Special Chapter | Part 1

110K 4.6K 241
                                    

Pintu pejabat yang sedikit terbuka itu membuatkan Melissa mengintai dari luar, niat untuk masuk ke dalam terus terbantut tatkala telinganya mula menangkap perbualan antara suaminya dengan seseorang. Aiden sepertinya baru saja selesai bercakap melalui telefon. Kemudian ada satu suara yang bertanya, Melissa tahu suara itu milik Hakim. Lelaki itu sudah kembali semula ke ibu kota untuk menetap di sini dan sudah pun berkahwin.

"

Amboi, nak kahwin lagi ke apa ni?" Pertanyaan Hakim menyentakkan Melissa yang mencuri dengar perbualan itu.

"Ha'ah aku nak kahwin lagi."

Aiden berkata dengan nada yang girang namun itu menyentapkan Melissa yang mendengar. Kahwin lagi? Hatinya mula terdetik melontarkan pertanyaan itu. Apa yang di maksudkan oleh suaminya itu yang dia ingin berkahwin lagi? Melissa mula resah memikirkan tentang itu.

"Bila nak langsung?" Tanya Hakim lagi, Aiden masih lagi dengan senyuman manisnya. Hubungan yang terputus dahulu kerana seorang perempuan kini semakin membaik, lagi pun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

"Dalam masa yang terdekat ni—"

Melissa berhenti dari mencuri dengar perbualan itu, perasaannya tidak dapat digambarkan ketika ini. Hati tidak keruan dan jiwa semakin bergelora apabila memikirkan tentang hal itu. Dia terus membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam.

"Eh? Kenapa puan tak masuk?" Syafira yang merupakan secretary suaminya itu mula bertanya. Melissa mula berpaut pada meja berhampiran, pelipisnya diurut.

"Puan okay?" Tanya Syafira lagi, Melissa hanya angguk sebagai jawapan yang dia baik-baik saja.

"Nak saya panggilkan Tengku?"

"Tak apa lah, dia nampak macam busy. Saya balik dulu ya?"

Melissa mula meminta diri untuk pulang. Pada awalnya dia ke sini untuk makan tengah hari dengan Aiden namun apabila terdengarkan perbualan itu, terus dia batalkan rancangannya itu. Bekal makanan yang dimasaknya sendiri di pandang sepi, perasaannya mula bercampur baur. Apa maksud Aiden yang dia ingin berkahwin lagi?

Sebelum pulang ke rumah, dia menjemput anaknya, Medina yang ditinggalkan di rumah keluarga mertuanya. Ingatkan dapat makan tengah hari dengan Aiden tapi yang dia dapat adalah makan hati. Perbualan Aiden dengan Hakim masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.

"Medina tidur sini malam ni boleh? Esok mummy nak bawak dia jumpa kawan-kawan mummy."

Medina yang kini sudah genap usianya setahun dan telah menjadi cucu kesayangan Tengku Azalia, cucu sulung katakan. Boleh dikatakan dalam seminggu akan ada hari di mana ibu mertuanya itu akan ke rumahnya untuk bertemu Medina, kalau tidak pun dia sendiri akan ke sini.

"Boleh je, mummy."

Akhirnya, Melissa pulang seorang diri ke rumah. Hari ketika itu sudah mula beransur petang, rumah yang sunyi itu diperhatikan di segenap ruang. Melissa mula merebahkan tubuhnya ke atas sofa, matanya memandang ke arah siling kemudian beralih ke arah bekal makan tengah hari yang disediakan tadi.

Sebenarnya esok merupakan ulang tahun perkahwinannya yang ke lima. Walaupun esok merupakan tarikhnya, Melissa sudah mula berasa teruja lalu merancang sesuatu. Disebabkan Aiden terlampau sibuk dan jarang pulang ke rumah untuk tengah hari, jadi Melissa bawa makanan tengah hari itu ke pejabat.

Tepat jam sepuluh pagi, Melissa sudah masuk ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Sejak dua menjak ini, Aiden jadi cerewet dan memilih untuk makan. Tak kena dengan tekaknya, terus dimuntahkan. Bila teringatkan hal ini, Melissa sembunyikan satu senyum.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now