Bab 41

123K 5.2K 637
                                    

"Dia kata tak nak jumpa kau!" Kedengaran suara Tengku Nadya yang lantang bersuara. Melissa hanya buat-buat tak tahu sebaliknya dia kembali menyikat rambutnya. Sebenarnya dia sendiri yang pesan pada Tengku Nadya yang dia tak ingin berjumpa dengan Tengku Aiden buat sementara waktu.

"Kau jangan masuk campur, tepi."

Tiada suara yang kedengaran selepas itu, mungkin Tengku Aiden dah putus asa dan balik. Kenapa pula hatinya dipenuhi rasa kecewa dengan tanggapannya itu. Bukan ke ini yang dia diinginkan? Ruang dan masa untuk melupakan apa yang terjadi di Pulau Perhentian tapi kenapa ada rasa yang dia ingin Tengku Aiden memujuknya?

"Melissa."

Tersentak Melissa dibuatnya apabila Tengku Aiden terpacak di belakang pintu biliknya, bila masa Tengku Aiden masuk? Lelaki itu mengunci pintu sebaik saja dia menutup pintu itu. Tengku Aiden mula menghampirinya, terus sikat yang berada di tangan di letakkan di atas meja solek.

"Awak buat apa dalam bilik saya? Keluar." Mendatar suara Melissa menyuruh Tengku Aiden keluar dari biliknya.

"Saya tak akan keluar sebelum saya dapat apa yang saya nak. Awak ni kenapa sebenarnya?" Tengku Aiden mendekat lagi dengan Melissa, kedua-dua belah tangan itu diraih namun Melissa menarik kembali tangannya.

"Nothing." Melissa menjawab pertanyaan itu. Jawapan 'nothing' diberikan tapi semua tahu yang 'when a woman says nothing, actually everything is wrong'.

"Kalau tak ada apa-apa, kenapa saya call awak tak angkat? Saya suruh awak datang ke pejabat saya, awak hantar secretary awak ke pejabat saya. Dah dua minggu macam ni, Melissa." Tengku Aiden mula mengingatkan Melissa yang sudah dua minggu perkara ini terjadi. Kedinginan Melissa terhadapnya membuatkan dia risau, di mana silapnya.

"Ni saya tak tanya lagi kenapa awak balik awal masa kat Pulau Perhentian tu. Nadya kata awak ada urusan tapi awak langsung tak cakap kat saya." Sekitar jam dua petang, Tengku Nadya memberitahunya yang Melissa pulang ke Kuala Lumpur kerana ada urusan tapi Melissa langsung tak memberitahunya tentang hal ini. Pulang ke ibu kota, Melissa mula menunjukkan sikap dingin terhadapnya.

"Saya nak kejar awak hari tu tapi staff kat sana lagi perlukan saya," kata Tengku Aiden lagi. Kalau ikutkan hatinya dia ingin pulang bersama dengan Melissa tapi kehadirannya di sana lagi diperlukan.

"Tak payah kejar saya, saya tak penting." Melissa membuang pandang ke arah lain ketika Tengku Aiden makin rapat dengannya. Suaminya itu menariknya lebih rapat sehingga tubuh mereka bersatu. Tangan kiri Tengku Aiden memeluk erat pinggangnya manakal satu lagi mengusap belakang tubuhnya.

"Saya tak tahu salah saya apa, awak marah-marah macam ni. Kenapa, sayang?" Dibisikkan perlahan di telinga Melissa. Pelukan yang diberi, tak di balas.

"Lepaskan saya, pergi peluk Ezryna. Tak pun Mia." Sebaris nama terakhir yang disebut membuatkan Tengku Aiden berhenti mengusap belakang tubuhnya. Melissa mendongak sedikit untuk memandang wajah Tengku Aiden yang turut sama memandang ke arahnya.

"Saya nampak dia peluk awak." Melissa mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Awak balik awal sebab ni?"

"Dah tu sebab apa lagi?" Ingatkan bila dia ke sana boleh tenangkan diri tapi lain pula yang jadi. Kalau di sini hari-hari terpaksa hadap Syarifah Ezryna rapat dengan suaminya, di sana terjumpa pula dengan bekas kekasih suaminya. Perangai dua-dua sama je, dua kali lima.

"Pagi tu saya breakfast semeja dengan Ezryna, Mia pun ada sekali." Dia mula teringat pertemuan di kafe ketika bersarapan. Duduk semeja dengan tunang dan bekas kekasih suami. Kau rasa?

"Kalau awak kat tempat saya, apa awak rasa? Tunang dengan ex duduk semeja?" Melissa meluahkan apa yang dia rasakan pada hari itu. Kalau Syarifah Ezryna yang sebagai tunang boleh dikesan reaksi cemburunya melalui pandangannya terhadap Mia, inikan dia sebagai seorang isteri.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now