Bab 26

136K 5.7K 286
                                    

Tengku Aiden mula terjaga dari tidurnya, matanya dibuka perlahan-lahan. Apa yang terjadi malam tadi mula bermain di mindanya, Melissa kini menjadi miliknya yang sebenar-benarnya. Tiada ungkapan yang boleh diucapkan tika ini selain bahagia. Ternyata penantiannya selama hampir dua tahun ini berbaloi.

Tangannya mula menggapai bahagian katil di sebelahnya, hanya kerataan tempat tidur yang menyapa kulitnya. Dipalingkan wajahnya di sisi, hanya kekosongan yang ada. Di mana Melissa? Bermimpikah dia semalam? Adakah apa yang terjadi semalam hanya mimpi? Mimpi yang semalam Melissa kembali semula ke pangkuannya setelah hampar dua tahun.

Begini la dia pada setiap pagi, realiti yang sama terpaksa dia hadapi pada setiap pagi selepas Melissa pergi meninggalkannya dua tahun lepas. Semuanya mimpi dan mainan tidur, hanya sekejap Melissa datang, ketika dia enak di buai mimpi dan terus pergi sebaik saja dia terjaga. Bukan ke Melissa betul-betul kembali kepadanya sepuluh hari yang lepas? Rasanya seperti Melissa seolah-olah berada dengannya semalam.

"Melissa." Nama itu disebut, suaranya kedengaran seakan serak untuk menerima semua ini. Hanya mimpi yang mampu mengubat rindunya dan semuanya lenyap begitu saja apabila dia terjaga.

"Awak menangis pagi-pagi ni kenapa?" Tegur satu suara, terus kepalanya diangkat untuk melihat empunya suara. Melissa yang berada di hadapannya, mimpi lagikah ini? Belum terjaga lagi ke dia dari tidur? Masih dibuai mimpi lagi ke tika ini?

"Why are you crying?" Melissa bertanya lagi. Tengku Aiden melihat wajah yang sedikit risau itu, jari-jemari Melissa sudah mengusap wajahnya.

"Because I know this is just a dream. Awak akan pergi lepas saya bangun nanti." Tengku Aiden berkata. Melissa yang berada di dalam mimpinya ini terus ketawa.

"Apa awak merepek ni? Awak tak mimpi." Melissa masih lagi dengan sisa tawanya. Tengku Aiden menyangkan ini semua mimpi?

"Bukan mimpi?" Soal Tengku Aiden sedikit pelik. Eh?

"Awak pergi mana tadi?" Tanya Tengku Aiden lagi. Selalunya di setiap mimpi, Melissa akan pergi tiap kali dia terjaga tapi kali ini lepas dia terjaga pun Melissa masih ada di sini. Dia fikirkan tadi mimpi dalam mimpi tapi rupanya bukan.

"Ada je, saya pergi..." Terus terhenti percakapan Melissa selepas Tengku Aiden menariknya ke dalam pelukan.

"Kenapa ni?" Tanya Melissa perlahan, dibalas pelukan dari Tengku Aiden. Sesekali tangannya mengusap lembut belakang tubuh lelaki itu.

"Saya tengok katil kat sebelah kosong, saya takut awak pergi lagi."

"Tapi saya ada lagi kat sini. Tak pergi pun, kan?" Melissa memegang kedua-dua belah pipi Tengku Aiden, kedua-dua belah ibu jarinya mengesat saki-baki air mata yang ada di situ. Macam budak-budak je menangis, bisik Melissa di dalam hati.

"Janji dengan saya yang awak tak akan pergi tinggalkan saya lagi?" Janji yang dibuat tiga tahun lepas kini di buat sekali lagi dan kali ini Tengku Aiden yakin yang Melissa tak akan pergi lagi. Macam thantophobia pula dia saat ini, fobia kehilangan orang yang dicintai.

"Saya janji tak akan pergi tinggalkan awak lagi." Melissa memetraikan janji yang sama untuk sekali lagi. Mungkin kali ini sudah tiada sebab lagi untuk dia pergi, tiada rahsia lagi antara mereka berdua kecuali mengenai perkahwinan mereka.

"Terima kasih sebab kembali. You mean everything to me, more than the words could ever explain." Tengku Aiden membisikkan kata-kata itu di telinga Melissa sebelum satu kucupan singgah di dahi Melissa.

"There are two things I want in this world, I want you beside me and I want us together."

Penantian itu menyakitkan dan untuk melupakan juga menyakitkan. Tapi jika tidak tahu untuk memilih yang mana satu untuk dilakukan adalah derita yang paling menyakitkan. Sebab itu Tengku Aiden memilih untuk menanti dan menunggu, dua tahun masa yang diambil Melissa untuk kembali kepadanya.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now