Bab 6 | Part 3

142K 6.4K 665
                                    

3 tahun yang lalu,

Pergelangan tangannya masih lagi terasa sakit kerana cengkaman tangan Tengku Aiden semalam, kesan merah dikedua-dua belah tangannya jelas kelihatan, meninggalkan tanda. Ditiup perlahan-lahan pergelangan tangannya itu, macam la boleh hilang rasa sakit kalau buat macam tu. Kah! Melissa kembali fokus ke depan, memberi tumpuan kepada pensyarah yang sedang mengajar di depan. Sesekali dia mencatatkan sesuatu kepada buku notanya. Pandangan matanya jatuh pada pintu dewan kuliah yang tiba-tiba terbuka. Orang yang ingin dia jauhi masuk ke dalam dewan kuliah dan sedang berjalan ke arahnya. Tengku Aiden tanpa rasa bersalah mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Tengku Aiden melabuhkan punggungnya di tepi Melissa. Melissa langsung tidak mempedulikan kehadirannya di situ. Pandangan gadis itu hanya fokus ke hadapan. Tengku Aiden memerhati Melissa yang berada di tepinya, tumpuannya langsung tidak diberikan kepada pensyarah di depan. I'll make sure that one day, you'll fall in love with me, desis Tengku Aiden di dalam hati. Matanya terpandangkan kesan merah di pergelangan tangan Melissa apabila gadis itu mengaduh kesakitan.

"Sebab semalam ke ni?" Soalan bodoh itu diajukan. Sudah tentu kerana dia. Tangan Melissa dicapai, kesan kemerahan itu diperhatikan.

"Memang suka pegang orang sesuka hati ke? Lepas la," kata Melissa dengan perlahan. Nasib baik ada orang ramai, kalau tidak sudah lama kena terajang mamat ni.

"Lepas ni ikut saya," beritahu Tengku Aiden seraya melepaskan tangan Melissa.

"Why would I?" Melissa menarik tangannya selepas Tengku Aiden melepaskannya. Selepas sejam berlalu akhirnya kelas itu tamat, Tengku Aiden menunggu Melissa di luar. Setelah beberapa minit barulah Melissa keluar, terus saja dia melangkah mnegikut Melissa dari belakang.

"Melissa," panggil Tengku Aiden.

"You again, what do you want this time?" Soal Melissa, riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang menyampah dan tidak selesa. Lelaki ini dari minggu lepas lagi nak cari pasal dengan dia.

I want you, namun itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja.

"Kan saya dah kata tadi, ikut saya," ulang Tengku Aiden kembali.

Tanpa menghiraukan apa yang Tengku Aiden kata, terus Melissa melangkah pergi. Baru kenal minggu lepas sudah memaksa orang mengikut kehendaknya. Sudah la cara kenal minggu lepas berakhir dengan air yang disimbah ke muka Tengku Aiden dan semalam pula tamparan di pipi lelaki itu. Baru saja kaki ingin melangkah pergi, terasa lelaki itu menggapai tangannya.

"Sakit la," adu Melissa. Tangan yang dipegang Tengku Aiden ditarik.

"Sebab tu saya nak awak ikut saya."

"Ke mana?" Tanya Melissa.

"Ke hati saya," balas Tengku Aiden. Eh?

Melissa menjulingkan matanya ke atas. Riak menyampah diberikan sebelum mengatur langkah untuk kesekian kalinya. Kalau Tengku Aiden menarik lagi tangannya kali memang nak kena. Langkahnya diatur dengan laju namun berjaya disaingi oleh Tengku Aiden apabila lelaki itu tiba-tiba muncul di hadapannya. Terhenti langkah Melissa dibuatnya.

"Your hands, they need treatment. Saya bawak pergi klinik," kata Tengku Aiden sambil menerangkan ke mana dia ingin membawa Melissa pergi. Melihatkan pergelangan tangan Melissa yang kemerahan kerana dia membuatkan rasa serba salah mula bersarang di hati. Agak jelas kesan itu kerana kulit Melissa yang putih.

"No need, nanti esok mungkin akan okay," balas Melissa.

"Please, saya bawak awak pergi klinik. Kejap je," ajak Tengku Aiden sekali lagi, kali ini seperti separuh merayu.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now