Bab 24 | Part 20

118K 5.5K 279
                                    

2 tahun yang lalu,

Tengku Aiden terjaga dari tidurnya, digosok matanya perlahan. Diurut pelipis seketika, kejadian petang semalam kembali menerjah. Baru saja bangun, masalah kelmarin sudah kembali semula. Pintu bilik yang masih tertutup di pandang, sejak semalam Melissa langsung tidak keluar dari bilik itu dan semalaman dia tidur di atas sofa di ruang tamu tingkat atas.

Tengku Aiden bangun dari berbaring, diraup wajahnya berkali-kali. Terasa banyak bebanan di atasnya saat ini. Bukan dia nak terus rahsiakan hal ini dari Melissa, dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Melissa tapi semalam semuanya terbongkar. Di garu kepalanya yang tidak gatal itu, dari semalam lagi dia terfikirkan sesuatu. Macam mana Melissa boleh tahu mengenai rahsia ini?

Makin kusut kepalanya memikirkan hal ini, lepas satu hal selesai datang pula yang lain. Isu penceraian yang sudah terkubur di saat Melissa sudah berjanji untuk tidak meninggalkannya kini kembali dibangkitkan kerana rahsia masa lalu. Melihatkan cara Melissa memandangnya petang kelmarin membuatkan dia tahu yang Melissa betul-betul ingin berpisah.

Tengku Aiden bangun dari duduknya, pintu bilik di hampiri lalu di ketuk. Hanya kesuyian yang menjawab ketukannya. Kalau semalam, ketika dia mengetuk pintu supaya Melissa membukanya, hanya jawapan 'pergi', 'leave me alone' dan 'jangan ganggu saya' diberikan.

Semalam, dia dapat dengar dengan jelas tangisan Melissa di sebalik pintu. Walaupun Melissa cuba sembunyikan tangisannya dengan memberikan pandangan kosong kepadanya, Tengku Aiden tahu yang disebalik pandangan kosong itu ada tangisan yang disembunyikan. Paling menyakitkan adalah, Melissa menangis kerananya. Ini bukan kali pertama tapi sudah banyak kali Melissa menangis kerananya.

"Melissa, bukak pintu ni sayang." Tengku Aiden mengetuk pintu sekali lagi namun tiada jawapan yang di terima. Takkan tak bangun lagi? Tengku Aiden mula berfikir sendirian. Tombol pintu cuba dipulas, jika semalam tak boleh dibuka kerana di kunci dari dalam tapi kali ini boleh di buka.

Tengku Aiden melangkah masuk ke dalam. Matanya mula memandang ke seluruh bilik, Melissa tiada di sini. Dia ke arah bilik mandi, melihatkan pintu terbuka sudah tentu Melissa tiada di situ.

"Mel."

Tengku Aiden menuruni satu-persatu anak tangga. Nama Melissa dipanggil berkali-kali. Namun hampa, tiada jawapan yang di terima. Di mana Melissa? Tengku Aiden mula berasa tidak sedap hati. Jangan-jangan...

"Melissa!" Tengku Aiden berjalan ke seluruh banglo ini, namun hanya kesunyian sahaja yang ada. Di luar pula susah dicari tapi tetap sama, Melissa tiada. Dia mencapai iPhone miliknya, berkali-kali nombor di dail namun tidak di jawab.

Ada satu tempat yang bermain di fikirannya, mungkin Melissa berada di situ. Ketika tercetus pergaduhan antara mereka, Melissa ke sana. Pulang semula ke apartmentnya. Tanpa berlengah lagi, Tengku Aiden terus ke sana.

"Well, well, well aku dah agak kau akan datang sini." Sebaik saja pintu apartment itu terbuka, suara Helena yang menyapanya.

"Mana Melissa?" Terus soalan itu diajukan. Terjenguk-jenguk kepalanya untuk melihat ke dalam apartment namun Helena sengaja bergerak-gerak untuk menghalang pandangannya. Terus Tengku Aiden mendengus kegeraman.

"Dia tak ada kat sini," jawab Helena selamba. Kalau diikutkan hatinya dah lama dia cekik-cekik Tengku Aiden. Melissa datang ke sini tadi, dalam pukul enam pagi. Kawannya itu menceritakan apa yang terjadi sebenarnya sambil menangis.

"Kat mana?" Tanya Tengku Aiden sedikit panik. Di mana Melissa? Melissa sudah berjanji untuk tidak meninggalkannya.

"She's probably in London right now." Helena berkata dengan nada yang sama. Jelas perubahan pada wajah Tengku Aiden.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now