Bab 36

123K 5.4K 374
                                    

Susuk tubuh yang berdiri di depan pintu pejabatnya di pandang seketika sebelum kembali menyambung kerjanya yang tergendala. Melissa langsung tidak mempedulikan kehadiran Tengku Aiden di situ, sebaliknya kembali fokus pada kerjanya.

"Awak tak nak balik lagi?" Tengku Aiden mula bersuara untuk menarik tumpuan Melissa yang sedang fokus dengan kerjanya.

"Kejap lagi," jawab Melissa acuh tak acuh. Skrin komputer riba di hadapan sesekali pandangnya sebelum kembali mencatat sesuatu pada dokumen. Tengku Aiden masih lagi tidak berganjak dengan posisinya, masih lagi berdiri di depan pintu pejabatnya.

"Hari ni anniversary kita yang ke tiga," ujar Tengku Aiden. Kali ini dia mula berganjak dari posisinya, dia mula mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan Melissa.

"So?"

Tengku Aiden melepaskan satu keluhan selepas mendengar apa yang Melissa katakan. Kenapa susah sangat Melissa nak faham dia? Segala-galanya telah dilakukan untuk meruntuhkan tembok kedinginan yang di bina isterinya beberapa hari yang lalu.

"Since it's our anniversary so I just wanna spend my time with my Melissa." Ayat keluar dari mulut Tengku Aiden membuatkan Melissa hilang fokus seketika. Dua perkataan terakhir yang baru diucapkan sebentar tadi menarik minatnya.

My Melissa. Diulang berkali-kali dua perkataan itu, ingatan tiga tahun lalu ketika Tengku Aiden mula menyebut dua perkataan itu mula kembali bermain di mindanya. Ketika Tengku Aiden mengajaknya ke tasik.

"Saya sibuk," balas Melissa pendek. Kerjanya yang tergendala kembali diteruskan.

"Dah habis waktu pejabat ni, Mel. Dah pukul lima, orang lain pun dah balik. Lagi pun minggu lepas awak dah janji." Tengku Aiden berkata lagi.

"Bila masa saya janji? Saya kata tengok keadaan dulu." Melissa membalas kembali apa yang Tengku Aiden katakan. Entah bila dia berjanji.

"Awak balik la, lepas tu hantar Ezryna balik sekali." Sempat Melissa menyindir Tengku Aiden. Semenjak Sharifah Ezryna memulakan kerjanya di sini, Melissa selalu nampak yang Tengku Aiden dan Sharifah Ezryna balik bersama. Sebab tu bila habis waktu pejabat, dia sengaja lambat balik untuk mengelak dari bertembung dengan pasangan itu. Boleh tahan sakit hati jugak la bila tengok tu.

"Dia dah balik."

"Jadi, awak pun balik la."

"Saya dah cakap kat Pak Idris yang saya akan hantar awak balik nanti."

Catatannya pada dokumen yang sedang di semak sebentar tadi terhenti apabila terdengar apa yang Tengku Aiden sampaikan sebentar tadi. Selepas kejadian di pejabat tempoh hari, Melissa mengambil keputusan untuk menaiki LRT tapi apabila kerjanya terlampau banyak yang membuatkan dia terpaksa balik lambat, pemandu Tengku Nazman akan menjemputnya.

"Awak tak ada hak nak buat macam tu," ujar Melissa dengan geram. Namun hanya hanya nada suara itu saja digunakan untuk menunjukka apa yang dia rasa tika ini.

"Saya suami awak, ada hak." Tengku Aiden berkata dengan suara yang mendatar untuk mengingatkan Melissa tentang hal itu.

"Awak memang suka paksa saya kan? Dari dulu suka sangat paksa saya," luah Melissa dengan nada tidak berpuas hati. Dari dulu lagi Tengku Aiden suka sangat memaksa dia dan apabila berkahwin rasa macam kena kongkong pulak. Bila ingat balik rasa macam bodoh pulak sebab ikutkan saja apa yang Tengku Aiden katakan dulu.

"Ini saja cara yang saya ada untuk dapatkan Melissa saya," ujar Tengku Aiden.

"Saya nak balik sendiri, boleh awak keluar sekarang?" Kata Melissa seakan mengusir Tengku Aiden dari situ.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now