Bab 48

104K 4.9K 518
                                    

Kaki kanan digerakkan sedikit ke depan, sebaik saja air terkena pada hujung kakinya, terus matanya terbuka luas dan membangkitkan rasa segar yang tak terhingga. Di campur pula dengan kedinginan malam ketika itu, terus lenyap rasa mengantuk. Air jernih yang mengalir dari air terjun di hujung sana membuatkan Melissa bertambah teruja.

Kalau orang tengok ni mesti ingat dia dah gila. Malam-malam macam ni kat kawasan air terjun sorang-sorang. Tapi dia tak kisah yang penting, rasa yang bersarang di dalam hati boleh dikurangkan dengan cara ini. Air terjun yang mengalir mampu membuatkan rasa gusar hilang. Tambah lagi apabila dia cuba menghubungi Tengku Nadya tapi Tengku Aiden yang menjawab panggilannya.

Dua minggu lepas, Tengku Nadya membawanya ke sini. Ke tempat di mana ayahnya, Encik Hisham membesar. Kata Tengku Nadya, di sini juga tempat dia membesar ketika Tengku Nazman di buang keluarga. Melissa sukakan tempat ini, segala kekusutan yang melanda dirinya dan masalah yang melanda rumah tangganya dengan Tengku Aiden hilang apabila ketenangan yang di cari ada di sini. Dan yang paling dia suka adalah kawasan air terjun ini.

Kaki yang tidak tersarung sandal terus berjalan masuk ke dalam air. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket sweater. Punggungnya dilabuhkan ke atas batu besar berhampiran, kepalanya didongakkan sedikit untuk memandang ke arah. Dua minggu lepas, sebaik tiba di sini, tempat ini merupakan tempat pertama yang Tengku Nadya tunjukkan kepadanya.

Suara Tengku Aiden petang tadi kembali terngiang-ngiang di telinganya. Suara itu seakan sedang menggambarkan perasaan tuannya, penuh rasa duka. Mengajaknya untuk pulang semula. Wajarkah tindakannya ketika ini? Meninggalkan suaminya? Melissa bertanya sendirian. Kalau isteri lain berada di tempatnya, perkara sama juga akan mereka lakukan. Suami sendiri di tangkap berdua-duaan dengan perempuan lain. Tambahan pula mengenangkan statusnya yang tak sama seperti isteri lain. Sukar untuk digambarkan apa yang dia rasai.

Satu keluhan berat dilepaskan mengenangkan apa yang terjadi. Melissa bangun dari tempat duduknya dan mula mengatur langkah untuk meninggalkan tempat itu memandangkan sudah larut malam. Namun, langkahnya terhenti di situ, tatkala ada tangan menyentuh bahunya. Seingatnya tadi, hanya dia saja yang berada di sini. Lagi satu, siapa yang akan berada di sini waktu malam seperti ini?

"Dah malam ni, Melissa. Bahaya tahu tak?" Suara itu menegurnya. Bulu roma mula menegak dan peluh dingin mula terbit di celah dahinya. Hantu ke apa ni? Macam mana hantu ni boleh tahu namanya? Caring pulak tu.

"Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?"

Tapi bukan ke ni suara Tengku Aiden? Tanyanya sendirian. Terus di pusingkan tubuhnya untuk memastikan tekaannya.

"Apa awak buat kat sini?!" Itu soalan pertama yang diajukan Melissa kepada Tengku Aiden. Apa yang Tengku Aiden buat kat sini? Bukan ke lelaki itu sendiri memberikan ruang dan masa untuknya tapi sekarang ni kenapa dia ada di sini?

"Awak tanya saya apa saya buat kat sini?! Saya yang sepatutnya tanya awak apa awak buat kat sini?! Dah malam ni Melissa! Bahaya! Kalau nak buat sesuatu tolong fikir dulu!" Setiap patah yang keluar dari mulutnya kedengaran seperti sedang menahan marah. Dia marah kerana risau. Sewaktu dia tiba di sini tadi, hanya Tuhan saja yang tahu apabila melihat Melissa tiada di rumah yang di diami oleh isterinya itu. Cari punya cari, ada di sini rupanya. Sedang termenung sorang-sorang.

"Kalau datang sini nak marah-marah, baik tak payah datang!" Kata Melissa, bibirnya diketap. Tengku Aiden yang sedang meraup mukanya di pandang.

"Saya marah sebab saya risau! Dah malam dan awak sorang-sorang kat sini. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?" Tengku Aiden menjelaskan apa yang dia maksudkan apabila melihat Melissa sedikit terkesan dengan apa yang dia katakan. Kenapa sensitif sangat ni?

