Bab 70

114K 6.1K 234
                                    

Pandangan matanya tertancap pada siling lutsinar yang terbentangnya langit kosong diseliputi kabus tebal tanpa sebarang bintang. Hujan kadang-kadang turun tidak kira waktu membasahi kota Paris dan cuaca yang dingin itu membuatkan Melissa menggigil kesejukan. Diperkemaskan gebar berwarna hitam dan putih yang membaluti tubuhnya.

Fikirannya menerawang entah ke mana bersama kegelapan malam. Tempoh seminggu itu telah membuatkan dia tidak senang duduk, asyik terfikirkan perkara yang sama dan juga orang yang sama. Kehadiran Tengku Aiden di sini membuatkan janjinya pada diri sendiri sedikit tergugat.

Melihatkan wajah lelaki itu, hatinya diruntun gelisah dan serba salah. Jelas terpalit raut kesal pada wajah itu dan juga suara yang seakan merayu memohon kemaafan itu membuatkan hati yang dingin kerana kejadian lampau mulai lebur secara perlahan.

Kalau difikirkan balik, ini semua bukan salah Tengku Aiden. Semua yang terjadi seorang manusia yang terlampau rakus untuk memiliki cinta. Ketika mendengar apa yang Tengku Nadya ceritakan tempoh hari, dia tidak menyangka ada lagi orang yang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu.

Untuk memaafkan mungkin boleh tapi untuk melupakan semuanya dia tidak boleh, terlalu menyakitkan. Ketika dia kembali semula ke Perancis dulu, tidur malamnya ditemani air mata dan siang harinya pula ditemani dengan kata-kata Tengku Aiden yang tidak menginginkannya lagi. Mana mungkin dia boleh melupakan semua itu begitu saja.

Dan untuk hidup bersama kembali seperti dulu juga mustahil untuk dia lakukan. Menatap wajah Tengku Aiden membuatkan luka lama kembali berdarah, inikan pula hendak tinggal sekali seperti dulu. Tapi apabila dia teringatkan kembali anak yang dikandungnya ini, dia mula rasa berbelah bagi. Patutkah diketepikan perasaannya demi memberikan keluarga yang sempurna untuk Medina yang bakal dua bulan lagi?

"Anak kita perlukan saya sebagai ayahnya."

"Sofia?"

Terus hilang kata-kata Tengku Aiden yang terngiang-ngiang di telinganya apabila satu suara memanggilnya dari arah belakang. Melissa menoleh ke belakang, dari cara memanggil namanya, dia sudah tahu siapa pemilik suara itu. Hanya Danial seorang saja yang memanggil dia Sofia, katanya Melissa is too mainstream.

"Why are you still awake at this hour?" Tanya Danial, matanya beralih ke arah jam yang melekap pada dinding di ruang tamu. Sudah jam tiga pagi.

"I can't sleep," jawab Melissa. Danial mula menghampirnya.

"Is there something bothering you? Wanna share with me?" Danial bertanya lagi, dia mula mengambil tempat duduk di atas kerusi rehat yang menghadap dinding kaca. Tumbuhan hijau yang terpamer di situ boleh menenangkan sesiapa saja yang melihatnya. Pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran Melissa kalau tidak, masakan Melissa berada di sini pada jam tiga pagi.

"Nothing." Melissa hanya menjawab sepatah, senyuman diberikan untuk Danial.

"There must be something," bisik Danial.

"Come."

Melissa hanya menurut, dia mengekori langkah Danial dari belakang. Keadaan rumah agam yang mereka diami agak sunyi tidak kira siang atau malam memandangkan penghuninya hanya ada tiga orang sahaja. Pembantu rumah mempunyai tempat tinggal mereka sendiri berhampiran.

Mereka berdua melangkah masuk ke ruangan dapur, Danial menghampiri peti sejuk manakala Melissa mengambil tempat duduk di kaunter dapur. Dia hanya memerhatikan saja Danial yang sedang mengeluarkan sekotak susu. Lelaki itu beralih ke untuk memanaskan susu. Melissa hanya tersenyum, Danial akan melakukan perkara ini apabila melihat dia seperti sedang mempunyai masalah. Panaskam saja susu, dimasukkan sedikit vanilla ekstrak ke dalamnya untuk memberikan haruman. Kemudian dihidangkan dengan whipped cream dan sedikit taburan serbuk kayu manis di atasnya. Tak lupa juga sebalang biskut chip coklat. Sesuai sangat dengan cuaca yang dingin.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now