Bab 17 | Part 13

115K 5.6K 187
                                    

3 tahun yang lalu,

Melissa terjaga dari tidurnya tatkala jarum jam sudah hampir menunjukkan ke arah angka sebelas. Ketika datang ke sini tadi, baru pukul sembilan. Lebih kurang dua jam jugak la dia tertidur di sini. Didongakkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah Tengku Aiden. Lelaki itu masih lagi tidur. Melissa menyentuh lembut dahi Tengku Aiden, masih lagi panas seperti tadi. Tangannya beralih pula pada leher, panas juga.

Melissa mengalihkan tangan Tengku Aiden yang masih lagi memeluk pinggangnya. Perlahan-lahan dia bangun dari berbaring supaya tidak mengganggu lena tidur Tengku Aiden. Gebar ditarik hingga ke paras dada Tengku Aiden untuk menyelimuti tubuh lelaki itu. Melissa memandang keadaan bilik, agak bersepah walaupun tidak ketara. Pandangan matanya jatuh pada bungkusan plastik berwarna putih yang terletak di atas meja lampu. Melissa menggapai lalu dilihat isi di dalamnya. Melihatkan ubat yang langsung tak luak itu, Melissa tahu yang Tengku Aiden langsung tidak makan ubat yang di beli.

"Beli buat apa kalau tak makan?" Sempat Melissa membebel. Serpihan kaca dari gelas yang pecah tadi masih lagi ada di situ. Melissa membersihkan dahulu serpihan kaca itu.

Langkahnya di atur menuju ke tingkat bawah. Dapur yang agak luas ruangannya itu diperhatikan. Kelihatan bersih seperti tidak pernah digunakan. Peti sejuk dihampiri lalu dibuka.

"Haih! Peti punya la besar tapi kosong." Melissa berkata sendirian. Kakinya mula beralih pada bahagian kabinet. Dibuka satu-persatu tapi kosong, kosong dan kosong. Mungkin kosong kerana ini rumah milik keluarganya yang hanya digunakan ketika bercuti di sini. Lagi pun, Tengku Aiden tinggal di tempat lain sebelum ini. Kabinet terakhir di buka oleh Melissa. Kelihatan mi segera berada di dalamnya. Dikeluarkan satu persatu, semuanya mi segera kecuali ada satu cup bubur nasi segera.

Air panas dimasukkan ke dalam mangkuk dan kemudian isi bubur nasi segera dimasukkan. Setelah beberapa minit, Melissa meletakkan mangkuk itu di atas dulang bersama dengan segelas air lalu di bawa ke tingkat atas. Dia menghampiri Tengku Aiden yang masih lagi lena. Diletakkan dulang tadi di atas meja kecil yang berada di tepi katil manakala dia duduk di birai katil.

"Aiden." Melissa memanggil nama Tengku Aiden untuk mengejutkan lelaki itu dari tidur.

"Aiden." Sekali lagi Melissa memanggil nama Tengku Aiden.

Tengku Aiden cuba membuka matanya yang agak kepenatan. Terpisat-pisat dia membukanya. Dia dapat merasakan Melissa sedang menyentuh dahinya.

"Bangun, makan sikit. Ubat ni awak beli buat apa kalau tak makan?" Sempat lagi Melissa memarahi Tengku Aiden kerana tahu beli je tapi tak makan.

Tengku Aiden bangun dari berbaring lalu disandarkan tubuhnya pada kepala katil. Wajahnya berkerut apabila Melissa menghulurkan semangkuk bubur nasi kepadanya.

"Tak nakla, tekak saya sakit. Pahit bila telan nanti," kata Tengku Aiden, ditolak huluran dari Melissa.

"Awak jangan nak degil. Saya tak bagi pilihan, awak kena makan. Ni arahan." Dicedok sedikit bubur nasi itu dengan sudu lalu disuakan pada Tengku Aiden. Paling menyampah baginya kalau orang sakit lepas tu tak nak makan. Bila nak sembuh kalau tak makan?

"When I said no it means no." Tengku Aiden mula menegaskan pendiriannya. Dia menjeling tajam ke arah Melissa yang sedang masam mencuka kerana penolakannya untuk makan.

"Okay fine, suit yourself." Melissa berkata dengan geram. Diletakkan kembali mangkuk tadi di atas dulang yang berada di atas meja kecil itu. Baru saja dia hendak bangun, Tengku Aiden terlebih dahulu memegang tangannya. Terkunci langkah Melissa.

"Awak nak pergi mana?" Tengku Aiden bertanya, digenggam jari-jemari Melissa dengan erat.

"Nak balik, menyampah dengan orang sakit tapi tak nak makan. Bila nak sembuh kalau macam ni?" Kata Melissa yang sedikit menjauh. Sengaja dia gunakan nada itu untuk menguji Tengku Aiden. Dia buat-buat bangun je tadi sebenarnya.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now