap lalu dilepaskan satu keluhan. Kepalanya mula berserabut memikirkan sesuatu.

Telefon dicapainya lalu didail. Selepas beberapa kali barulah panggilannya itu dijawab.

"Kau nak apa?" Syafiq di hujung talian mula bertanya dengan suara yang dingin. Kali terakhir dia bercakap dengan Tengku Aiden adalah sebulan yang lalu dan pertemuan itu telah mengakibatkan hubungan persahabatan mereka semakin renggang.

"Fiq, aku dah tak tahu nak cakap kat siapa," adu Tengku Aiden mengenai rasa gelisah di hati.

"Baru ingat nak cari aku?" Syafiq berkata dengan suara yang menjauh. Sebulan yang lalu merupakan kali terakhir mereka bercakap, Syafiq sudah malas untuk ambil tahu mengenai Tengku Aiden. Kawannya itu sudah berubah, kalau dulu boleh terima nasihat tapi sekarang ni silap hari bulan dia pula yang kena marah. Tambah lagi kalau soal Mia.

"Kau marah aku ke?"

"Entah! Apa-apa je lah. Kau call ni nak cakap apa?" Syafiq malas hendak memanjangkan perkara remeh sebegini. Terus dia ajukan soalan lain.

"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku rasa macam gelisah, rasa tak tenang. Rasa macam something hilang dan jauh dari aku." Tengku Aiden meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia tak tahu nak luahkan pada siapa.

"Kau kat mana sekarang ni?" Syafiq tidak memberikan sebarang reaksi terhadap luahan Tengku Aiden sebaliknya ditanya keberadaan Tengku Aiden.

"Kat Melaka, ada kerja sikit," jawab Tengku Aiden.

"Dah berapa hari? Bila balik?"

"Empat, esok aku dah balik." Syafiq hanya terdiam seketika.

"Kau balik esok terus datang jumpa aku. Tak payah jumpa isteri kau."

"Kenapa pulak?"

"Kau rasa jauh dari sesuatu, kau dah jauh sangat dari Tuhan. Kau hilang kehidupan kau yang lama. Aku rasa macam dah tak kenal kau lansung sekarang ni Aiden." Syafiq menerangkan apa yang dia rasakan. Bukan dia saja yang merasakan Tengku Aiden berubah.

"Mula-mula aku ingat kau berubah sebab kecewa dengan Melissa tapi aku silap. Dah terbukti Melissa langsung tak bersalah tapi kau tetap benci dia. Sampai satu tahap kalau aku sebut nama dia, aku pulak yang kena maki," kata Syafiq. Selepas Sharifah Ezryna buat pengakuan, Tengku Aiden langsung tidak terfikir untuk cari Melissa kembali. Pada awalnya bila nama Melissa disebut, Tengku Aiden akan marah. Bila hari berganti hari, Melissa bagaikan tidak wujud lagi dalam kehidupan Tengku Aiden. Seolah-olah Melissa itu satu nama yang asing.

"Melissa?" Nama itu disebut dengan suara yang mengendur. Terasa bagaikan kali pertama mulutnya menyebut nama itu.

"Kau dah tak kenal siapa dia?"

Soalan Syafiq hanya dibiarkan sepi. Melissa... Nama ini tiba-tiba saja menggamit sesuatu yang terpendam. Nama yang asing ini mula berlegar-legar di fikirannya. Siapa Melissa?

Beautiful Lies Where stories live. Discover now