Bab 77

122K 5.2K 212
                                    

Hubungan Melissa dan Tengku Aiden semakin membaik dari hari ke hari, sudah hilang perlahan-lahan ego yang menggunung dan sudah tiada rasa marah terhadap suaminya itu. Sepanjang tempoh dia kembali semula ke sisi Tengku Aiden, suaminya itu menjaganya dengan baik sekali. Tengku Aiden kata yang dia mahu ganti semula waktunya yang terbuang begitu saja ketika di awal kehamilannya dulu.

Hari ini usia kandungan Melissa sudah lapan bulan dua puluh hari, sikit saja lagi dia dan Tengku Aiden akan menyambut kelahiran anak sulung mereka. Semakin hampir dengan tarikh bersalin, semakin bergunung rasa penat dan bercampur dengan malas tapi dia bernasib baik kerana Tengku Aiden selalu ada dengannya.

Urusan kerjanya di Perancis diserahkan kepada Danial, lagi pun dia bukan berminat sangat untuk menguruskan empayar keluarganya itu. Dia sanggup dulu pun kerana konflik antaranya dengan Tengku Aiden tapi sekarang ini, hubungan dengan semakin membaik. Melissa rasa uruskan makan pakai Tengku Aiden lagi seronok.

"Aiden..." Nama Tengku Aiden dipanggil. Ruang katil di sebelah kosong apabila matanya dibuka, segera pandangan matanya beralih ke dinding. Sudah pukul sembilan pagi, entah macam mana boleh terbabas tidur. Mungkin kerana terlalu penat dengan kandungannya yang semakin sarat.

"Aiden." Kali ini Melissa terus bangun lalu menuju ke ruang tamu namun tiada kelibat Tengku Aiden di situ. Bukan ke hari ini hari minggu? Ke mana pergi suaminya?

Kaki kemudian terus melangkah ke ruangan dapur, Tengku Aiden tiada juga di siti. Matanya tertacap pada nota kecil yang tertampal pada peti sejuk.

Good morning red rose!
Ada kerja sikit,
tengah hari nanti saya balik.
Anyway saya ada buatkan breakfast :)
- aiden x

Dibaca nota kecil itu lalu mencari sarapan pagi yang Tengku Aiden sediakan. Selalunya Melissa sendiri yang akan sediakan sarapan tapi pagi ini tertidur selepas solat Subuh. Pinggan yang berada di dalam microwave diambilnya, dua keping French toast, omelette dan sosej goreng yang terdapat di atasnya. Segelas susu seperti kebiasaannya menjadi pilihan.

"Dia ni kenapa selalu keluar hujung minggu?"

Melissa mula memotong omelette di pinggan lalu disuakan ke mulutnya. Fikiran mula ligat berfikir mengenai Tengku Aiden yang selalu keluar pada hujung minggu. Bila ditanya hendak ke mana, suaminya itu hanya balas 'ada lah'. Bila teringatkan kembali ketika dia tinggal dengan Tengku Aiden semula, suaminya itu kata akan selalu ada di rumah pada hujung minggu memandangkan hari biasa sibuk dengan kerja.

Bunyi nada dering telefon yang menjerit meminta dijawab membuatkan Melissa terjaga dari berfikir. Nama pemanggil yang tertera pada skrin dipandang sekilas sebelum dijawab.

"Pengantin baru, seronok honeymoon?" Melissa terus bertanyakan soalan itu apabila Tengku Nadya yang berada di hujung talian mula menyapa.

"Gila kau tak seronok?" Tidak lama kemudian, tawa kedengaran.

"Ni kau tengah buat apa sekarang ni?" Tengku Nadya bertanya selepas itu.

"Breakfast."

"Aiden ada sekali?" Dia tanya lagi. Selalunya kalau dia telefon Melissa, akan ada suara Tengku Aiden datang menyampuk. Tapi ni, senyap je.

"Tak ada. Keluar," balas Melissa acuh tak acuh.

"Suara macam tu dah kenapa?"

"Dia kan masa hujung minggu selalu keluar, bila aku tanya nak ke mana dia kata adalah." Melissa mula meluahkan rasa terbuku di hati. Sebelum ini pun sama juga, selesai saja bersarapan terus keluar.

"Ada kerja lah tu. Due date bila?"

Melissa menjawab soalan Tengku Nadya, banyak yang mereka bualkan selepas itu. Hampir setengah jam juga mereka berbual, sampaikan tadinya makan di dapur kini di ruang tamu cumanya kali ini dengan semangkuk salad.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now