Bab 38

114K 5.4K 352
                                    

"Memang la boleh hilangkan mengantuk tapi penat makin bertambah ada la," rungut Melissa perlahan. Tengku Aiden yang sedang tersengih ke arahnya dihadiahkan satu jelingan.

"Kejap je, jom." Tengku Aiden berkata seraya menarik Melissa supaya mengikut langkahnya. Entah bagaimana idea gila ni boleh datang, mungkin kerana dia rindukan kenangannya bersama Melissa dan sekarang dia ingin kembalikan semula kenangan itu untuk mengubat rasa rindu.

Bunyi deruan ombak yang mula kedengaran menggamit kembali memori tiga tahun lalu, ketika malam masquerade ball. Tengku Aiden mengajaknya ke sesuatu tempat iaitu pantai. Malam di mana dia bersetuju untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan lelaki yang kini bergelar suaminya. Walaupun mindanya masih lagi ingin meneruskan mengenai memori itu namun cepat-cepat ditega, tak mahu hati yang sudah sembuh terluka lagi apabila teringatkan kejadian hitam itu.

Langkah Tengku Aiden hanya dituruti dari belakang. Malam-malam buat ke pantai sedangkan orang lain tidur masa ni. Kata Tengku Aiden masa ni la seronok nak ke pantai... Entah apa yang seronok datang ke pantai pada waktu malam. Angin yang agak kencang mula menyentuh kulitnya apabila dia dan Tengku Aiden berhenti melangkah. Angin yang dicampur dengan kedinginan malam membuatkan Melissa menggigil kesejukan. Sweater yang tersarung diperkemaskan untuk melindungi diri dari kesejukan.

"Kalau dulu saya bagi blazer saya masa awak sejuk macam ni, tapi sekarang saya gantikan dengan yang ni," bisik Tengku Aiden di telinga Melissa. Tangannya mula melingkar di pinggang Melissa dari belakang untuk memberikan kehangatan kepada isterinya.

Melissa tersenyum apabila mendengar apa yang Tengku Aiden katakan. Disandarkan badannya di dada Tengku Aiden, kehangatan dari lelaki itu mula menjalar di setiap nadi tubuhnya sekali gus mengurangkan kedinginan malam. Langit yang bertaburan seribu bintang di atasnya dipandang seketika. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu, Tengku Aiden kata kalau nak tahu rasa sukanya banyak mana, cuba kira bintang di langit. Tak terkira jawapannya, terlalu banyak.

"Mel, jom kita buat macam dulu," kata Tengku Aiden.

"Hah? Buat apa?" Tanya Melissa dengan kerutan di dahi. Soalannya langsung tidak di jawab oleh Tengku Aiden.

Tiba-tiba dia merasakan yang badannya melayang. Tengku Aiden sedang mendukungnya lalu berjalan ke arah pantai. Tangannya secara automatik memeluk erat leher Tengku Aiden, mukanya disembunyikan di sebalik dada lelaki itu.

"Kata tadi nak berjalan kat tepi pantai je tapi ni masuk dalam air," kata Melissa.

"Bukan selalu kan?" Tengku Aiden menurunkan Melissa. Bukan dalam sangat mereka masuk ke dalam air, hanya paras betis sahaja.

"Awak nak tahu kenapa air laut masin?" Tengku Aiden tiba-tiba bertanya. Ombak kecil yang menyapa kakinya ditolak dengan kakinya.

"Awak nak kata saya ambik kemanisan dia kan?" Teka Melissa. Sepanjang setahun hidup sebagai isteri kepada Tengku Aiden, dia dah boleh hafal apa yang lelaki ini ingin katakan. Pickup line semakin hambar apabila masuk tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.

"Alaaa, cakap la tak tahu," kata Tengku Aiden seakan merajuk dengan Melissa. Melissa hanya memberikan senyuman yang hambar untuknya.

"Awak nak tahu tak apa lagi yang doraemon tak boleh keluarkan lagi poket dia?" Tengku Aiden kembali bertanya. Rasa nak tergelak dengan soalannya, macam budak-budak pula.

"Apa?"

"Kalau dulu dia tak mampu nak keluarkan awak dari fikiran saya, sekarang ni dia tak boleh keluarkan awak dari hati saya."

"Masa awak cakap macam tu kat saya dulu, saya jadi ragu-ragu betul ke awak ni playboy," kata Melissa sambil tergelak. Bila Helena kata yang Tengku Aiden ni playboy, dia rasa ragu-ragu kerana hal ini.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now