Bab 54

97.8K 4.7K 601
                                    

"Tak boleh ke kalau kita tinggal terus kat sana?" Tanya Melissa, tangannya mula membutangkan satu-persatu kemeja yang Tengku Aiden pakai.

"Tak boleh." Laju saja Tengku Aiden membalas pertanyaan Melissa. Selesai Melissa membutangkan bajunya, tali leher dikalungkan di leher lalu disuakan ke arah Melissa. 

"Kenapa tak boleh?" Tali leher yang sudah terkalung di leher Tengku Aiden diikatnya.

Petang semalam, dia dan Tengku Aiden pulang ke rumah mereka. Penerimaan keluarga Tengku Aiden terhadapnya masih lagi sama, kedinginan yang mereka pamerkan, terutama sekali Tengku Azalia. Sudah banyak kali dia cuba untuk mendekati Tengku Azalia tapi ibu mertuanya itu langsung tidak mengendahkan kehadirannya. Tengku Airin pun sama. Kehadirannya seolah-olah tidak wujud di situ. Tengku Fahrin ada menunjukkan sedikit perubahan berbanding pertama kali mereka berjumpa. Tengku Aizat pun sama, mungkin masih lagi terkejut dengan statusnya sebagai kakak ipar.

"Eeii! Senyap pulak. Jawablah kenapa tak boleh?" Pertanyaannya sebentar tadi hanya dibiarkan. Tengku Aiden hanya memandangnya tanpa jawapan.

"Mel— saya tinggal sendiri lepas setahun saya kerja." Tengku Aiden berkata, tangannya diletakkan di atas bahu Melissa. Selepas setahun berkerja di Panglima Holdings, dia mengambil keputusan untuk berdikari, tinggal sendiri.

"Kita dah kahwin, jadi saya nak bina keluarga kita kat sini. Saya tak nak ada campur tangan keluarga saya." Tengku Aiden menerangkan apa yang dirancangnya. Dari semalam Melissa bertanyakan soalan yang sama dan juga entah kali keberapa Melissa mengajaknya untuk tinggal di rumah keluarganya. Kata Melissa, nanti senang la dia nak rapat dengan keluarganya.

"Lagipun Mel, tinggal dengan mertua ni banyak keburukan dari kebaikan," kata Tengku Aiden lagi. Bila tinggal sebumbung dengan keluarganya nanti dia dapat merasakan sesuatu yang tak sepatutnya akan terjadi kerana keluarganya masih lagi belum menerima Melissa. Jadi tinggal bersama keluarga bukan jalan penyelesaian yang betul.

"Tapi—"

"Tapi apa? Apa yang awak risaukan? Kalau pasal penerimaan keluarga saya, awak jangan risau sangat. Mereka akan terima awak suatu hari nanti." Tengku Aiden cuba meyakinkan Melissa tentang hal itu. Masa dan ruang yang diperlukan oleh keluarganya buat masa ini. Dia dapat merasakan yang masa bakal di ambil untuk menerima Melissa mungkin lama. Bukan mudah untuk menerima seseorang yang tiba-tiba saja hadir dalam hidup ini. Tambahan lagi, Melissa bukan menantu pilihan Tengku Azalia.

"Jangan risau, okay?" Anggukan kecil dari Melissa membuatkan dia berasa lega. Bibirnya mendarat di dahi Melissa seketika.

"Ezryna macam mana?" Pertanyaan Melissa membuatkan Tengku Aiden terdiam seketika.

"Kami bertunang cara baik jadi kami akan putuskan pertunangan ni dengan cara baik. Nanti saya sendiri akan pergi jumpa keluarga dia." Ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk hubungannya dengan Sharifah Ezryna, mereka bertunang dengan cara elok dulu dan pertunangan ini mesti diputuskan dengan cara yang sama. Rasa serba salah akan hadir bila teringatkan Sharifah Ezryna tapi ini adalah ketentuan dariNya. Tiada langsung rasa cinta untuk gadis itu, sekarang ni dia sudah mempunyai isteri, bertunang dulu pun kerana terpaksa.

"Saya boleh nampak, dia sangat cintakan awak—" Melissa berkata dengan suara yang mengendur. Setiap kali Sharifah Ezryna memandang Tengku Aiden, dia boleh nampak pada pandangan mata itu, penuh dengan rasa cinta.

"Tapi saya tak cintakan dia." Dari kecil mereka berkawan, tak pernah terlintas di fikirannya yang akan ada rasa cinta di hati Sharifah Ezryna buatnya. Dia hanya menganggap gadis itu seperti adiknya sahaja.

"Kita dah lambat, jom." Menyedari masa sudah hampir menginjak ke angka lapan, Tengku Aiden terus menamatkan perbualannya dengan Melissa.

Hanya bersarapan dengan roti, terus mereka ke pejabat macam biasa. Tengku Aiden masih lagi mencari masa yang sesuai untuk mengumumkan yang Melissa isterinya kepada staff Panglima Holdings. Selepas dia putuskan tali pertunangan dengan Sharifah Ezryna adalah masa yang paling tepat. Ada baiknya dia segerakan sebelum timbul cerita yang tak enak didengar.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now