"Awak bagi masa kat saya tapi apa awak buat kat sini?" Melissa bertanya seakan tidak berpuas hati. Cakap lain tapi apa yang jadi sekarang ni lain. Nak bagi masa dengan ruang tapi dia terpacak malam-malam kat sini.

"Isteri saya ada kat sini jadi saya pun kena ada kat sini. Two weeks are more than enough, I think. Saya sepatutnya ada dengan awak untuk selesaikan masalah kita, bukan biarkan awak sorang-sorang kat sini. Makin memanjangkan masalah kalau awak sorang-sorang kat sini." Panjang lebar Tengku Aiden berkata.

"Suka hati awak. Saya nak balik." Melissa memutuskan kata-katanya di situ. Malas nak bergaduh malam-malam buta macam ni.

"Kita balik KL esok?" Tengku Aiden menarik lengan Melissa untuk menghentikan langkah isterinya itu.

"Lepas la!" Melissa kembali menarik lengannya.

"Awak balik KL dan saya akan terus stay kat sini. Kahwin dengan Ezryna dan biarkan saya kat sini."

"Tak habis-habis dengan Ezryna! Awak memang nak saya kahwin dengan dia ke?" Tengku Aiden merenung tajam ke arah Melissa yang terdiam. Nama Syarifah Ezryna akan selalu di sebut oleh Melissa setiap kali ada perselisihan antara mereka. Kahwin betul-betul baru tahu!

"Yes! Awak kahwin je dengan dia. Dia tu kan menantu pilihan mummy awak. Sempurna serba-serbi. Saya dengan dia macam langit dengan bumi!" Setiap kali dia tengok Syarifah Ezryna, setiap kali itu juga akan ada rasa rendah diri yang teramat. Tambahan lagi apabila gadis itu pilihan keluarga buat suaminya. Datang dari keluarga yang baik-baik, berpendidikan, cantik pulak tu.

Sedangkan dia cuma yatim piatu yang menumpang kasih dengan keluarga angkatnya. Kalau tak ada keluarga angkatnya dan keluarga Tengku Nazman, dia hanya keseorangan di dunia ini. Tak ada apa kalau nak dibandingkan dengan Syarifah Ezryna. Gadis itu nampak sesuai apabila berada di sisi Tengku Aiden.

"Dunia kita terlalu berbeza. Saya tak layak untuk berada di dunia awak, Aiden." Perlahan Melissa menuturkan kata-kata itu. Tengku Aiden macam putera di singgahsana dan dia cuma orang biasa. Sepatutnya ketika Tengku Aiden mengajaknya kahwin dulu, sepatutnya dia tolak. Orang sepertinya tak layak untuk menjadi permaisuri untuk Tengku Aiden.

"Macam mana awak tak layak untuk berada di dunia saya, sedangkan awak adalah dunia saya?" Tanya Tengku Aiden.

Pada dunia, kau mungkin hanya seseorang tetapi bagi seseorang, kau mungkin adalah dunianya. Mungkin sekarang kau menganggap kau keseorangan tapi mungkin suatu hari nanti akan ada seseorang akan menganggap kau adalah dunianya.

"Walaupun awak ada kekurangan, perempuan lain ada kelebihan, saya tetap pilih awak dan sampai bila-bila saya akan pilih awak." Tangan Melissa diraih, tiada penolakan kali ini.

"Awak bagi saya sesuatu yang orang lain tak boleh bagi." Pertama kali bertemu Melissa tiga tahun lalu, ketika itu dia dapat merasakan ada sesuatu yang berbeza pada Melissa. Cinta yang dia cari ada pada Melissa dan Melissa juga yang mampu melengkapkan hidupnya.

"Saya tak nak awak rasa rendah diri, rasa kekurangan. Awak ada saya, Mel."

Melissa hanya terdiam mendengarkan apa yang Tengku Aiden katakan. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Tidak dinafikan apa yang Tengku Aiden katakan adalah benar, berdasarkan dari apa yang dia dengar dan riak wajah yang terpamer. Tapi disebabkan peristiwa dua minggu lepas, kepercayaannya terhadap lelaki itu goyah.

"Kita balik? Kita betulkan semuanya sama-sama?" Pujuk Tengku Aiden lagi.

"Bagi saya sikit lagi masa," ujar Melissa.

"Okay tapi saya akan stay kat sini dengan awak."

"Terserah. Saya nak balik, dah lewat malam ni."

Beautiful Lies Where stories live. Discover now